Sunday, December 31, 2017

Selamat Tinggal 2017, Selamat Datang 2018

2017 bakal melabuhkan tirai beberapa jam lagi. Bila tanya aku bagaimana dengan tahun 2017?


Ternyata amat berbeza sekali selama 29 tahun ku hidup. 2017 mencalitkan memori yang tidak dapat ku lupakan sampai bila-bila.Mungkin ada banyak kenangan yang ku lalui sepanjang 2017 tapi ku ingin ceritakan 3 benda yang ku rasa sangat mendalam. 


Pertamanya, tahun ini di awal pembukaan 2017, 20 Januari ku dikejutkan dengan kejutan sempena ulang tahun kelahiran ku di Regalia Residen oleh kawan-kawan ku. Ku tidak memanggil mereka kawan tapi mereka adalah sahabat ku. Ya ini pertama kali mereka membuat kejutan sedemikian rupa. Selalunya hanya celebrate makan-makan je. Ternyata ku terharu tidak pernah orang sambut ulang tahun ku sedemikian rupa. Terima kasih sahabat Hizami, Eiz Fyzal, Naim, Zaim, Yus, Apam, Hisyam dan Ijat 


Kedua, tahun ini ku hanya bercuti luar negara di Singapura sahaja. Dek kerana keterujaan melihat Thme Park Universal Studio di sana membuat hati ini tertarik untuk ke sana. Ternyata amat berpuas hati bila ke sana. Ingin tahu lanjut percutiaan ku di sana boleh klik di sini Panduan Ke Universal Studio Singapore (USS)


Ketiga, kata orang langit tidak selalunya cerah ada kalanya mendung, tidak selalu gembira ada masa kita akan menagis jua. Itulah yang terjadi pada diriku. 24 Mei 2017 membuat ku rebah tersungkur kehilangan arah apabila Allah mengambil haknya. Abah Allayarham Ab Rahman Bin Mohd Abd Kadir telah menghembuskan nafasnya terakhir. Bayangkan tinggal lagi 2 hari hendak menyambut Ramadhan beliau pergi dengan sekelip mata sahaja. Ya ku kena redha kerana Allah lebih sayangkan abah. Tapi itu hakikatnya ku kena terima. Hajat abah yang sangat ingin melihat ku berkahwin tidak kesampaian. Abah paling teruja dalam mencari calon, urusan kahwin, malah siap dia pernah kata "kau kahwin je 3 hari 3 malam kita buat, buat kat hotel" haha (sambil ku menaip kala ini, mata ku berkaca kejap, alahai) Jodoh, ajal dan maut semua di tangan Tuhan. Ku terima dengan redha. Moga abah terus tenang dan ditempatkan dikalangan orang beriman. Amin. Antara kisah yang sempat share saat-saat akhir bersama arwah abah ada di sini Perginya Abah Tak Kembali Buat Selamanya

Begitu serba sedikit coretan tahun 2017 ku, diharap sinar lebih indah bakal menjelma di tahun 2018. Insha Allah. Anda bagaimana pula?

Selamat Tahun Baru 2018 kepada semua..


Tuesday, December 26, 2017

Tempat Makan Menarik Sekitar Kuala Lumpur: Restoran Megi Ketam Bistro


Sudah buntu dengan tempat makanan menarik di sekitar Kuala Lumpur? Mari sini ku beri cadangan salah satu tempat hipster yang manarik untuk korang kunjungi.

Terletak di Taman Batu Muda, Batu Caves Gombak restoran Megi Ketam Bistro menjanjikan kelainan kepada anda. Sebut sahaja Shell out, Megi Ketam Nipah, Megi Ketam Laut, Megi Ketam Seafood, Megi Ketam, Megi Ketam Scallop, Megi Ketam Sotong dll. Harga megi ketam agak mampu milik sekitar RM7 - RM 55 mengikut jenis apa kita pilih.

Megi Ketam Scallop dan Megi Ketam Nipah

Megi Ketam Laut

Untuk shell out pula anda tidak perlu runsing kerana disini menjanjikan kelazatan untuk anda menikmatinya. Harga juga berpatutan sekitar RM29 untuk 2 orang dan ke atas. Terdapat 3 sos yang anda boleh pilih iaitu shell out black pepper, shell out  berlada dan shell out buttermilk.



