Thursday, March 31, 2011

FUUUYOOO... CUN HABIS!


Bertempat di Berjaya Times Square ku bersama-sama Hizami, Qarl, Adi Luqman dan Kal (rakan Qarl) berpeluang menonton preview filem arahan pengarah terkenal dan berkaliber Osman Ali yang bertajuk CUN!


Kekuatan filem CUN!


Anatara penaja untuk filem ini HL..

~ Bertemakan komedi romantik yang sering ditampilkan Hollywood namun disuntik semangat Melayu.. Ku boleh katakan CUN! filem komedi terbaik Osman Ali.. Memang CUN habis!


~ Lawak yang ditonjolkan sangat neutral malah dialong yang digunakan sangat spontan.. Sangat terhibur apabila menonton dari awal sampai habis... Percayalah CUN habis!



~ Gandingan Remy (Atan) bersama Maya (Luna) amat serasi sekali.. Romantik auw! CUN habis!


~ Pujian harus diberikan kepada pendatang baru iaitu Faizah sebagai Tom seorang gadis tomboy juga pembantu peribadi Luna.. Dia melakonkon watak dengan baik sekali.. Cara dia gelak pun sudah buat orang gelak tanpa perlu dialong lucah.. Manakala Nadia juga melakonkan watak gadis istimewa iaitu Manis dengan cemerlang sekali.. Konpem CUN habis!


~ Kartina Aziz selaku memegang watak Tok Chah menjadi tunjang kepada semua watak dalam filem ini.. Lakonan Kartina Aziz amat baik sekali.. Paling mencuit hati apabila menonton filem ini Tok Chah menghisap curut.. Di situ anda akan tergelak terbahak-bahak.. Tak percaya pergi tengok.. Sieyes CUN habis!


~ Gandingan Mislina Mustaffa sebagai Bedah Tonggek dan Siti Nor Faridah sebagai Eton Gebu pasti bikin anda gelak sampai tak ingat dunia! Lawak dan CUN habis!.. haha


Antara babak Bedah Tonggek dan Eton Gebu yang mencuit hati


~ Hampir 80% loghat Kedah ditonjolkan.. Ku yakin orang yang tidak berasal dari Kedah pun akan faham loghat mereka.. Kedah CUN hekhek


~ Sinematografi filem ini amat CUN habis!

Lembu itu CUN habis!



Secara peribadi ku dalam filem CUN!


Jalan cerita yang mengetengahkan isu cinta bukan saja antara kekasih tetapi juga ahli keluarga malah dalam filem CUN! ini juga penuh dengan gelak tawa dari awal sampai habis di samping banyak pengajaran yang kita boleh dapat apabila kita menonton filem ini..


Overall untuk filem CUN! ini ku boleh bagi 4.5 bintang... Anda?? Sesiapa yang belum menonton pergilah menonton hari ini mula ditayangkan kerana ku yakin anda akan berpuas hati dan berbaloi bayar duit RM10..


CUN HABIS! ^_^
(sumber dari Qarl)






bisik buzz: HMM RM 6.6 Juta, Ratu RM500 Ribu, ... Dalam Botol RM 1 Juta, CUN!??




SALAM FUUUYOOO~





Tuesday, March 29, 2011

1st CONTEST DARI XCYBER: POSE DEPAN CERMIN

Kali ini di tag sendiri rakan ku iaitu Daniel Adie untuk contest yang bertajuk Pose Depan Cermin anjuran XCYBER.. First time dia menganjurkan contest kot.. So sama-sama kita memeriahkannya..

Klik banner ini anda akan dapat info mengenai contest ini ok..


Setelah pikir punya pikir cara pose depan cermin yang unik dan FUUUYOOO (bagi diri ku la diri anda tak tahu pulakkan) ku pertaruhkan gambar ku yang ini...






Nama Model: Syazwan Rahman

Penaja Pakaian: Sdn.Bhd

Lokasi: Teratak Bonda

Props: Cermin Ikea, Kaca Mata Hitam & Songkok

Tema: Cermin Diri Dulu! ^_^


ku serahkan tugasan ini kepada 2 kekanda 2 adinda ku:






bisik buzz: Carta Lagu Mr.Wan untuk bulan ini tiada ye kerana ada sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.. harap maklum..




SALAM FUUUYOOO~





Monday, March 28, 2011

FUUUYOOO.. NIKON D90!

