Monday, January 31, 2011

CONTEST BLOG ONLY ONE : 10 FESYEN FUUUYOOO MR.WAN!

FUUUYOOO Mr.Wan masuk contest lagi... kali ini tema dia Fesyen.. Macam unik bukan contest ini?? sebab itu ku sertai.. Pengajur contest ini adalah En. EJAJA

Klik Banner untuk maklumat lanjut


Lepas tengok blog Adie join, memang ku nak sangat join tapi macam malu.. Takkan tiba-tiba masuk macam tu je tanpa ada orang tag kan huhu.. Malu ler.. Kebetulan dalam jam 10++ pm En Hizami tag ku untuk contest ini.. Ku rasa happy gila terkinja-kinja cari gambar.. Tapi dalam pukul 11 pm macam tu En Qarl pulak tag ku untuk contest yang sama ini.. FUUUYOOO itu menandakan mereka mengalakkan ku untuk join contest ini kan.. so ku gigihkan membuatnya..


Terdapat 10 Tema Fesyen Pakaian yang bakal ku tunjolkan.. Ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian.. Sebelum ku kaki mengorak langkah untuk Catwalk di karpet FUUUYOOO ini dan sebelum ku pose situ sana sini.. Better korang berikan tepukan paling gemuruh kat ku cepat supaya mood gementar ku reda dan berasa confident bila catwalk di karpet FUUUYOOO ini.. tepuk tepuk tepuk... hahaha


Dengan bangganya terimalah THE ONLY ONE : 10 FESYEN FUUUYOOO MR.WAN!


1) THE ONLY ONE : FESYEN PAHLAWAN


:: Dengan gaya tersendiri inilah fesyen pahlawan Melayu abad ini ::


2) THE ONLY ONE : FESYEN BAJU KEBANGSAAN



:: Tidak sah kalau kita sebagai Anak Malaysia dan anak Melayu tidak memakai baju kebangsaan kita iaitu baju Melayu.. Biar mati anak jangan mati adat ::


3) THE ONLY ONE: FESYEN INDIA



:: Punjabbi amat sinomin dengan kaum India ::


4) THE ONLY ONE: FESYEN CINA



:: 1 Malaysia! Tidak hairan kalau kaum lain sesekali berpakaian Cina ::


5) THE ONLY ONE: FESYEN KOPRAT

:: Berpakaian koprat amat sesuai untuk seseorang yang bekerjaya ::


6) THE ONLY ONE: FESYEN BAJU F1



:: Kemeja F1 pakaian rasmi khas untuk AJK Kolej Meranti, Uitm Shah Alam ::


7) THE ONLY ONE: FESYEN SANTAI



:: Gaya santai dan simple sesuai untuk remaja masa kini yang inginkan sesuatu yan selamber dan ringkas ::


8) THE ONLY ONE: FESYEN ROCK



:: Jaket jeans dan di kalerkan rambut dengan warna merah amat sesuai untuk penampilan berimej Rock! Yeah3! ::


9) THE ONLY ONE: FESYEN VEST





:: Keistimewaan vest ini adalah dari segi sulaman tangan yang diilham sendiri oleh model ini.. di bahagian depannya diletakan sulaman dikeliling leher dan poketnya dan paling menarik di belakangnya terdapat sulaman berhuruf "S" iaitu memberi simbolik pada namanya SYAZWAN ::


10) THE ONLY ONE: FESYEN BATIK



:: Pakaian Batik ini tajaan khas oleh Micheal Shu (ini tak tipu ok).. Pakaian batik ini sesuai untuk kaum Adam yang kini sudah menjadi kemestian dan kelaziman untuk pekerja awam di sektor kerajaan (abaikan model perempuan itu ye.. huhu) ::


FUUUYOOOO Setelah 10 Fesyen di peragakan oleh Mr.Wan.. Kini kita beralih pula kepada model: (anda kena tag)





bisik buzz: Mood kembali ke dunia realiti sebenar semula.. haha.. Amacam ok tak?? haha.. Fesyen-fesyen itu hanya sekadar untuk suka-suka je.. Sebenarnya ku taklah sehebat mana pun dalam berfesyen ini.. Ikut dan je..huhu

bisik buzz 2: Hope pihak penganjur En. Ejaja masih membuka penyertaan untuk contest ini sampai 12 malam ini.. Menang kalah perkara ke dua untuk difikirkan janji kepuasan dan memeriahkan penyertaan blog rakan itu tema utama..


SALAM FUUUYOOO~





Sunday, January 30, 2011

FUUUYOOO... SELAMAT ULANG TAHUN ABAH

Alhamdulilah hari ini tanggal 30 Januari 2011 bersamaan dengan 25 Safaar 1432 Hijjrah.. Genap sudah umur Ayahanda ku ke 59 tahun.. Sama prinsip macam ku Tak Muda Tak Tua Sedang Sedang Saja.. huhu..



perut tu da ramai da dia makan orang tau.. sebab selalu orang kacau anak-anak dia.. korang nak kena makan ngan bapak ku tak?? haha

:: PROFILE AYAHANDA KU ::

NAMA: AB RAHMAN BIN MOHD AB KADIR

TARIKH LAHIR: 30 JANUARI 1952

WAKTU LAHIR: 7.20 p.m

TEMPAH LAHIR: LIMBONGAN, MELAKA

NAMA BAPA a.ka. ATUK KU: MOHD AB KADIR BIN GULAM SHAH
(India masuk Islam so no wonder baka keturunan kami berkulit hitam manis.. hoho)

NAMA IBU a.k.a NENEK KU: CHE NAH BINTI ABDULLAH

BILANGAN ADIK BERADIK: ANAK KE 6 DARIPADA 9 ORANG

NAMA ISTERI: LONG SAPIAH BINTI MD YUSOP

TARIKH BERKAHWIN : 29 JULAI 1975

BILANGAN ANAK: 4 ORANG

BILANGAN MENANTU: 3 ORANG

BILANGAN CUCU: 5 ORANG CUCU

JAWATAN DI SANDANG: TIMBALAN PENGERUSI KETUA KAMPUNG, AJK BARISAN NASIONAL DAERAH GOMBAK, AJK SURAU & AJK AKHIRAT KEMATIAN

Sekilas pandang:

Bapa yang sangat sporting dan penyanyang kepada anak-anak dan cucunya...
Bapa yang suka membantu orang dari segi wang tunai mahupun tenaga keringat beliau...
Bapa yang nampak garang tapi suka membuat lawak sebenarnya..
Bapa yang suka menyanyi dikala muda-mudi dahulu..
Bapa yang suka bercerita...
Bapa yang peramah...



Abah Oh Abah:

Abah
kerana abah ku disini
kerana abah ku gembira
kerana abah ku terasa bahagia…
kerana abah ku menjadi insan berguna
Abah oh Abah

Abah…
semenjak kecil ku dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh
semenjak kecil ku dimanjakan dengan belaian gurauanmu yang indah
semenjak kecil ku diberi penghargaan umpama seorang raja istana

Abah…
ketika ku mengalah…
engkau berikan kekuatan kepada ku..
ketika ku sakit…
engkau penawarku
ketika ku bersedih…
kau peyembuh duka ku
ketika ku ketawa
engkau riang tawaku
ketika ku buntu..
kau berikan jawapan kepada ku..
ketika ku susah
kau berikan pemudah kepada ku..
dan ketika engkau berduka?
ku harap ku lah penyembuh penawar duka laramu
InsyAllah..



Semoga Abah diPanjang Umur, Dimurahkan Rezeki, Dikurniakan Kesihatan yang Baik dan Sihat & Berbahagia disamping keluarga yang FUUUYOOO ini.. amin amin amin.. (^_^)


SALAM FUUUYOOO~





Saturday, January 29, 2011

FUUUYOOO... CARTA LAGU MR.WAN

Sedetik Lebih- Anuar Zain

Sedetik Lebih membawakan irama balada, garapan kisah cinta suka duka seorang nahoda gagah di dalam filem Merong Mahawangsa yang bakal di tayangkan pada Mac 2011.. Lagunya sangat best ok!..




Awan Nano - Hafiz


Single terbaru Hafiz, walaupun lagu ini da lama sebenarnya terperap dalam albumnya tapi lepas Noktah Cinta, lagu ini di taruhkan kepada pendengar.. Tak dapat di nafikan lagu ini antara lagu terbaik Hafiz.. Mana taknya ciptaan sifu M.Nasir dan Buddhi Hikayat kot.. Seiyes lagu ini tidak bohsan di dengar walaupun sudah beberapa kali ku dengar.. Lirik dia pun boleh tahan panjangnya.. Jalan cerita dalam video clip ini pun menarik..