Pada sesiapa yang tidak mahu makan shell out atau megi ketam, di restoran ini juga menyediakan makanan panas seperti nasi goreng pelbagai jenis, mee, mee hoon dan teow goreng. Cakap sahaja pasti mereka tunaikan cuma jangan minta pelik-pelik sudahlah.

Antara menu yang ada disini

Terdapat juga beberapa selebriti tempatan sudah mencuba kenikmatan makan di sini antaranya:

Nora Danish dan Bossned

Abam Bocey, Acey, Johan, Dina, Ozlyn

Jadi rasailah kenikmatan di Restoran Megi Ketam Bistro Taman Batu Muda. Ku sudah mencuba ternyata berpuas hati.


Alamat: G2, Jalan Batu Muda 13, Taman Batu Muda, 68100 Batu Caves, Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Setiap Hari 3.30 pm - 2 am

No hp: 014 - 830 5333 (untuk tempahan)

Waze: Megi Ketam Taman Batu Muda


Tahniah, Otam Blurr Terima Pingat Dari TYT Negeri Melaka


Otam Blurr atau nama sebenarnya Mohd Rustam Johari yang terkenal dengan video Dubsmash suatu ketika dahulu pernah menjadi viral antaranya ialah adegan yang diinspirasikan menerusi filem Maria Mariana dan Ibu Mertuaku. Malah kini Otam Blur mempunyai pengikutnya yang sendiri. Akaun Instagram miliknya kini mencecah 142k.

Otam Blurr, 30 yang berasal dari Melaka telah dianugerahkan Pingat Bakti Masyarakat (PBM) Negeri Melaka pada November 2016. Kurniaan pingat ini telah disempurnakan oleh TYT Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob.

Otam, sudah 12 tahun bekerja sebagai artis budaya negeri Melaka menerusi aplikasi whatsapp nya menanggap pingat yang diberikan ini sebagai batu loncatan untuk beliau terus memberikan sumbangan tidak kira fizikal dan mental kepada masyarakat khususnya negeri Melaka. 

watak "Kak Kuntum" dari Otam yang dikenali ramai

"Selagi ada kekuatan fizikal dan mental, insha Allah apa yang saya lakukan adalah untuk kerjaya dan untuk negeri Melaka".

"Alhamdulilah, saya tidak dapat menggambarkan perasaan saya ketika menerima pingat ini pada usia 29 tahun, walaupun pingat ini bukan pingat membawa gelaran Datuk tetapi pingat ini diberikan untuk orang perseorangan atas jasa dan bakti kepada masyarakat umumnya di negeri Melaka. Pencapaian ini adalah pencapaian terbesar dan mempunyai sejarah tersendiri dalam karier saya" tulisnya

"Bagi perancangan akan datang, saya ingin terus fokus dan maju dalam kerjaya yang diceburi ini" kata Otam mengakhiri perbualan.


Friday, December 22, 2017

Dividen, Bonus ASB & ASN Meningkat!


Jumlah kadar pengagihan pendapatan (Dividen) dan Bonus Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta pendapatan Amanah Saham Nasional (ASN) kepada pemegang unit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 telah diumumkan secara rasmi pada hari Jumaat,22 Disember 2017.

Kira-kira 7.5 juta dengan baki sehingga 10,000 unit akan mendapat pulangan efektif sebanyak 8.25 sen berbanding tahun lepas 2016 sebanyak 7.25 sen meningkat sebanyak 1.00 sen. Bagi ASN pula, pengagihan pendapatan sebanyak 3.65 sen seunit.

Tempoh penagguhan telah berkuatkuasa pada 20 Disember 2017 hingga 1 Januari 2018. Pembukaan semula urus niaga pula pada 2 Januari 2018.


Popular Minggu Ini: Artis Menang, Mengacara dan Menjelekkan?