Assalammualaikum.. Pertama-tamanya ku panjatkan rasa syukur alhamdulilah kerana Contest Aku dan Pink ku di antara tiga pemenangnya.. Cukup sekadar di tempat ketiga ku rasa itu satu rezeki.. Terima kasih kepada pengajur Cik Miera dan hakim.. ceewahh.. macam tulah kan..


Ok kembali ke landasan tajuk entri ku kali ini..


Sekali lagi ku ingin panjatkan rasa kesyukuran kepada Allah dan jutaan terima kasih kepada ibu bapa ku, abang dan kakak ku, kepada diriku sendiri dan teman rapat ku kerana mendoakan supaya merialisasikan impian dan hasrat ku untuk memiliki sebuah camera DSLR NIKON D90.. FUUUYOOOO.. Seiyes sudah lama ku mengidamkannya akhirnya kali ini ku memilikinya.. Alhamdulilah rezeki ku dan family..


Nikon D90, 105mm, 8 GB, tripod, extra lense depan tahan sinar UV, berus lense, beg Nikon dan baucer kelas photogrhaper antara barang yang ku dapat..


Seiyes ku rasa sangat gembira dannnn arhhh tak tahu nak cakap apa dekat anda.. Ku yakin bila anda baca ayat ku ini pun anda tahu betapa sakannya kegumbiraan ku ini.. Almaklum sebelum ini target ku sebelum konvo bulan 5 ini seboleh-bolehnya Nikon D90 sudah berada di genggaman ku.. Alahmdulilah tak sampai bulan 5 sudah menjadi realiti.. Syukur..


Di sini niat hati ku bukan mahu menujuk-nujuk apa yang ku miliki tidak sama sekali tetapi ingin berkongsi kegembiraan dan mencatat kenangan manis di blog ku sendiri.. Nama pun blog ku so ku berhak lah kan? hoho.... titik bertindih!


Kesempatan ini ku ingin berkongsi beberapa keping gambar hasil tangkapan ku pada hari Sabtu yang lepas.. Sieyes ku katakan gambar-gambar yang ku ingin tunjukkan ini hanylah percubaan pertama ku bagi mendekati dan mempelajari teknik yang betul.. Terus terang ku katakan ku tidak mahir lagi bab-bab fotografi ini.. Korang tengoklah saja...






ini adalah antara gambar terawal yang di ambil semasa perjalanan pulang ke rumah.. haha gigihkan gila kemarukkan.. Al maklumlah orang baru nak merasa kamera DSLR..huhu





anak buah ku Darwisy Silmi dialah model dan bahan uji kaji ku.. haha



lagi seorang hero ku Iskandar menjadi bahan DNA ku.. hahaha



Dan akhir sekali yang boleh ku kongsikan ialah gambar bunga kertas yang terhidang sedia di halaman rumah ku..haha


Secara kesimpulan apabila anda melihat gambar-gambar percubaan pertama ku ini bagaimana? simple je kan tak sepower macam Aizul, Qarl, Adi Luqman dll tu kan? haha ku sedar.. Jika ada ketidaksempurnaan dalam panorama gambar ini, ku harap anda boleh memperbetulkan dan memberi nasihat kepada ku ye.. Itu penting sangat bagi diriku yang baru hendak bermula ini.. ceewah ayat..haktuih! haha


Seiyes ku mahu belajar lebih dalam sampai ke lubang cacing.. Walaupun ku geli pada cacing tapi ku gigihkan juga.. Jangan kata lubang lain pulak ye nanti ku stim pulak..hohoho..




bisik buzz: InsyAllah bermula kini tiada lagi carutan yang mengatakan selalu gambar ku blur.. hohohoho.. >.<



SALAM FUUUYOOO~






Tuesday, March 22, 2011

FUUUYOOO.. "AWEK BARU KU"

Agak semakin jarang ku update kan?? huhu entahlah nak kata sibuk dengan kerja tidak jugak kerja tak ada sangat pun... Nak kata tidak ada topik nak cerita tak jugak sebab ada je idea yang nak diceritakan... Nak kata di office tidak ada internet tidak jugak sebab guna kabel lagi kot... Tapi entah lah mungkin ku suka membaca blog anda dari update blog sendiri mungkin.. ke penat duduk je di office menguyah?? huhu itu no komen..


