Sinopsis:
Filem Bisik Pada Langit mengangkat kisah kekeluargaan terutama ayah dengan anak selain disulami aspek ketulusan sebuah persahabatan, cinta dan ketentuan takdir yang telah tersurat dapat dilihat dalam filem ini. Pengorbanan seorang ayah, Rosli (lakonan Jalil Hamid) yang begitu menyayangi satu-satunya anak perempuannya, Siti Hajar (Ummi). Disebabkan itu, abangnya Zaidi (Beto) dan adiknya Ikram (Na'im) juga terpaksa berkorban demi memastikan cita-cita Siti Hajar untuk melanjutkan pelajaraan di Perth, Australia tercapai.
Bak kata orang jodoh, ajal dan maut di tangan tuhan. Malapetaka mula menimpa Siti Hajar akibat kecelakaan motorsikal berkuasa tinggi mengakibatkan beliau koma dan kritikal. Lebih memilukan hati apabila dalam keadaan genting begitu, keluarga Siti Hajar tiada disisi terutama bapanya. Apa akan terjadi seterusnya? adakah bapa Siti Hajar berangkat ke Perth Australia? Dan apa terjadi seterusnya? Jangan lupa untuk saksikan Bisik Pada Langit di pawagam berhampiran ternyata ia sebuah naskah lain daripada yang lain.
Ulasan:
Tidak dinafikan plot ceritanya yang ringkas tidak begitu meleret panjang. Tetapi di sini apa yang penting ialah mesej nilai kekeluargaan yang disampaikan kepada penonton sampai ke lubuk hati. Malah setiap watak daripada para pelakon dapat meresap ke jiwa penonton. Tidak hairan ku menagis 3 kali sepanjang cerita ini berlangsung. Walaupun hanya ucapan bapa mengajar anak mengucap melalui telifon, semasa kafan jenazah dan video Siti Hajar untuk keluarganya sudah cukup buat hati ini tercarit-carit bagai ditoreh. Mungkin filem ini dekat dengan ku dengan apa yang telah terjadi dengan ku baru-baru ini iaitu kehilangan ayanhanda tercinta. Rata-rata penonton yang hadir terpaku dan meruntun.
Watak bapa yang telah dibawakan oleh Jalil Hamid harus diberi pujian. Ianya bukanlah hanya semata-mata watak bapa yang lazim kita tengok sebelum ini sebaliknya Jalil mahu menarik penonton untuk sama-sama merenung bagaimana isi hati seorang bapa. Walaupun tanpa dialog, riaksi mukanya telah membuatkan kita terasa sedih.
Watak Siti Hajar, Ummi walaupun tidaklah begitu banyak tetapi dia memberi dan sempurna disampaikan dengan begitu baik. Cuma alangkah bertuahnya jika watak ibu kepada Siti Hajar digantikan dengan Wan Maimunah, Ya Allah ku dapat bayangkan lagi meruntun mungkin.
Selain bercerita mengenai watak dan jalan ceritanya, sinematoggrafi untuk filem ini harus diberi pujian. Sekalung tahniah buat Kabir Bhatia dan pihak produksi.
Rating: