Wednesday, November 29, 2017

Perbezaan Antara Artis Dulu Dan Kini Berkahwin



Perkahwinan selebriti dahulu dengan kini banyak perbezaan dari segi resepsi dan pengumannya. Seperti contoh:

Ziana Zain

Artis bersuara lantang, Ziana Zain memang cukup popular pada tahun 90an dan tidak dinafikan sehingga kini kekal menjadi kesayangan ramai. Menarik mengenai perkahwinan kakak kepada Anuar Zain pada 2 Mei 1998 ini ialah apabila majlis perkahwinan dengan suaminya Armin telah diserbu hampir 15,000 peminat yang tidak diundang! Lebih menarik lagi pelantun lagu Puncak Kasih ini hanya membuat majlis perkahwinannya di rumah kediaman keluarganya di Seksyen 19 Shah Alam sahaja. Walaupun dirumah, kemeriahan sangat dirasai sehingga ketika itu Aidil Abdul Ghafar membuat lintas langsung dalam rancangan Melodi di majlis persandingan Ziana Zain. Gahkan?


Datuk Seri Siti Nurhaliza

Nama besar dalam industri muzik Malaysia siapa tidak suka penyanyi nombor satu negara ini Datuk Seri Siti Nurhaliza. Selepas berbulan-bulan wujudnya spekulasi mengenai hubungan Dato Siti dan Datuk K di media tempatan, akhirnya Siti membuat sidang media mengumumkan bahawa dia bakal berkahwin dengan duda tersebut pada 21 Ogos 2006. Sidang media tersebut dibuat selepas sehari Dato K menyelesaikan kes cerai dan pembahagian harta di mahkamah dengan bekas isterinya. Majlis pernikahan berlangsung di Masjid Wilayah Persekutan bukan di Hotel ye turut disiarkan menerusi televisyen manakala majlis resepsi mereka diadakan di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) dan ditonton seramai 6.3 juta penonton di TV3 walaupun ketika itu pertembungan slot bekas tunang Mawi, Ina di Astro Ria. Malah sewaktu ketika itu, jalan sekitar Kuala Lumpur ditutup kerana majlis perkahwinan Dato Siti. Hebat bukan? Betapa gah dan mewahnya perkahwinan beliau.


Fazura

Fazura, 34 dan Fattah Amin 27 sebelum ini pernah bergandingan dalam drama Hero Seorang Cinderella telah mencetus fenomena tersendiri malah rating penonton juga tinggi berbanding Suri Hati Mr. Pilot. Selepas kejayaan drama tersebut, dilihat mereka berdua semakin akrab. Sehingga mereka saling membuat kejutan sempena ulang tahun kelahiran masing-masing. Tanggal 13 November 2017 telah melangsungkan pertunangan. Selepas pulang dari tanah suci, mereka membuat penguguman yang mana hanya bertunang dan bakal bernikah dalam waktu terdekat tetapi tidak diberikan tarikh yang tepat. 27 November majlis pernikahan yang dibuat secara tertutup di Hotel Ritz Carlton yang hanya dihadiri keluarga dan teman rapat sahaja. Adakah dengan perkahwinan secara rahsia ini diterima oleh peminat mereka? tidak seperti artis terkenal lain malah pendek kata tidak guna diadakan sidang media pada 23 November 2017 jika tarikh pernikahan tidak diberi tahu. Walaupun tarikh pernikahan mereka seperti sudah dirancang kerana tarikh ulang tahun Fazura 27 September, umur Fattah 27 malah 27 November tarikh ulang tahun abang Fazura, Faiz. Sama-sama kita doakan mereka berbahagia hingga ke jannah. Amin!


No comments:

Copyright © Syazwan Rahman Designed by azhafizah.com