Ok berbalik pada topik ku kali ini "Awek Baru Ku".. Korang ada awek tak? ahaa Ku ada awek.. Ini awek ku.. Jangan jeles.. haha

ada berani jomm lumba! haha


Alhamdulilah rezeki kerja baru ku.. Ku telah membeli "Awek Baru Ku" aka motor baru ku lerr baru sahaja release minggu lepas (Jumaat 19 Mac 2011).. Al-maklumlah kata kerja di Cyberjaya so kena pakai motor cc besar sikit nanti boleh pecut-pecut.. hahaha.. Lagi pun kalau bawak motor cc besar sikit ini taklah rasa sakit pinggang sedap sikit "henjut".. Henjut maksud ku disini bawak motor bukannya "henjut" benda lain lerr.... ish3


Motor lama ku (Yamaha SRS) sudah dijual dengan jiran ku.. Kenangan bersama moto lama ku banyak kot... Dari sekolah menengah (form 5) sampai bawa ke UiTM, Shah Alam ku henjut.. Alhmdulilah tiada masalah.. Tapi ada jugak peristiwa pahit sikit apabila 2 kali ku kemalangan dengan moto itu.. Mujur kemalangan kecil hoho.. Kalau tak kemachoaan ku pasti terganggu jugakkan..huhu Ok lupakan! >.<

LC 135 "Motor panas" katanya.. hope tidak ada apa-apalah..amin


Kali ini ku berdoa semoga dengan motor baru ku LC 135 tidak ada apa-apa musibah yang tidak berlaku.. Amin..

Jalan inilah ku ulang-alik setiap hari Mex menjadi tempat "dating ku".. Sesiapa perlu bantuan di Mex call saja 03-83159111..dah hafal kot! haha



Baru 190km/j.. Bila nak cecah 1000 km/j ni??? tak sanggup nak bawak slow kat highway.. Buat masa ini ku tidak boleh bawa laju lagi.. Maklumlah baru lagi kena jaga enjin so kena bawak 80@90km/j je.. Perh cubalah imagine lalu highway tak bawak laju dengan cc moto macam tu boleh kebas vontot kot..huhu..


Apa-apa pun pandu cermat jiwa selamat... Ingatlah orang tersayang.. Ada ke orang sayang ku selain family ku erk?? (^_^)




bisik buzz: Wow. Vontot. Baru. (W.V.B).. ^_^



SALAM FUUUYOOO~






Saturday, March 19, 2011

CONTEST AKU DAN PINK

Percubaan kali pertama contest di bulan March yang ku masuki.. Kali ini di anjurkan oleh Cik Miera Aziz.. Untuk pengetahuan anda semua, ini adalah kali pertama dia membuat contest so ku dengan tanpa segan silu dan rasa ingin memeriahkannya ku join la.. boleh kan..


Contest ini diberi nama Contest Aku Dan Pink.. FUUUYOOO.. pink u auuuw! Kalau gegirl pakai pink orang akan cakap cute.. Tapi kalau boboy pakai pink orang cakap apa erk? jambu kah? hahaha.. Nak tahu syarat-syaratnya sila klik banner ini..




Dan yang penting pemenang terbahagi kepada dua kategori iaitu Gegirl dan Boboy.. Baru best macam tu kan.. Mana taknya selalu contest-contest di dominasi kaum gegirl.. Kesian boboy..Kalau ada kategori macam ini baru syok sikit.. betulkan..


Tak mahu cakap banyak ku pertaruhkan gambar Aku Dan Pink yang ini...






Itu baju raya tahun lepas kot.. hohoho.. Dan setakat ini, ini je baju pink yang ku ada.. Selamatlah.. Tak kan nak tunjuk seluar dalam pink kot.. Siapa pulak nak jadi modelnya kan.. huhuhu..


So sesiapa yang ada baju pink ke, pergi negara pink ke, bergambar dengan orang pink ke apa lagi masuklah contest ini.. Tapi tapi tapi janganlah sampai post anda bergambar dengan Ayam Pink lak.. huhu.. Last date 20 March.. So cepat-cepat..





bisik buzz: LELAKI + PINK = JAMBU ^_^


SALAM FUUUYOOO~






Tuesday, March 15, 2011

FUUUYOOO.. DUNIA BARU KU

Assalamualaikum.. sudah beberapa hari tak update kan.. Rindu dalam-dalam tak?? Ok2 bawak bertenang ye.. Di sini ku ada sedikit penguguman tak tahulah ini mengembirakan ataupun tidak untuk korangkan.. Bagi ku ia sangat-sangat mengembirakan dan FUUUYOOO...


