Tuesday, February 27, 2018

Lirik Lagu Cinta Terbagi Dua - Azharina


Cinta Terbagi Dua - Azharina

Ku tatap wajahmu
Rinduku pilu
Saat ku tatap dia
Salahkah aku
Berbagi cinta
Apakah mengkhianati
Siapa ku tanya
Mencari jawaban 
Ingin ku temukan
Bahagia mencinta

Yang ku cintai
Tak mungkin ku miliki
Cinta terbagi dua
Ku harus memilih satu

Tak ternodai
Cinta yang ku alami
Antara kau dan dia
Cintaku terbagi 
dua

Ingin ku temukan 
Bahagia mencinta

Yang ku cintai
Tak mungkin ku miliki
Cinta terbagi dua
Ku harus memilih satu
Tak ternodai
Cinta yang ku alami
Antara kau dan dia
Cintaku terbagi
Dua..

Yang ku cintai
Tak mungkin ku miliki
Cinta terbagi dua
Ku harus memilih satu
Tak ternodai
Cinta yang ku alami
Antara kau dan dia
Cintaku terbagi
Dua..
Terbagi dua..

Lagu: Julfekar
Lirik Babyburn



Monday, February 26, 2018

Lirik Lagu Mimpi - Liza Hanim


Mimpi - Liza Hanim

Pejamkan mata
Dengarkanlah debaranku
yang tidak berhenti
Apakah ini getaran
Seperti nada cinta berpadu

Bahagia terhampar di langit
Dan bintangnya menari bersama
Fahamilah bahasa cinta
Terindah

Kini saatnya
Ku serahkan hidup ku untuk berkasih
Bersamamu berteman rembulan
Tak terasa malm pun berlalu
Ku tak bisa menutup lagi
Bahagiaku

Mimpi mimpi ku
Yang dulu berwarna
Kini berubah
Jadi hamparan luka
Hanya sebentar
Ku dakap cintamu
Kau pergi
Kau pergi
Takkan kembali




[REVIEW] : Filem Surf This Love: Gelora Juara




Filem Surf This Love: Gelora Juara masih sedang meluncur dipawagam. Berikut adalah serba sedikit trivia untuk filem ini:
  • Penggambaraan dibuat di Pulau Tioman dan Bali
  • Setiap lakonan menjalani latihan intensif di Bali bagi menjayakan watak masing-masing
  • Ini merupakan filem sulung terbitan Global Solution Resources (GSR) Sdn Bhd
  • GSR menelan belanja melebihi RM1 juta untuk menerbitkan filem ini
  • Sebanyak 7 kali rombakkan skrip termasuk plot dan jalan cerita yang dirasakan sesuai dengan karakter setiap pelakon

Sinopsis:

Untuk sinopsis korang boleh [ Klik Disini ] untuk rujukkan.

Ulasan:

Setelah menonton filem ini, ternyata tidak bosan malah agak menghiburkan dengan telatah bersahaja daripada Syukri Yahya. Pujian harus diberi kepada Syukri Yahya walaupun bukan daripada seorang pelawak tetapi beliau berjaya membuatkan penonton tergelak. Dari segi senimatografi pula, tidak mengecewakan. Cuma dari segi dubbing tidak keterlaluan ku boleh katakan sound agak kuat kekadang terdengar binggit mungkin akan datang boleh perbaiki dalam kes itu. Selain itu, tidak kerterlaluan jua ku boleh katakan ini bukanlah sebuah cerita yang boleh diangkat sebagai filem tetapi sekadar sebuah telefilem sahaja kerana dari segi garapan jalan cerita yang straight forward. Selebihnya STL ok!

Rating :
⭐️⭐️⭐️

Monday, February 12, 2018

Anugerah Juara Lagu 32 (AJL 32) : 10 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu!