Seribu Sesalan - Ning, Jac & Shila


Lagu yang di muatkan dalam album 3 Suara gandingan Jac, Ning dan Shila memang superb! habis wa cakap lu.. Mutu vokal antara ketiga-tiga penyanyi ini juga amat terpersona dibuatnya.. Boleh dikatakan lagu tangkap lentok.. seiyes best beb!..


Menari Dalam Hujan - Ning, Jac & Shila

Lagu rancak dari Ning, Jac dan Shila ini antara lagu kegemaran ku dalam album 3 Suara.. Seiyes lagu ini sangat segar dan mudah untuk diterima.. Hope next single lagu ini akan di dengarkan di corong-corong radio buat tatapan pendengar muzik tanah air... Cewah ayat..


Di Mana Di Mana - Ning, Jac & Shila

Single pertama yang anda dengar di radio trio 3 artis Ning, Jac dan Shila.. Amacam bestkan? suka part "kamu kamu kamu".. haha.. Lagu bercirikan R&B ini amat best sekali paduan 3 suara itu sudah cukup memberi kepuasan kepada ku untuk mendengarkannya banyak kali.. Sesiapa tak dengar lagi lagu ini.. Ini petikan rakaman di muzik-muzik tempoh hari.. Dengarkan versi Live kot..





Sahabat Selamanya -Padi

Lagu yang sangat menarik.. Menyelitkan message kepada pendengar melalui lagu ini.. Lagu ini di buat untuk filem Upin dan Ipin yang akan datang.. Liriknya yang simple dan mudah dinyanyikan sesuai sangat "sahabat untuk selamanya untuk setia".. Terdengar jugak suara-suara comel daripada Upin dan Ipin dalam lagu ini.. tomey.. hehe.. Menurut Piyu sebagai pencipta lagu ini, lagu ini berisikan perdamaian untuk Malaysia dan Indonesia.. Lagu untuk meredakan perseteruan Indonesia-Malaysia yang akhir-akhir ini kembali memanas katanya..





Leia - Black

Single seterusnya yang Black pertaruhkan selepas Sofea Jane adalah Leia...Lagu ini agak rancak tapi ternyata best.. Tapi seiyes sampai saat ini ku susah nak hafal lirik dia.. Mungkin laju sangat kot.. huhu





Ya Ya Ya - T-ara

Macam mana ku boleh tersuka dengan lagu korea ni ku pun tak tahu.. haha tapi seiyes video clip dia comel gile... Lagu dia pun little bit catchy yang ku ingat ya ya ya.. haha.. Sesuai untuk berjoget.. Yeehak!





We R Who We R - Kesha

Lagu nyanyian Kesha ini simple je kot.. Berentak rancak kalau dengar tak goyang bahu dan kepala tak sah lah kan.. hehe.. Ku suka part ala-ala Kesha cakap gagap tu smart kot.. haha.. Kalau korang rajin sikit tengok pada 0.34 wow! mantap.. hahaha..





Happy Birthday

Terakhir sekali, seharusnya bulan Januari paling banyak ku dengar orang nyanyi untuk ku dan ku nyanyi untuk orang.. Al maklumlah bulan ni je Hari Ulang Tahun ku, Ulang Tahun Kakak Ipar ku dan Ulang Tahun Ayahanda so ku trio katakan.. So lagu Happy Birthday memang banyak ku dengar pada bulan ini..






bisik buzz: Carta lagu ku ini sepanjang Januari yang ku biasa dengar dan nyanyikan je untuk di kongsikan bersama.. Untuk lagu pilihan anda pula yang ye?? Jom kongsikan bersama.. (^_^)

SALAM FUUUYOOO~






Thursday, January 27, 2011

FUUUYOOO... CHUMIE CHOCO!

Ini ku nak promote sikit ni.. Ku ada kenal dengan seorang member hambo ini nama dia Amy, umur sama dengan hambo 23 tahun... Kami berkawan lebih 3 tahun da kot.. Kali ini, dia ada buat perusahaan secara kecil-kecilan.. so ku sebagai teman tapi mesranya ku nak tolonglah promote sikit.. kita kan 1 Bangsa, 1 Kaum dan 1 Malaysia tolong menolongkan amalan murni tak begitu? haha.. Nama perusahaan dia adalah Chumie Choco!