Alhamdulilah berkat kesabaran dan doa daripada ku serta keluarga, ku telah dikurniakan kerja.. Yabedabedu... Wah happy nampakkan?? haha al-maklumlah Dunia Baru Ku kot.. Tapi entahlah rasa happy ada rasa chuak pun ada sebab tak tahu environment bila bekerja ini.. Sebelum ini seiyes ku tak pernah bekerja.. Habis SPM terus masuk Matrixkulasi duduk tak sampai 3 bulan masuk UiTM pulak... Cuma ada sedikit pengalaman bekerja apabila di dunia practikal tu je kot..


Tapi InsyAllah ku akan lakukan kerja yang diberikan dengan sepenuh kemampuanku.. Amin~Semalam (Isnin) first day ku di Cyberjaya.. Korang mesti tertanya-tanya ku kerja di mana bukan?? kerja apa kan?? ok2 sabar-sabar ye jangan gelojoh pelan-pelan kita masuk dalam-dalam baru syokk sikit.. hahah..




Position: Implementation Analyst

Department: JPJ Revamp Project, Transport Sector


Division: HEITECH Business Solution Group (HBS)


Location: Cyberjaya



Overall ku kerja di sini more to computer system.. Kalau lecturer ku terutama Pn. Rabiatul Adawiyah baca entri ini konpem dia terkejut dan pitam sedikit la kot sebabnya lari bidang.. hohoho.. Tapi nak buat macam mana sudah rezeki ku di sini malah masa belajar dulu pun ku ada juga belajar mengenai computer tapi hanya luaran badan je tak lah pulak sampai organ-organ dalamannya kot.. Tapi di sini ku menggali lebih dalam la kot..


Untuk pengetahuan anda ku lebih tertumpu kepada system di JPJ.. Buat masa ini task ku akan lebih tertumpu kepada Pelesenan Kenderaan group lain ada buat Pelesenan Memandu, Penguatkuasa dan Hasil.. Ahh! ku pun masih blur gak apa yang sepatutnya ku kena buat.. Nanti dia bagi maklumat dan sudah buat insyAllah boleh!.. Yang penting tiap-tiap bulan masyukk dan supervisor serta bos kata Implementation Analyst banyak kena pergi outstation round 1 Malaysia katanya untuk melihat setiap JPJ di seluruh Malaysia.. Wah cakap macam gah je walhal ku tengah chuak takut kot.. huhu... >.<


Kalau anda ambik kisah terhadap ku, ku nak cerita yang sebenarnya ku naik motor dari Ampang - Cyberjaya.. Dalam 35 km (30 minit).. Mat Rempit ok! Ku mampu! Ko? hahahaha.. Mujur lah berbaloi dengan bayarannyakan kalau tak berfikir 2@3 kali gak.. Apa-apa pun ku panjatkan rasa syukur alhamdulilah kepada-Nya...








bisik buzz: Apa yang ku harap dan impikan supaya di Dunia Baru Ku ini, ku dapat lama bekerja di sini dan dapat menimba pengalaman serta menjalankan tugas yang diberikan sepenuh FUUUYOOO yang boleh.. amin~


SALAM FUUUYOOO~





Friday, March 11, 2011

FUUUYOOO.. HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA 4.5 BINTANG!


Semalam (Khamis) ku berkesempatan menonton filem termahal di bawah produksi KRU Studio iaitu Hikayat Merong Mahawangsa di Wangsa Walk.. FUUUYOOOO seiyes ku cakap the ticket already selling very fast walaupun hari ini hari office hour.. Tak tahulah tempat anda macam mana kan..


Mengenai sinopsis filem ini korang bolehlah google banyak blog sudah memberitahu pasal sinopsis cerita ini so tak payahlah ku nak bercerita lagi ok.. cuma ku nak beri tahu mengenai ini...