Untuk minggu ini saya rangkumkan 3 cerita dunia hiburan yang paling banyak diperkatakan

Aishah


Kita sedia maklum, Aishah telah dinobatkan Juara Gegar Vaganza (GV4) menepikan pencabar terdekatnya Liza Hanim. Aishah telah wang tunai RM 100,000 , sebidang tanah lot banglo, barang kemas, percutian ke Eropah Timur dan baucer membeli belah go shop bernilai RM6,000. Tahniah diucapkan kepada Aishah. Semoga kemenangan ini, Aishah terus cemerlang dalam bidang industri muzik tanah air negara.

Janna Nick


Adakah desa-desus mengatakan Janna Nick bakal mengantikan Awal Ashaari dalam rancangan Melodi pada tahun hadapan betul atau tidak sama kita nantikan tidak lama lagi. Dengan sikap Janna Nick yang sempoi, ceria dan kadang-kala bingit itu bakal memeriahkan lagi rancangan tersebut. Diharapkan rating rancangan Melodi terus mendapat tempat dihati peminat hiburan tanah air. 

Iqram Dinzly


Dalam minggu ini, kita dapat lihat banyak cerita mengenai pelakon Iqram Dinzly dikatakan beraksi lucah dan pelik di laman sosial Instagram miliknya. Aksi seperti meletakkan buah di dalam baju seolah-olah seperti buah dada dan banyak lagi aksi-aksi yang pelik membuatkan netizen mengkritik dirinya. Iqram yang kini ingin dikenali sebagai Princhiqy Dinzly dan bukan lagi Iqram Dinzly.Perangai Ikram sering diperkatakan sejak arwah bapanya


Wednesday, December 20, 2017

CTDK-ATION Program Realiti Terbaru Datuk Seri Siti Nurhaliza Sekeluarga


Setelah sekian lama Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak muncul di kaca televison, kini semua peminat Datuk Siti khususnya SitiZoner boleh melepaskan rindu mereka kepada penyanyi kesayangan nombor 1 negara ini.

Datuk Seri Siti Nurhaliza akan menemui anda dalam 1 rancang berbentuk travelog bersama suami tercintanya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa iaitu CTDK-ATION.


Menariknya, program realiti ini telah dirakamkan ketika Siti Nurhaliza buat pertama kalinya bercuti bersama keluarga besar Dato K di 3 buah negara iaitu Portugal, Sepanyol dan Dubai. Pemilihan tempat ini telah dibuat bersama-sama ahli keluarga Siti sendiri. Percutian yang mengambil masa selama 20 hari ini akan di paparkan di kaca televison selama 10 episod. Malah dalam pengembaran CTDK-ATION ini telah disertai 24 orang termasuk yang paling muda bayi 8 bulan hingga paling veteran 78 tahun. Tentunya pelbagai aksi menarik dan kekecohan akan dipaparkan dalam program ini.


Sebahagian ahli keluarga yang mengikuti rombongan Siti ke Portugal,Sepanyol dan Dubai


CTDK-ATION bakal menemui semua pada 29 Disember 2017, Jumaat jam 9 malam di Astro Ria. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menonton.




Monday, December 18, 2017

Ini Keputusan Markah Penuh Konsert Akhir Gegar Vaganza (GV4)


Konsert Akhir Gegar Vaganza (GV4) menyaksikan Aishah dinobatkan sebagai juara.

Berikut adalah markah penuh finalis GV 4:

Aishah -81%

Liza Hanim - 79%

Lan - 70.4%

Hazami - 70%

Firman - 69%

Tia Jinbara - 66%


Friday, December 15, 2017

Gegar Vaganza : Fesyen Lan Mendapat Perhatian Ramai

Antara Fesyen Lan pada Konsert Gegar Vaganza 

Gegar Vaganza musim ke-4 bakal melabuhkan tirai Ahad ini. Menyaksikan 5 finalis bakal bersaing merebut gelaran Juara GV4 sekaligus membawa pulang wang tunai RM100 ribu.

Tapi untuk kali ini kita lupakan dulu bab itu, cuma aku tertarik dengan fesyen yang diketengahkan oleh salah satu finalis GV4, Lan. Pada minggu pertama beraksi dia mempamerkan fesyen berkonsepkan kimono, Jepun berlanjutan hingga minggu ke-3. Setelah itu beralih ke arah konsep blazer daripada Eddy Mohaiz.