Ini adalah pembuatan terus dari Home Made Choc.. Kawan ku ini berasal dari Klang.. Dia menerima segala jenis permintaan yang anda kehendaki termasuklah tunang, kahwin, birthday party, gift, anniversary ataupun untuk makan sendiri-sendiri tapi jangan pulak suruh buat choc selamat bercerai atau selamat meninggal dunia sudah nanti pitam dia jap lagi kang.. hahaha... Ini antara secebis design-design yang pernah dia hasilkan tengoklah kot-kot berkenan di hati ke kan.. hehe

bukan itu sahaja dia pun buat ala-ala design gula macam lolly pop tu.. tengok ini..


ini pulak antara cara pembungkusannya..




Amacam ada berkenan? ada nafsu tak untuk membelinya?? hehe.. Untuk pengetahuan anda semua, untuk design, harga, filling dan bermacam-macam lagi anda boleh la lawati laman blognya iaitu http://chumiechikie.wordpress.com/ atau anda boleh terus sahaja menghubungi beliau di talian 012-2439050..

Apa kata, sekali sekala ubah selera kita pi kena choc ini pulak kan.. Apa-apa pun tepuk dada tanya selera.. Ceewah.. Nak tempah dan nak murah cakap sahaja anda kawan Mr.Wan FUUUYOOO insyAllah dapat special price punya... hehe


bisik buzz: hanya menolong member promote tidak dapat apa-apa faedah atau bayaran pun dari dia..

SALAM FUUUYOOO~





Tuesday, January 25, 2011

FUUUYOOO.. TEATER MUZIKAL TUN MAHATHIR 2 TERBAIK!



Hari Sabtu lepas , tanggal 22 Januari 2011, tanpa dirancang kaki ku sudah berada di Istana Budaya bersama Syed Hafizuddin untuk menyaksikan Teater Muzikal Tun Mahathir 2 (TMTM 2)... FUUUYOOO mula-mula macam saja-saja cakap tapi tiba-tiba menjadi betul-betul pulak mujur tiket masih ada lagi...

2 orang sahaja sudah memadai kot..

Sekali imbas pelakon yang menjayakan Teater Muzikal Tun Mahathir 2:

Ezany

Ezany ku lihat pada malam itu dia antara pelakon yang penat sebab asyik keluar masuk pentas untuk tukar baju dari 1 babak ke 1 babak sampai kelihatan peluh.. kalau ku da duduk depan semua benda boleh nampak la kan..huhu.. walau apa pun ku nak ucapkan tahniah sebab dia telah melakukan yang tebaik... kalau ku dapat memahami jalan ceritanya kesimpulannya ok la tu kan..

Misha Omar

Membawakan watak Tun Dr. Siti Hasmah ketika zaman remaja bagi ku ok.. sebab ku peminatnya haha.. tapi ku cuma pelik adakah watak Tun Siti Hasmah waktu remaja agak kasar ke?? dan seorang suka berjenaka ke?? sebab ku tengok Misha agak kasar sikit dan banyak dialog berunsurkan jenaka... ke saja dia tambah?? ermm tu ku tak pasti janji ku dapat faham apa yang dia nak sampaikan oklah tu kan.. Yang penting lagu-lagu nyanyian Misha sangat-sangat best kot..Duet dengan Ezany dan time last nyanyian solonya secara live sangat meremang bulu roma ku kot.. Terbaik lah Misha!

Misha & Ezany.. dapat bergambar dengan patung pun jadilah lepaskan rindu..huhu

Esma Danial

Esma menampilkan lakonan yang mantap dan memang tepat untuk membawa watak mantan Perdana Menteri keempat itu.. Babak terakhirnya menarik diri dari jadi PM itu benar-benar tersentuh bayangkan ku boleh menitiskan air mata ok dan Esma pun turut sama menitiskan air mata.. perh memang dia menjiwai betullah.. cayalah.. ku tersentuh part last tu. huhu

Elly Mazlein

Babaknya tidaklah banyak sangat pun.. Pada hari kedua ku melihatnya bolehlah.. tidaklah sangat kekok pun cuma kena lebih bagi lagi mesti FUUUYOO.. Dengan berbaiki beberapa hari lagi ini , harap Elly dapat menyakinkan watak Tun Dr Siti Hasmah itu.. Apapun , Elly sudah mencuba mengikut kemampuannya dengan sebaik mungkin di pentas teater.. Tahniah!