Kelebihan Hikayat Merong Mahawangsa:

~ sebuah filem epik dan aksi yang sarat dengan penggunaan teknik CGI, set busana dan props pada kurun ke 2

~ pada jam pertama anda dapat saksikan banyak dialog yang dituturkan dalam bahasa inggeris berbanding bahasa melayu.. tapi kira orait lah kan memang sesuai pun.. Malah bahasa melayu yang dituturkan juga begitu indah sekali..

~ adegan lawak turut diselitkan.. Paling berkesan adalah watak Yin rakan kepada Puteri Meng Li-Hua.. Bukan lawak bodoh ok.. Tak percaya tengoklah nanti..

~ aksi pertarungan berkesan dengan dibantu oleh teknik CGI.. Yang penting jelas kelihatan darah tersembur-tersembur.. Tapi yang lawaknya tentera dari group Stephen adehhh keding-keding je ada tu pulak buncit dan ada tu da tua pulak.. Adeehh seiyes ku tergelak tengok.. haha..

~ Walaupun scene Umi Aida tak banyak dalam filem ini tapi sampai ke akhir filem ini ku masih ingat disebabkan dialog pesanan kepada anaknya itu..

~ Watak Stephen Rahman memang mantap! Sesuai sangat dengan dia..

~ Bagi ku watak Umi sebagai Embok tidak begitu menonjol sangat berbanding watak Jing Lusi sebagai Puteri Meng Li-Hua.. Yang penting sweet gila Jing Lusi cakap melayu..hehe



Secara peribadi ku dalam Hikayat Merong Mahawangsa:

Jalan cerita best penuh dengan adegan aksi dan mesej dan berjaya disampaikan kepada penonton walaupun dalam bentuk sejarah... Selalunya filem-filem epik macam ini di negara kita kebanyakkannya gagalkan... Tapi tak tahulah peluang bagi filem ini mungkin cerah kot.. Cuma yang ku hairan dan pelik kenapa lagu Anuar Zain Sedetik Lebih tidak di tonjolkan sangat dalam filem ini kata lagu tema untuk filem ini tapi ku tak dengar langsung lagu itu dimainkan dalam filem ini.. Yang ku perasan time Embuk dan Merong itu pun hanya muzik je.. Ke ku yang tak perasan erk?? korang ada perasan macam ku perasan tak? huhu


Overall ku boleh bagi 4.5 /5 bintang untuk filem ini.. Anda? Sesiapa yang belum menonton filem ini pergilah menonoton filem yang menelan belanja RM8 juta ini kot... Kesian KRU tak pulang modal pulak kalau anda tak pergi menonton.. hehe..






Bisik buzz: start minggu depan berderet filem Melayu akan keluar Ratu, .... Dalam Botol dan Cun!.. Semua itu perlukan duit duit duit.. hoho..


SALAM FUUUYOOO~





Sunday, March 06, 2011

FUUUYOOO.. SECUKUP RASA?

Rasa gembira, Rasa geram, Rasa marah, Rasa teringin, Rasa lawak, Rasa geli pun ada di hujung minggu ku sebab.......


Rasa gembira apabila kawan sekolah lama ku kini sudah menjadi tunang orang.. Ku rasa gembiralah sebab dia bakal menamatkan daranya.. opsss tersasul lak.... Menamatkan zaman bujangnya akhir tahun ini.. Tahniah la cik Fatin ye.. hehe


Rasa geram, Rasa teringin dan Rasa marah di gabungkan menjadi satu apabila selepas berkunjung majlis tunang kawan ku.. Ku rasa teringinlah hendak tengok wayang dekat Wangsa Walk sebab da alang-alang dekat je dengan rumah ku dan majlis tunang tu.. Gigih beli tiket I Am Number Four jam 4.4o petang.. Nak tunggu dalam kira-kira lagi sejam, ku dengan rakan ku pergilah ucha orang main boling.. Ramai kot puas cuci mata.. hahaha


Nak di jadikan cerita, tengah syok-syok tengok orang baling bola boling sambil bontot tonggek-tonggek.. Kawan ku tanya tiket wayang dekat ku.. Aik sah-sah ku ni selalu tak suka pegang tiket boleh pulak dia tanya dekat ku.. Dia kata tiket wayang tak ada dekat dia.. Aik ku pelik la.. Lepas tu ku selongkarlah dalam wallet dan poket seluar ku..