Adakah Ahad ini, Lan kembali dengan konsep Jepun atau tidak? sama-sama kita nantikan penampilannya pada Ahad ini.

Lan akan membawakan lagu Smeels Like Teen Spirit dan di segment Battle, Lan akan battle dengan Hazami lagu Amboi.


Wednesday, December 13, 2017

Tun Dr Mahathir dan Tun Siti Hasmah Serah Darjah dan Pingat Kebesaran Selangor


Kecoh seketika di media sosial isu Tun M telah menyerah segala Darjah Kelas Pertama Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran Datuk Seri dan Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) (Kelas Kedua), membawa gelaran Datuk bagi lelaki dan Datin Paduka bagi wanita kepada mereka pada 1999 kepada seorang pegawai kanan di pejabat Sultan Selangor di Istana Alam Shah tersebar daripada pengetahuan orang ramai.

Nampaknya berita tetang bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang menyerahkan kembali darjah-darjah dan bintang-bintang kebesaran Selangor terjawab.


Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Setiausaha Dewan Diraja Selangor, Hanafisah Jais melalui satu kenyataan kepada media hari ini.

Sungguhpun begitu, tindakan mewartakan pembatalan kurniaan ini akan dilaksanakan mengikut prosedur dan proses yang telah ditetapkan.

Menurut sumber Sinar Online, Sultan Sharafuddin Idris Shah dilaporkan murka dan amat kecewa dengan kenyataan Dr. Mahathir yang cuba menghasut rakyat membenci dan menghina dan memandang serong terhadap bangsa bugis.


Selain Dr Mahathir, Dr Siti Hasmah turut memulangkan seula hadiah yang pernah diberikan padanya suatu masa dahulu.

Melalui sebuah video yang dikongsikan di Twitter, Hasmah telah membuatkan ramai netizen tersentuh dengan ucapannya yang cukup jelas.

Tun Siti Hasmah memberitahu sebagai seorang isteri dia dengan rela hati untuk melepaskan segala darjah dan pingat yang pernah dimilikinya dan mengikuti jejak langkah suaminya itu.

Tun Siti Hasmah yang kelihatan tenang memaklumkan pada semua Dr Mahathir langsung tidak pernah memaksanya untuk lakukan perkara tersebut.

"Kalau suami saya dah terasa sebegitu, saya sebagai isterinya patut simpati dengannya dan juga menyokong hasratnya. Saya juga anak Selangor dan dapat darjat yang tertinggi tetapi oleh sebab apa yang berlaku baru-baru ini saya rasa perlu bantu hasrat suami saya itu dengan memulangi hadiah dan kurniaan yang diberi oleh tuanku Sultan Selangor," jelasnya dalam video berdurasi 1 minit itu.


Tuesday, December 12, 2017

Keputusan Markah Penuh & Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza Akhir


Pejam celik, pejam celik Gegar Vaganza musim ke-4 sudah masuk di minggu akhir. Untuk konsert minggu ke-7 menyaksikan Syura sebagai bintang terakhir tersingkir. Walaupun pada mata kasar ku melihat, Syura telah membuat persembahan terbaik jika dibandingkan dan Lan. Lagu Dokter Cinta yang memasukkan sedikit elemen dangdut membuatkan sesebuah persembahan itu menjadi warna dalam lagu. Tapi apakan daya rezeki tidak menyebelahi Syura. Berikut adalah keputusan markah di minggu ke-7:

Hazami - 70.55%

Aishah - 69.95%

Firman - 69.50%

Tia Jinbara - 69.35%

Liza Hanim - 68.85%

Lan - 66.40%

Syura - 58.10% - TERSINGKIR

Mengejutkan apabila Liza Hanim yang selama ini selalu mendapat markah antara top 3 tetapi di minggu separuh akhir beliau mendapat pungutan markah yang tidak memberangsangkan. Harap Liza Hanim terus menggandakan mutu persembahan beliau di minggu akhir ini.

