Assalammualaikum.. Salam hari Selasa.. Selamat kembali bekerja..huhu Pada hari Sabtu yang lepas, 24.12.2011 telah genap umur rakan seperjuangan dalam dunia blogger ini iaitu Aida Azryn
Sebab apa ku buat special entri untuknya? sebab dia special laa... kehkeh bukan apa, ku da mengenalinya beberapa tahun yang lepas dan dia adalah antara rakan blogger wanita yang ku rapat selain hangpa semua.. Dan dia juga banyak menolong ku dari segi berblog contoh macam kalau blog ku benggong sikit ku mengadu kat dia ler.. hahaha
Di ulang tahun kelahirannya pada hari Sabtu yang lepas genan umurnya 22 tahun.. Alahamdulilah dari Sijil kini beliau melanjutkan pengajiannya ke tahap Diploma dalam bidang pengkomputeran.. Apa ku nak cakap Mak Cik Aida teruskan menimba ilmu selagi masih muda dan selagi kemahuan dan keinginan anda melodak-lodak ye.. Dan belajar baik-baik semoga menjadi pelajar Cemerlang, Gemilang dan Terbilang (macam slogan Malaysia lah pulak) bagi ibu bapa anda berbangga dengan anda ye..
Di akhir coretan ku kali ini untuk special entri untuknya ku ingin ucapkanSelamat Ulang Tahun ke 22 buat mu Aida.. Kamu antara rakan blogger Wan yang terbaik! Tak jemu komen di blog dia komen di facebook.. hahah memang keep in touch tul! mekaseh Mak Cik Aida! >.<
bisik buzz: Semoga Panjang Umur, Murah Rezeki, Dikurniakan Kesihatan yang Baik, Mencapai Apa yang di Hajati, Semoga Berbahagia Selalu dan Jaga Solat^_^
Hari ini sudah Jumaat esok sampai Isnin cuti kan? Hari Natal katanya.. FUUUYOOOO best tu..
Port di Sunway Lagoon
Kalau cuti panjang ni mesti ramai plan nak pergi jalan-jalan kan? korang pergi mana je cuti ni? Kalau ku InsyAllah esok ku akan ke Parit Buntar, Penang menghadiri majlis perkahwinan balik hari kot.. huhu Isnin jumpa member-member cuma Ahad je masih kosong so sapa nak ajak dating tu cepat bagi tahu ku.. haha
Sapa nak naik sama?? meh ler kita tunggang sama-sama.. haha
Apa-apa pun ku mahu ucapkan Selamat Hari Natal dan Selamat Bercuti kepada semua..
bisik buzz: Pagi tadi dengar Hot Chat (Hotfm) kisah duda yang tertekan apabila pergi bercuti bersama anak-anaknya tanpa isteri di sesinya.. Moral berfikir dulu sebelum membuat keputusan untuk bercerai..
Ahad malam lepas sempat pulak menyaksikan Aladdin The Musical di Sunway Lagoon..
Sudah tengok?
Coret-coret:
1) Masuk ke Amphitheatre Sunway Lagoon kami di jemput dengan menaiki kereta api daripada pihak Sunway Lagoon.. So dapat menyaksikan panorama di waktu malam di kawasan air..
2) Lebih 70% yang hadir adalah bangsa cina
3) Durasi Aladdin Th Musical selama 1 jam 30 minit
4) Walaupun open air tapi berangin kipas yang digunakan ibarat berada di pantai
5) Jin nya sangat menghangatkan Amphitheatre dengan aksi lucu yang di lakonkan
5) Lagu-lagu yang di dendangkan pada malam itu sering kita dengar so tidaklah boring antara lagunya Marry You, Billionaire, Bad Romance dll
6) Di akhir pementasan kami "dihidangkan" dengan salji! haha seluruh Amphiteathre "main-main" dengan salji tiruan.. best!!
Antara gambar yang sempat di ambil:
FUUUYOOO~
Yang jahat dengan yang baik
Pentasnya dibanjiri dengan pros
Aladdin bersama Jin.. Menghiburkan
Antara aksi yang menghiburkan daripada Jin
Tikar terbang
Terbang sampai ke Sunway Lagoon ye.. haha masa ini semua tepuk tangan kot..
Ini yang ku cakap di akhir pementasan kami "dihidangkan" dengan salji tiruan.. hehe syok seyh~
Hebat dan Menyeronokkan
Sesiapa yang ingin menonton Aladdin The Musical masih belum terlewat lagi kerana di pentaskan sehingga 2 Jan 2012.. Pada firasat ku ambilah seat tengah-tengah macam ku ini selesa dan clear hehe
Sebelum ku akhirkan kata-kata ku pada kali ini..Ku mahu anda tonton video Aladdin The Muscial.. Meriah!
bisik buzz: Terima Kasih Syed Hafizuddin rakan ku yang turut serta dalam menyaksikan teater ini..