Datuk Jalaludin Hassan

Watak Mohammad Iskandar yang juga bapa kepada Tun Dr Mahathir itu sudah menjadi makanannya. Terbaik !

Azean Irdawaty

Penampilan Seniwati Azean Irdawaty atau Kak Yan yang bawa watak kecil , Mak Bidan juga tidak menghampakan. Lakonannya juga bersahaja di pentas sesuai dengan gelaran primadona Melayu gitu.. Walaupun sekejap tapi meninggalkan kesan.. Lawak dia pun menjadi bila part lawaknya itu.. cayalah..

Pelakon kanak-kanak

Tidak di lupakan macam Mohd Syafieq Shazwan boleh dikatakan berjaya jugak tapi budak comel ini (tak tau nama dia) babak dia sangat-sangat menghiburkan celoteh dia wow! buatkan 1 Istana Budaya bergegar .. haha

Dato Ac Mizal

Kemunculan Ac Mizal yang bawa watak Aziz, rakan baik kepada CheDet juga tidak menghampakan ku .. Walaupun babak Ac tidak banyak tapi sekali dia muncul di pentas, ku boleh ingat babak itu.. Tambah lagi Ac boleh menari sambil menari kot... perh!! pernah menonton persembahan beliau ketika Cuci Muzikal 1 pun dia memang terbaik ..

Sarimah Ibrahim

Dengan membawa watak susur atau pencerita paling mencuit hati penonton, sekali gus berjaya menampilkan kelainan dalam pementasan Muzikal Tun Mahathir 2.. Sarimah berjaya dengan elemen komedi yang ditampilkannya unuk mewarnai pementasan ini.. Dari mula hingga akhir pementasan, ku tidak kering gusi melihat lawak dan lakonan yang ditampilkan dengan kostum dan props sesuai mengikut babak.. Boleh dikatakan kemunculan Sarimah paling menyerlah sekali! Bayangkan Sarimah hanya berlatih hanya 9 hari saja untuk teater ini untuk mendapatkan hasil macam tu?? FUUUYOOO... cayalah Kak Mah!

Sinopsis:

Menceritakan bagaimana kehidupan zaman kanak-kanak, keluarga, rakan, pendidikan, penjajahan dan segalanya yang menjadi motivasi kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menjadi pemimpin yang terulung... Sifat kepinpinannya yang terserlah sejak zaman kkanak-kanak lagi.. Beliau mengetaui penentangan terhadap Malayan Union dan kemasukan tentera Jepun.. Perjalanan hidup sebagai seorang doktor Melayu yang ingin membantu bangsanynya dan ahli politik yang ada pasang surut ditampilkan dalam teater ini... Dilema dan kejayaan yang diangapainya semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun turut diselitkan.. Hampir 2 jam lebih di pentaskan ini sangat digunakan sebaik mungkin... Tahniah Rozminah Tahir.


Gambar dari tempat duduk ku..huhu

gambar ehsan dari runwitme.blogspot.com


antara props yang digunakan





Gambar ehsan dari FB Muzikal Tun Mahathir

hanya nak ambik gambar Misha je sebenarnya.. hehe

sempat jugak membeli CD lagu-lagu yang didendangkan di Teater Muzikal Tun Mahathir 2

Ku & Che Det..huhu

Bersama Idolaku.. Jasa, perngorbanan dan sumbangan beliau kepada rakyat Malaysia amat membanggakan, tidak ternilai dan dan FUUUYOOO... Secara keseluruhan TMTM2 membuatkan ku puas dan tak bohsan.. Tahniah!


bisik buzz 1: Dahsyat! untuk 15 babak, Sarimah menukar 13 baju mengikut kesesuaian babak dan memakai rambut palsu untuk babak wartawan yang tidak betul..

bisik buzz 2: Sempat juga Ac Konsortium mempromosikan barangnya di ruang legar Istana Budaya.

bisik buzz 3: Semua lagu yang didendangkan hanyalah miming sahaja cuma lagu last dendanga Misha nyanyi secara live..

