Wednesday, December 20, 2017

CTDK-ATION Program Realiti Terbaru Datuk Seri Siti Nurhaliza Sekeluarga


Setelah sekian lama Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak muncul di kaca televison, kini semua peminat Datuk Siti khususnya SitiZoner boleh melepaskan rindu mereka kepada penyanyi kesayangan nombor 1 negara ini.

Datuk Seri Siti Nurhaliza akan menemui anda dalam 1 rancang berbentuk travelog bersama suami tercintanya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa iaitu CTDK-ATION.


Menariknya, program realiti ini telah dirakamkan ketika Siti Nurhaliza buat pertama kalinya bercuti bersama keluarga besar Dato K di 3 buah negara iaitu Portugal, Sepanyol dan Dubai. Pemilihan tempat ini telah dibuat bersama-sama ahli keluarga Siti sendiri. Percutian yang mengambil masa selama 20 hari ini akan di paparkan di kaca televison selama 10 episod. Malah dalam pengembaran CTDK-ATION ini telah disertai 24 orang termasuk yang paling muda bayi 8 bulan hingga paling veteran 78 tahun. Tentunya pelbagai aksi menarik dan kekecohan akan dipaparkan dalam program ini.


Sebahagian ahli keluarga yang mengikuti rombongan Siti ke Portugal,Sepanyol dan Dubai


CTDK-ATION bakal menemui semua pada 29 Disember 2017, Jumaat jam 9 malam di Astro Ria. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menonton.




No comments:

Copyright © Syazwan Rahman Designed by azhafizah.com