Kehangatan AJL 32 sudahpun melabuhkan tirai dan kita sudah mengetahui bahawa lagu Jampi - Hael Husaini telah dinobatkan sebagai Juara Lagu edisi ke 32 sekaligus membawa wang tunai bernilai RM50,000 dan trofi. Sekalung tahniah diucapkan kepada Hael Husaini dan Ezra Kong. Di harap Hael terus menghasilkan lagu-lagu yang indah lagi selepas ini.

Untuk kali ini, bukan nak bercerita berkenaan siapa patut menang dan siapa sumbang pada malam anugerah tersebut. Tapi ku ingin berkongsi 10 fakta yang anda tidak tahu atau tidak dijangkakan.

1) Lebih Sempurna Syamel

Perasankah anda konsep kain terjurai dalam persembahan Syamel mirip dengan persembahan Adira untuk lagu Aku Ada Kamu dalam edisi AJL25.


AJL25

Hampir sama bukan? cuma membezakannya Adira duduk atas buai tapi Syamel atas podium. Tak akan Syamel nak duduk atas buai pulak.. Kau rasa? haha

2) Sofi Jikan

Tahukah anda ada seorang hamba Allah di dalam area axiata ini, menjerit nama Sofi Jikan semasa permulaan pembantu persembahan melontarkan katanya dalam persembahan Sejati.

Tapi macam sama laa kan? huhu

3) Syazwan Hassan

Iya bukan Syazwan Rahman tapi Syazuwan Hassan seorang pelakon baru meningkat naik turut sama membantu dalam persembahan Wany Hasrita. Sampaikan Sherry pun tergoda dengan ketampanan beliau.


4) Bayang

Perasankah anda persembahan pada malam tersebut rata-ratanya berasakan tirai dan bayang? walaupun bukan nyanyi lagu bayang. Antaranya yang menampilkan konsep bayang adalah:
 
Salma

Ara

Hael Husaini

Khai Bahar

Oleh itu, layaklah persembahan terbaik pada malam itu di menangi oleh Altimet kerana persembahan yang lain dan bersahaja membuatkan penonton terhibur.

5) Gayat

Tahukah anda penyanyi kecil molek Ernie Zakri takut pada ketinggian? semasa raptai pun ku dapat lihat Ernie begitu takut untuk turun. Memang tidak dapat dinafikan tangga tersebut tinggi malah beliau pakai kasut tumit tinggi lagi. Namun kerisauan dan ketakutannya berjaya dilindungi. Tahniah Ernie.



Terbukit tangan Ernie tidak lepas daripada genggaman pemegang tersebut.

6) Love

Tahukah anda sebenarnya konsep tangga dalam persembahan Aku Cinta itu ingin buat bentuk Love? Namun apabila kita dapat lihat bentuk itu tidak begitu dapat tapi ke"gah"an konsep itu nampak. Tapi sekali pandang macam bentuk lain kan? Korang rasa apa? Ku tak mahu cakap nak tahu sila pm. haha



7) Nur Sajat

Tahukah anda kelibat Nur Sajat mendapat sorakkan gemuruh 1 arena? Bila beliau bangun sahaja untuk berjalan ataupun kamera pancarkan ke wajahnya, sorakkan gemuruh diberikan. Jika dulu penampilan Ziana Zain no 2 menjadi tarikan untuk anugerah seperti ini, tapi kali ini Sajat pula.


8) Kanak-kanak Istimewa

Tahukah anda bahawasanya persembahan Haqiem Rusli yang menampilkan kanak-kanak pekak dalam persembahan beliau ini sudah dilakukan beberapa artis sebelum ini? antaranya adalah

Mila dalam Konsert AF 5 semasa menyanyikan lagu Aku Takkan Bersuara

Konsert Siti Nurhaliza dalam menyampaikan lagu Kau Kekasihku


Tapi kali ini Haqiem membawa kembali konsep itu di pentas AJL32.

9) Serasi

Perasankah anda sepanjang pengacaraan Sherry Alhadad dan Alif Satar mereka langsung tidak memegang que card? Iya ku alert tentang itu. Bukan sahaja semasa malam tersebut tetapi semasa raptai lagi mereka tidak memegang sebarang que card di tangan. 