Untuk minggu akhir ini, setiap bintang akan menyanyikan 2 buah lagu lagu sola dan battle. Berikut adalah senarai lagu mereka:

SOLO

Hazami
Bahagiamu Deritaku - Hafiz 

Aishah
All By Myself - Celine Dion

Firman
Drama King - Meet Uncle Hussein ft Black

Tia Jinbara
Romancinta - Mojo

Liza Hanim
Meniti Titian Usang - Search

Lan
Smells Like Teen Spirit - Nirvana

Battle

Aishah vs Liza Hanim
Super Girls - De Fam 

Hazami vs Lan
Amboi - Altimet

Firman vs Tia Jinbara
Tepi Sikit - Sleeq ft Joe Flizzow

Ramalan Top 3 Gegar Vaganza Musim Ke-4:

1) Liza Hanim

2)  Hazami

3) Aishah


Siapa pula pilihan anda??


Wednesday, December 06, 2017

Keputusan Markah Penuh & Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza Minggu Ke-7 Separuh Akhir

Konsert ke-6 Gegar Vanganza 4 dengan tema Jangan Kata Tak Tahu menyaksikan 9 bintang bertarung untuk mara ke minggu seterusnya. Berikut adalah markah yang telah berjaya di perolehi oleh kesemua 9 bintang GV4:



Liza Hanim - 76.1%

Hazami - 73.6%

Aishah - 67.6%

Tia Jinbara - 67.3%

Firman - 67%

Syura - 60.9%

Lan - 60.6%

Aqasha - 43.8% - TERSINGKIR

Untuk konsert minggu ke-7, ke- 8 bintang GV akan membawakan dua buah lagu dengan tema Goyang Tangan Goyang Kaki dan Runut Bunyi (OST). Berikut adalah senarai lagu:

Liza Hanim
Kesal - Ella
Jagalah Diri - Jaclyn Victor

Hazami
Getaran
Hello - Lionel Richie

Aishah
River Deep Mountain High - Glee Cast
Keranamu Kekasih - Illa Sabri

Tia Jinbara
Hukum Karma - Wings
Isabella - Search

Firman
I Feel Good - James Brown
Menanti Sebuah Jawaban - Padi

Syura
Doktor Cinta - Dewi Dewi
Cinta Antara Benua - Arni Nazira

Lan
Kalis Rindu - Elyana
Ukiran Jiwa - Awie


Wednesday, November 29, 2017

Perbezaan Antara Artis Dulu Dan Kini Berkahwin



Perkahwinan selebriti dahulu dengan kini banyak perbezaan dari segi resepsi dan pengumannya. Seperti contoh:

Ziana Zain

Artis bersuara lantang, Ziana Zain memang cukup popular pada tahun 90an dan tidak dinafikan sehingga kini kekal menjadi kesayangan ramai. Menarik mengenai perkahwinan kakak kepada Anuar Zain pada 2 Mei 1998 ini ialah apabila majlis perkahwinan dengan suaminya Armin telah diserbu hampir 15,000 peminat yang tidak diundang! Lebih menarik lagi pelantun lagu Puncak Kasih ini hanya membuat majlis perkahwinannya di rumah kediaman keluarganya di Seksyen 19 Shah Alam sahaja. Walaupun dirumah, kemeriahan sangat dirasai sehingga ketika itu Aidil Abdul Ghafar membuat lintas langsung dalam rancangan Melodi di majlis persandingan Ziana Zain. Gahkan?


Datuk Seri Siti Nurhaliza

Nama besar dalam industri muzik Malaysia siapa tidak suka penyanyi nombor satu negara ini Datuk Seri Siti Nurhaliza. Selepas berbulan-bulan wujudnya spekulasi mengenai hubungan Dato Siti dan Datuk K di media tempatan, akhirnya Siti membuat sidang media mengumumkan bahawa dia bakal berkahwin dengan duda tersebut pada 21 Ogos 2006. Sidang media tersebut dibuat selepas sehari Dato K menyelesaikan kes cerai dan pembahagian harta di mahkamah dengan bekas isterinya. Majlis pernikahan berlangsung di Masjid Wilayah Persekutan bukan di Hotel ye turut disiarkan menerusi televisyen manakala majlis resepsi mereka diadakan di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) dan ditonton seramai 6.3 juta penonton di TV3 walaupun ketika itu pertembungan slot bekas tunang Mawi, Ina di Astro Ria. Malah sewaktu ketika itu, jalan sekitar Kuala Lumpur ditutup kerana majlis perkahwinan Dato Siti. Hebat bukan? Betapa gah dan mewahnya perkahwinan beliau.