SALAM FUUUYOOO~





Monday, January 24, 2011

GIVEAWAY DANIEL ADIE: DIARY MOTIVATION 2011

FUUUYOOO Daniel Adie buat contest Give Away ler.. gila tak mahu join.. First time Daniel Adie anjurkan kot.. bermula dari 20 Januari 2011 (FUUUYOOO hari jadi ku tu.. ) hingga 27 Januari 2011.. so ku masih berpeluang untuk menang.. menang dan terus menang.. ceewahh.. haha.. terima kasih kepada Abang Amir kerana sudi tag Wan ye.. hehe

senang, mudah, simple dan cepat itu dia tema contest Give Away Daniel Adie: Diary Motivation 2011 korang kira 1 sampai 10 rasanya tak sampai 10 da siap kot entri ini.. tak percaya? cuba buat.. haha.. dengan berbekalkan sedikit bakat yang like2 ku ni ku nak berpantun untuk contest ini boleh?? kalau anda tak suka tidak apa.. Adie suka kan Adie kan.. *angguk cepat jangan bagi kemaluan Wan terdedah.. haha.. kali ini pantun 2 kerat je laa ye en Adie... dengarkan..

Pertama kali membuat pertandingan,
Tahniah pada tuan yang rupawan.

Muka pucat tercekik longan,
Pada Wan dilupa jangan.

Hari-hari makan sardin,
Hari ini baru nak join

Terlompat-lompat macam sawan,
Dek dairy menjadi taruhan.

Melambai-lambai bagaikan ratu,
Boleh kiranya mendapakan satu.

Bergelek singgul si mas idayu
Apa pun nak ucap thank you.



tengok tu kesian tulis diari harian kat kertas je... tak kesian ke? >.<

Kini tiba masanya untuk ku tag orang pulak:

Biela Sapine





bisik buzz: orang tangan KIDAL itu HEBAT! ^_^

SALAM FUUUYOOO~





Sunday, January 23, 2011

FUUUYOOO.. ULANG TAHUN KU KE-23

20 Januari 2011 sudah melabuhkan tirai.. Dengan berpengangkan prinsip Tak Muda Tak Tua hanya Sedang-Sedang Sahaja.. Genaplah umur ku 23 tahun.. Tidak banyak bezanya sambutan pada detik bersejarah itu.. Sambutan Ulang Tahun kali ke 23 hanyalah sederhana sahaja.. Al-maklumlah kedatangan orang baru dalam keluarga En. Ab Rahman membuatkan kami sambut like-like je nak keluar pun susahkan.. hanya kawan je lah ajak keluar..

kali ini mahu kongsilah sedikit gambar kek apabila genapnya umur ku 23 tahun katanya.. ahaha








temanya Merah + Putih katanya.. biasa-biasa je.. tempah last minit sebab teringin sangat nak Cup Cake.. hehe





Cup Cake ini hasil ciptaan Uli Uli Bakers.. mahu tempah calling2 me yo.. haha





Alhamdulilah sudah 23 Tahun menjalani liku-liku kehidupan untuk bergelar seorang manusia yang berguna... ceewah ayat..

Ramai kawan-kawan, mak cik-mak cik yang hantarkan ucapan Selamat Ulang Tahun pada ku.. Alhamdulilah ku sangat-sangat terharu dan teramat gembira sekali... ada jugak insan blogger yang sudi melukis gambar ku..

FUUUYOOO.. seiyes hepi giler kot.. thanks to Afiq...

ada jugak yang berpantun dan macam-macam lagilah seronok, terharu dan terpaku dibuatnya.. hehe.. Bila sebut apa yang diharapkan atau apa yang hajatkan sempena Ulang Tahun Ku ke 23 kali ini, ku hanya boleh berkata ku ingin menjadi insan yang FUUUYOOO kepada agama, bangsa, anak, rakan, teman dan kepada semualah.. insyAllah..

Akhir kata apa yang ku nak ucapkan adalah Terima Kasih buat semua yang telah menorehkan kata-kata indahnya di hari ketika usiaku 23 tahun... Semoga semua hal terbaik yang menjadi harapan di hari ulang tahun ku..amin... InsyAllah mudah-mudahan..


bisik buzz: Penulis blog kini mampu meraih keuntungan sehingg 1 juta setahun... Dahsyatkan.. ku ni baru ciput je nak beli kek pun entah-entah tak lepas kot.. huhu

SALAM FUUUYOOO~





Copyright © Syazwan Rahman Designed by azhafizah.com