Salam Jumaat untuk semua..
Permulaan pagi Jumaat pun sudah menceritakan kesedihan yang menimpa seluruh rakyat Malaysia.. Hujan itu satu rahmat dan juga satu kesedihan buat diriku.. huhu
Semalam seperti yang dijanjikan ku hadir ke Stadium Bukit Jalil.. Ini adalah kali pertama ku melihat dan hadir ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola selalu hanya berada di depan tv je.. So ku nak utarakan beberapa yang Jernih dan Keruh ku lihat semalam..
Jernih
~ Setiba kaki menjejakkan kaki di Stadium.. Lautan rakyat Malaysia sudah berkampung di stadium.. Surau di Stadium Bukit Jalil penuh.. Alhamdulilah..
~ Sokongan padu rakyat Malaysia terhadap pasukan Harimau Malaya ternyata tidak pernah luntur.. Contohnya setiap kali Khairul Fahmi dapat menangkap bola seluruh stadium bertepuk tangan menandakan kesyukuran selamat!
~ Kerusi di stadium penuh tiada ruang bagi ku untuk duduk sampaikan duduk di atas tangga sahaja.. tapi itu lagi best rasa kemeriahannya.. hehe
~ Himpunan ribuan penonton memaksa ku berhimpit-himpit untuk masuk dan keluar stadium.. Wow! best sangat! dapat bergesel-gesel antara satu sama lain.. Mereka nak marah pun tak boleh sebab keadaan yang memaksa begitu kan?? Ini sangat-sangat jernih! hahahahaa..
Keruh
~ Kesesakan yang amat melampau.. Tips selepas ini naik motor sahaja macam ku bertolak jam 7 pm sampai stadium 8 pm.. Pulang pula bertolak jam 11 pm sampai rumah 11.30 pm (itu naik motor kalau naik kereta?? kirim salam je lah)
~ Parking kereta dan motor bertebaran dan bersepah di bahu-bahu jalan..
~ Lautan sampah di sekitar stadium dan stesen LRT.. Pandai berak pandai la basuh! itu perumpaan ku boleh cakap maksudnya pandai beli makanan pandai la buang di tong sampah!
~ Membaling botol amalan rutin bagi penonton yang datang di stadium kan?? motif? pahape entah.. Semalam nak keluar pun dalam perjalan keluar pintu keluar stadium ada jugak manusia bertopengkan binatang membaling botol dari atas ke bawah tempat kita orang nak keluar.. Banggang tak?? dah la ada budak ada wanita aduhh perlu di jernihkan balik tingkah laku itu..
~ Ada yang membawa aweknya perh bukan main lagi berkepit sakan ya.. Tangan bf di dada gf sambil peluk maksudnya tidak mahu aweknya hilang.. wawawawa naik berbulu mata ku tengok aksi ini!
bisik buzz: Kini tumpuan lebih terarah pada pasukan Olimpik di bawah bimbingan Ong Kim Swee
SALAM FUUUYOOO~
Tweet |