Fazura

Fazura, 34 dan Fattah Amin 27 sebelum ini pernah bergandingan dalam drama Hero Seorang Cinderella telah mencetus fenomena tersendiri malah rating penonton juga tinggi berbanding Suri Hati Mr. Pilot. Selepas kejayaan drama tersebut, dilihat mereka berdua semakin akrab. Sehingga mereka saling membuat kejutan sempena ulang tahun kelahiran masing-masing. Tanggal 13 November 2017 telah melangsungkan pertunangan. Selepas pulang dari tanah suci, mereka membuat penguguman yang mana hanya bertunang dan bakal bernikah dalam waktu terdekat tetapi tidak diberikan tarikh yang tepat. 27 November majlis pernikahan yang dibuat secara tertutup di Hotel Ritz Carlton yang hanya dihadiri keluarga dan teman rapat sahaja. Adakah dengan perkahwinan secara rahsia ini diterima oleh peminat mereka? tidak seperti artis terkenal lain malah pendek kata tidak guna diadakan sidang media pada 23 November 2017 jika tarikh pernikahan tidak diberi tahu. Walaupun tarikh pernikahan mereka seperti sudah dirancang kerana tarikh ulang tahun Fazura 27 September, umur Fattah 27 malah 27 November tarikh ulang tahun abang Fazura, Faiz. Sama-sama kita doakan mereka berbahagia hingga ke jannah. Amin!


Tuesday, November 28, 2017

Fattah Amin & Fazura Sah Bernikah Dengan Sekali Lafaz


KUALA LUMPUR: Teka-teki mengenai pernikahan antara Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin yang berlangsung pada malam Isnin terjawab apabila pasangan itu disahkan bergelar suami-isteri.

Syarikat rakaman Fazura iaitu Universal Music dalam satu kenyataan memaklumkan, pasangan itu sah diijabkabulkan dengan sekali lafaz kira-kira jam 9.50 malam. Pernikahan itu berlangsung dalam satu majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat sahaja. Majlis berkenaan diadakan di hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur.

Dalam tinjauan mStar ke lokasi pernikahan mereka sejak 6 petang tadi mendapati pengurus kepada Fazura iaitu Iman Thang turut berada di lokasi berkenaan. Beberapa pengawal peribadi dilihat berlegar-legar di sekitar lobi hotel.

Sekitar 6.30 petang, dua orang lelaki tiba di lobi hotel dipercayai membawa pakaian pengantin masing-masing berwarna putih dan pirus (turqoise) sebelum diiringi oleh pengawal untuk naik ke lif. Hasil pemerhatian mStar lagi, keadaan di perkarangan hotel juga tenang dan hanya pada pukul 8 malam dua individu lengkap berpakaian baju kurung dan baju Melayu berwarna pirus muncul di lobi dipercayai hadir untuk ke majlis itu.

Seorag lelaki yang berpakaian baju Melayu dan warna sama kemudian dilihat turun mengambil dua tetamu berkenaan untuk ke tingkat 29. Hanya mereka yang mempunyai kad akses sahaja boleh ke tingkat berkenaan. Fattah, 27 dan Fazura 34, pada Khamis lalu merungkai persoalan mengenai hubungan mereka yang dikatakan telah bernikah sebelum berangkat menunaikan umrah pada 15 November lalu.

Menerusi sidang media yang diadakan sejurus mereka tiba di tanah air, pasangan itu menyangkal dakwaan sudah berkahwin sebaliknya hanya melangsungkan pertunangan pada 13 November lalu. Malah pasangan itu tidak menafikan akan bernikah dalam masa terdekat yang akan diadakan secara tertutup sementara majlis resepsi pula akan diadakan pada tahun hadapan.

sumber: mStar


Monday, November 27, 2017

Ini Keputusan Markah Penuh & Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza Minggu Ke-6


Pada Konsert Ke-5 Gegar Vaganza musim ke 4 yang menyaksikan tema "Kaum Kerabat". Berikut adalah markah yang telah dipungut oleh ke-9 pesert GV:

Aishah - 75%

Hazami - 74.4%

Firman - 74%

Liza Hanim - 72.8%

Lan - 69.8%

Syura - 69%

Aqasha - 68.4%

Tia Jinbara - 68.2%


Elyana - 59.4% - TERSINGKIR

Untuk minggu ke-6, bintang GV 4 diberikan tugasan lagu bertemakan "Jangan Kata Tak Tahu". Berikut adalah senarai lagu-lagu yang diperolehi:

Aishah
Tergantung Sepi -Haqiem Rusli

Hazami
Jampi - Hael Husaini

Firman
Terakhir - Suffian Suhaimi

Liza Hanim
Warkah Utukmu -Ara

Lan
Pahit Akan Manis Akhirnya - Ukays

Syura
Kau Tetap Dalam Anganku - Azie

Aqasha
That's Why You Go Away - Michael 

Tia Jinbara
Bayang - Khai Bahar

Monday, November 20, 2017

Ini Keputusan Markah Penuh & Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza Minggu Ke-5

Konsert ke-4 Gegar Vanganza 4 dengan tema Berdua Lebih Baik menyaksikan 10 bintang bertarung untuk mara ke minggu seterusnya. Berikut adalah markah yang telah berjaya di perolehi oleh kesemua 10 bintang GV4:

1) Hazami - 86 %


2) Liza Hanim - 83.6%


3) Aishah - 80.6%


4) Firman - 67.8%


5) Tia Jinbara - 67.8%


6) Lan Kristal - 67.8%


7) Elyana - 65%


8) Syura -61%


9) Aqasha - 61%


10) Haida - 53.2% - TERSINGKIR


Untuk minggu ke-5, bintang GV 4 diberikan tugasan lagu bertemakan "Kaum Kerabat". Berikut adalah senarai lagu-lagu yang diperolehi:

Hazami
Jerat Percintaan - Dato Sri Siti Nurhaliza

Liza Hanim
Lelaki Teragung - Dayang Nurfaizah

Aishah
Menghitung Hari -Krisdayanti

Firman
Bukan Aku Tak Cinta - Iklim

Tia Jinbara
Antara Hujan & Air Mata - Dato Sudirman

Lan Kristal
Sangkar Cinta - Ziana Zain

Elyana
Sepi - Yuni Shara

Syura
Sepi Sekuntum Mawar Merah - Ella

Aqasha
Juwita - Dato M. Nasir

Friday, November 17, 2017

Gambar Eksklusif Kad Kahwin dan Majlis Berinai Izara Aisah & Adib Khalid


Seperti semua sedia maklum, Nik Izara Aishah Nik Izazurin atau lebih dikenali sebagai Izara Aishah dan Muhammad Adib Khalid bakal menamatkan zaman bujang pada hari ini. Semalam, 16 November 2017 telah berlangsungnya majlis berinai yang dihadiri hanya rakan serta saudara terdekat sahaja. Izara Aishah mengetengahkan konsep Bollywood yang memperlihatkan beliau begitu anggun dengan persalinan warna merah.


Turut kelihatan "mak buyung" Dato Sri Siti Nurhaliza jua turut hadir memeriahkan majlis walaupun kandungannya sudah mencecah 5 bulan. Tidak ketinggalan Adib jua turut sama-sama memakai inai dijarinya.


Kad undangan juga mencuri perhatian ku yang mengetengahkan konsep warna emas dan hitam.



Hari langsung buat mempelai ini bakal dilangsungkan pada hari Ahad, 19 November 2017 ini di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur dengan bertemakan pakaian Black Tie.

Kita doakan semoga mereka berbahagia hingga ke jannah hendak-Nya. Insya Allah

Monday, November 13, 2017

Keputusan Markah dan Senarai Lagu Konsert Ke-4 GV 4 : Berdua Lebih Baik


Pada Konsert Gegar Vaganza 4 (GV 4) menyaksikan hanya 10 bintang yang berjaya mara ke minggu seterusnya. Raja Azura menjadi bintang kedua tersingkir selepas Ferhad. Walaupun pada mata kasar ku menyatakan Raja Azura semalam menyanyikan lagu Perhaps Perhaps Perhaps sempurna dan baik berbanding sesetengan bintang yang lain namun rezeki tidak menyebelahi beliau.