Da cari-cari still tak jumpa tiket.. Rasa marah dan rasa geram ku sudah datanglah.. Iyalah dah keluar RM13 konon-konon nak tengok I Am Number Four last-last jadi macam ini kan.. Dem! Hampir 30 minit jalan-jalan kat situ kot-kot terjumpa ke tiket wayang tu kat lantai ke kan.. Ternyata hampeh.. Nak beli balik semula bukan tak boleh masalahnya tinggal seat bawah je sah-sah nanti tengok mendonggak tak stim kot.. huhuhu... Akhirnya kami balik dengan 1000 kehampaan...


Rasa lawak dan Rasa geli ku pulak apabila dok tengah nak bayar duit parking ada "akak" ucha ku kot... FUUUYOOO body melentik kot, rambut mengurai guna jari pun boleh tapi sayang bila ku tengok tang peha, betis dan lenggan dia jelas kelihatan berketul-ketul.. huhu ok fine! tapi Rasa terharu itu tetap ada jugakkan sebab dia minat ku... Ko ada?? haha.. Yang penting jangan kita memilih bulu dalam persahabatan ye abang-abang dan kakak sekalian..


Kesimpulannya hari minggu ku Secukup Rasa.. Semua rasa ku rasa.. Tapi mostly

Rasa Sedih sebab tak dapat tengok I Am Number Four.. huhu




bisik buzz: Selamat Ulang Tahun kepada rakan sejawat ku Mohd Haiqal kini sudah sebaya 23 tahun.. haha



SALAM FUUUYOOO~

Tuesday, March 01, 2011

FUUUYOOO... RANGKUMAN FEBUARI 2011

Alhamdulilah bulan Febuari sudah melabuhkan tirainya rasa sekejap sajakan? Adakah bulan Febuari anda terus FUUUYOOO?? Ku mengharapkan terus FUUUYOOO la erk.. Apa-apa pun hidup perlu diteruskan.. Terus melangkah menuju destinasi yang di cari dan di impikan..Ceeewaahh.. haha.. Motif utama rangkuman ini dibuat dimana untuk merumuskan sepanjang suka duka perjalanan hidup ku di bulan tersebut.. Itu saja ok! Kalau tak suka klik butang tanda pangkah sekarang.. haha


Rangkuman Febuari ku kali ini di mulakan dengan sambutan Ulang Tahun Kelahiran Bonda ku tersayang di entri ini

Selamat Tahun Bonda


Kemeriahan di bulan Febuari di rasai khususnya rakyat Malaysia apabila tibanya Tahun Baru Cina.. Seronok sebab bercuti katanya..



Dugaan ku di bulan Febuari tercabar apabila menghidapi penyakit demam.. (Aleh demam je mengada tul ku ni) tapi korang tak tahu seksa kot..huhu ini semua dek kerana



Jika anda perasan la kan di side bar jelas kelihatan Sabhi Saddi menduduki carta terhangat di blog FUUUYOOO MR.WAN... Entri ku untuknya yang simple mendapat perhatian para blogger Terima Kasih kamu.. kamu.. kamu semua..



Alahamdulilah berkat 1 komen ku pada Abang Amir ku telah mendapat 1 hadiah yang penuh bermakna.. Terima Kasih..

1 Komen 1 Hadiah


Tidak dilupakan juga Umat Islam meraikan ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w pada bulan Febuari



Sudah lama ku tidak bersantai semacam ini oleh itu ku melakukan aktiviti berendam katanya.. hehe



Sekali lagi ku berkesempatan menonton naskah yang ku anggap FUUUYOOO di entri ini ada penceritaannya



Ku ingin ucapkan sekalung tahniah buat Hot fm kerana kini




Di bulan Febuari ini juga ku tidak ketinggalan memeriahkan dan mencuba nasib dengan memasuki 2 contest iaitu





Terakhir di bulan Febuari ku mendapat 1 perkhabaran gembira apabila ku antara 5 yang terbaik bagi entri Kisah Kasih Seorang Ibu anjuran blog Sudirman.. Alhamdulilah mendapat top RM30 sudah memadai..Terima kasih








bisik buzz: Wahai rakan-rakan sekalian, ku ingin bantuan anda sikit boleh?? hanya inginkan anda

1) Like this page>> MyNewsHub 2) Like this >> Slogan Mr.Wan

itu sahaja.. Jasa anda akan dikenang..



SALAM FUUUYOOO~






Copyright © Syazwan Rahman Designed by azhafizah.com