Semalam, Ahad telah berlangsungnya majlis perkahwinan rakan sekerja ku iaitu Pn. Anirah.. Walaupun tidak berkesempatan ke Pulau Pinang, kami warga Heitech group Implementation Anaylst pergi serbu ke rumah lelaki En. Razwan di Meru Klang..
Ini antara gambarnya:
Kalau orang Jawa memang tak lari dari memberikan gula-gula kepada kanak-kanak..
Ambil berkat.. huhu
Sebahagian yang hadir dari team Implementation Analyst
Terbaik!!
Senyuman menandakan kerahmatan dan kebahagian pengantin baru En. Razwan bersama Pn. Anira^_^
bisik buzz: masa single orang tanya bila nak kahwin, bila da kahwin orang akan tanya bila nak ada anak, bila da ada anak orang akan tanya bila nak ada cucu, da ada cucu ada tak orang nak tanya bila nak mati? >.<
Sebab apa gambar Adie pulak bukan orang lain? Sebab Myvi nya Lagi Best top 1 gak.. Hebat kan? Dan yang paling tidak diduga tanpa tidak dirancang kami Beli kereta dengan Duit Tititk Peluhkami pada tarikh yang sama kot! mungkin beza beberapa jam je.. Kira sama umor lah ala-ala pasangan kembar tapi tak seiras.. hahaha
Info ini sehingga bulan September 2011 mungkin sekarang sudah naik lagi kot..
bisik buzz: Hari ini beli Kereta esok Turun Harga tapi Hari ini beli Rumah esok Naik Mendadak!
"Cinta tak kejam, tapi manusia yang tak pandai menghargai cinta" - Izzah
"Allah menyayangi orang yang sabar" - Mak Jah
"Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah" - Mila
Itu antara dialog yang ku ingat di dalam filem Ombak Rindu.. Iya ketika ini Demam Ombak Rindu
melanda diri ku.. Pasti ramai sudah tengok dan ramai jugak yang belum
berkesempatan pergi menonton kan? Al maklumla di khabarkan tiket
sentiasa Sold Out! Bayangkan untuk tanyangan pertama sahaja karya Osman Ali diadaptasi sebuah novel tulisan Fauziah Ashari sudah memunggut lebih RM750, 000.. FUUUYOOO!
Di dalam Ombak Rindu ku boleh cakap:
Antara babak romantis.. S U K A!
1.Serlahan emosi yang penuh indah... Di mana babak romantis,babak gembira dan babak sedih di adunkan dengan baik sekali.
2. Kejujuran Haris turut dirasai sehingga mata ku berkaca.. Tidak keterlaluan ku katakan yang Aaeon memang layak memegang watak Haris
3. Watak Izzah yang di lakonkan oleh Maya Karin dari kaca mata ku sesuai! Kisah sedih ang dihidangkan tanpa perlu berkata-kata cetusan rasa yang di lontar Izzah secara pandangan mata yang penuh berisi cukup membuktikan segala-galanya.. Cuma apa yang ku sedikit canggung apabila watak Izzah seorang wanita kampung di awal babak macam kurang sediki mungkin sebab cara percakapannya yang bukanlah seperti wanita kampung berkata begitu dan dari sudut ciri-ciri ustazah mengajar kanak-kanak mengaji ku rasa jika dimantapkan dengan adanya denggung dan intonasi yang mendayu memang cantik! Tapi selepas Izzah menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur wataknya berkembang dengan baik sampailah hidupnya tersepit.. Ku dapat merasakan kesedihan dari awal sampai akhir.. Tisu pleaseeeeeeeee! huhuhu
4. Mila yang dibawakan oleh Lisa ku boleh cakap baik tapi bukan hebat
5. Dari segi sinematogarafi ku disajikan dengan nilai estika tinggi berlatar belakangkan pantai dan lau yang indah, matahari terbenam serta sawah terbentang luas.. Indah sangat!
6. Filem ini sesuai di tonton oleh remaja, pasangan berkasih dan orang berkeluarga tapi kurang sesuai untuk kanak-kanak pergi menonton...
4.5 / 5 bintang!
bisik buzz: Tak malu ku nak cakap ku
rasa tersentuh dan rasa sebak bila menonton Ombak Rindu! Menangis? ermm
dalam hati je.. huhu