Monday, December 28, 2020

Lirik Lagu Izinkan Aku - Tajul

 Lirik Lagu Izinkan Aku - Tajul


( Intro )

Pertama kali melihat matamu

Bagai ada rasa cinta dihatiku

Senyuman manismu suara indahmu

Membuatkan ku ingin memilikimu

Buat selamanya


Izinkan aku untuk selalu mencintaimu

Kan ku serahkan semua rasa


Hadirnya dirimu

Memberikan rasa cinta yang sempurna

Kan ku berikan segala yg ku ada

Terimalah diriku seadanya


Tak pernah

sekalipun terlintas untukku meninggalkannya

Kerana dirinya yg teristimewa

Walau terpaksa tak pernah ku rela

Menjauh darinya


(Solo)


Izinkan aku untuk selalu mencintaimu

Kan ku serahkan semua rasa


Hadirnya dirimu

Memberikan rasa cinta yang sempurna

Kan ku berikan segala yg ku ada

Terimalah diriku seadanya


Tak pernah

sekalipun terlintas untukku meninggalkannya

Kerana dirinya yg teristimewa

Walau terpaksa tak pernah ku rela

Menjauh darinya


Lagu: Izinkan Aku

Komposer: Tuah Adzmi

Lirik: Tuah Adzmi / Tajul Arif

Penyanyi: Tajul Arif


TAJUL TAMPIL DENGAN IZINKAN AKU


Mula bergelar sebagai anak seni di tahun 2016 hingga kini, Tajul Arif Noor Md Shari atau lebih di kenali, Tajul telah menghasilkan hampir 10 buah lagu termasuk lagu solo, duet dan lagu raya. IZINKAN AKU merupakan single solo tajul yang terbaru bakal dilancarkan disemua saluran digital dan muzik video di saluran Youtube FMC Music mulai 24hb Disember 2020 jam 8 malam.

Buat pertama kalinya tajul menyanyikan lagu ciptaan pendatang baru – Tuah Adzami. Lagu yang berkisarkan tentang cinta berentak balada ini turut mendapat sentuhan lirik dari tajul sendiri. Namun ada sesuatu kejadian yang berlaku di sebalik tabir sewaktu rakaman vokal sedang di jalankan.

“sebenarnya saya taknak sebut tentang hal ni, sebab saya tak suka besar besarkan perkara yang remeh. Tapi kalau dia masih nak bermasam muka itu hak dia. Sebab saya lebih suka bersikap profesional”

Khabarnya telah berlaku selisih faham antara Tajul dan Tuah Adzmi sewaktu sessi rakaman berlangsung. Dan mereka dikatakan saling bertikam lidah dan hampir tumbuk menumbuk.

“ Ya saya mengaku ada silap saya, tetapi bila dia taknak faham keadaan saya waktu itu dan menuduh saya membuat rakaman sambil lewa, saya tak boleh terima, kebetulan saya kurang sihat dan tak cukup tidur kerana mlm sebelum tu anak saya meragam, sebab itu tumpuan dan suara saya agak kurang baik sewaktu rakaman tu berlangsung”

Dikatakan Tajul hampir balik meninggalkan studio kerana terlalu berang dengan sikap Tuah Adzmi.


“saya cuma minta dia faham keadaan saya dan minta tangguhkan sessi rakaman tetapi beliau tetap memaksa saya selesaikan rakaman vokal tu dan mengeluarkan kata – kata yang tak sedap saya dengar dan mencabar tahap kesabaran saya, apa pun setelah dileraikan dan bos FMC call ( Mr.Ho) pergaduhan kami tamat di situ. Dan saya dah pun minta maaf pada Tuah”

“saya amat menyesali atas apa yang berlaku, dan mungkin salah saya juga kerana tak dapat kawal emosi” Kata Tajul bila dimintya mengulas tentang kejadian tersebut.

Walaubagaiman pun proses rakaman dapat diselesaikan setelah berhenti rehat dan disambung setelah beberapa jam berikutnya.

“dah nak masuk tahun baru, tambahan pula saya kini suami orang dan bergelar ayah, jadi saya tidak mahu perkara negetif mengganggu hidup dan perjalanan kerjaya saya, apa yang saya lakukan kini hanyalah untuk isteri dan anak saya. Saya nak cari nafkah yang halal sebanyak mungkin demi mereka berdua”

Harapan Tajul Arif semoga kehadiran single IZINKAN AKU ini diterima semua peminat walaupun saya kini sudah bergelar ayah, moga sokongan peminat terhadap saya tidak berkurang.

Lagu: Izinkan Aku

Komposer: Tuah Adzmi

Lirik: Tuah Adzmi / Tajul Arif

Penyanyi: Tajul Arif

Copyright © Syazwan Rahman Designed by azhafizah.com