Berikut adalah markah yang diperoleh oleh kesemua bintang GV4 di minggu ke 3:

Liza Hanim - 83.40%

Firman - 77.60%

Lan Kristal - 77.60%

Hazami - 75.60%

Tia Jinbara - 75.60%

Aishah - 75.40%

Syura - 73.80%

Haida - 71.8%

Aqasha - 63.40%

Elyana - 61.40%

Raja Azura - 61.2% -TERSINGKIR

Untuk Konsert GV 4 pada minggu ke-4 minggu hadapan bertema "Berdua Lebih Baik" menyaksikan para bintang berduet dengan artis yang telah ditetapkan oleh pihak astro. Berikut adalah senarai lagu untuk 10 bintang GV4:


Dirgahayu
Liza Hanim
Penyanyi Duet: Hafiz Suib

Biar Menjadi Kenangan
Firman
Penyanyi Duet: Misha Omar

Naluri Cinta 
Lan Kristal
Penyanyi Duet: Siti Nordiana

Jangan Pisahkan
Hazami
Penyanyi Duet: Azharina

Arjuna Mencari Cinta
Tia Jinbara
Penyanyi Duet: Aweera

Ceritera Cinta
Aishah
Penyanyi Duet: Sam Innuendo

Selasih Ku Sayang
Syura
Penyanyi Duet: Bob

Memori Daun Pisang
Haida
Penyanyi Duet: Ezad Lazim

Cinta Ini Membunuhku
Aqasha
Penyanyi Duet: Tomok

Aku Yang Tersakiti
Elyana
Penyanyi Duet: Aepul Drama Band



Senarai Lagu & Artis Layak Ke Anugerah Juara Lagu 32 (AJL 32)


Debaran kemuncak final Anugerah Juara Lagu 32 (AJL 32) kian terasa apabila 12 buah lagu terbaik telah dipilih untuk ke pentas akhir AJL 32 selepas berentap di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 32 (SFMM 32)

Berikut adalah senarai 12 lagu terbaik yang mara ke pentas akhir AJL 32

SEJATI
Azmi Caliph Buskers
Komposer & Penulis Lirik: Faizal Tahir & Mike Chan

TERGANTUNG SEPI
Haqiem Rusli
Komposer & Penulis Lirik: Ibnu & Gouffran

JAMPI
Hael Husaini
Komposer & Penulis Lirik: Hael Husaini & Ezra Kong

SEPARUH MATI KU BERCINTA
Dayang Nurfaizah
Komposer & Penulis Lirik: Ajai

AMBOI
Altimet
Komposer & Penulis Lirik: Altimet

LEBIH SEMPURNA
Syamel
Komposer & Penulis Lirik: Syamel

AKU YANG SEBENAR
Hazama The Penglipur Lara
Komposer & Penulis Lirik: M.Nasir & Ad Samad

AKHIRNYA CINTA
Salma
Komposer & Penulis Lirik: Ajai & Slen

MENAHAN RINDU
Wany Hasrita
Komposer & Penulis Lirik: Ibnu & Gouffran

AKU CINTA
Syamel & Ernie Zakri
Komposer & Penulis Lirik: Syamel

BAYANG
Khai Bahar
Komposer & Penulis Lirik: Alam & Patrick Anohada

WARKAH UNTUKKU
Ara Johari
Komposer & Penulis Lirik: Hang Nadim & Laq

Mengikut senarai lagu dan artis yang disenaraikan menyaksikan muka-muka baru mendominasi AJL 32 kali ini antaranya Syamel, Haqiem Rusli, Hael, Wany, Khai Bahar dan ramai lagi. Adakah AJL 32 bakal mempertahankan anugerah berprestij seperti tahun-tahun sebelum ini? Adanya ratu vokal terbaik 3 kali berturut-turut Dayang Nurfaizah menganggotai para-para junior kali ini.

Kesemua lagu yang layak ke final AJL32 telah dinilai oleh barisan juri professional iaiti AG (Coco), Azmeer, Edrie Hashim, Helen Yap, LY, Pak Ngah manakala Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua juri.


Copyright © Syazwan Rahman Designed by azhafizah.com