Gadingan mereka membuahkan hasil. Rata-rata memuji pasangan tersebut kerana menghiburkan penonton di arena mahupun di rumah dengan idea-idea yang kreatif. Tahniah I'm Love It!


10) Tiada Promo 

Alhamdulilah kali ini rata-rata penonton tidak hilang fokus dengan dengan persembahan dengan penaja yang mahukan "inter frame" produk mereka. Penonton lebih selesa dan tenang. Walaupun penaja Samsung dan Nivea menjadi penaja utama tetapi tidak show off. Syabas diucapkan produksi TV3!



Sunday, February 11, 2018

Anugerah Juara Lagu: Trivia Di Sebalik AJL 32


Debaran AJL 32 makin terasa siapa bakal dinobatkan Juara Lagu 32? Malam ini 11 Febuari 2018 bakal terjawab. Tapi sebelum itu, mari kita kenali lebih dekat lagi di sebalik AJL 32 yang anda perlu tahu.

1) Pentas AJL kembali semula ke Axiata Arena (dahulunya Stadium Putra Bukit Jalil) selepas dua edisi AJL diadakan di tempat lain.

2) AJL 32 dikendalikan oleh Sherry Al-Hadad dan Aliff Satar. Kembali berdua setelah beberapa tahun trio, pastinya anda tidak akan rasa bosan dengan telatah yang bakal dipersembahkan nanti.

3) Sebanyak 12 lagu dipertandingkan pada edisi ke 32 kali ini. 6 lagu balada, 1 lagu hip hop dan 5 lagu pop rock.

4) Tiada satu band pun yang layak ke final kecuali Hazama dengan band iringan.

5) Erni Zakri dan Syamel satu-satunya pasangan duet bakal beraksi di pentas akhir AJL 32.

6) AJL 32 menyaksikan Hazama (2012, 2013, 2014, 2015, 2016) dan Dayang Nurfaizah (2001, 2004, 2014, 2015, 2016) beraksi untuk kali ke 6 di pentas akhir.

7) Hanya lagu Sejati akan dinyanyikan oleh penyanyi gantian (Azmi Caliph Busker).

8) Kembalinya lagu ciptaan M.Nasir ke final AJL selepas kali terakhir bertanding pada edisi AJL 26 (Awan Nano) dan Aidit Alfian pada AJL 23 (Kalis Rindu) menerusi lagu Aku Yang Sebenar.

9) Terdapat beberapa lagu telah diubah melodi lagunya seperti Lebih Sempurna dendangan Syamel, lagu Sejati dendangan Azmi Caliph Buskers, Aku Cinta dari Erni dan Syamel, Separuh Matiku Bercinta Dayang Nurfaizah dan Jampi dari Hael Husaini. Anda boleh tentukan sama ada sedap atau tidak nanti.

10) Stacy akan mengendalikan segmen pembukaan dengan menyanyikan lagu-lagunya yang pernah ke AJL seperti (Aku Stacy, Bosan, Pakai Buang).

11) Penampilan khas daripada Nasha Aziz, Aleeza Kasim dan Tini sebagai memperkenalkan trofi terbaru AJL 32 hasil rekaan Rizman Ruzaini.

12) Artis undangan untuk persembahan penutup menampilkan Dato A. Rahman Hassan, Dato Jeffry Din, Dato Awie dan Sit Sarah yang bakal mengembalikan nostalgia lagu-lagu irama pop ye ye. Antara lagunya adalah Tak Mengapa, Syurga Idaman, Kenanganku dan banyak lagi. Pastinya meriah.

 

13) Berikut adalah senarai giliran mengikut turutan yang bakal membuat persembahan:

LEBIH SEMPURNA
Syamel
Komposer & Penulis Lirik: Syamel

SEJATI
Azmi Caliph Buskers
Komposer & Penulis Lirik: Faizal Tahir & Mike Chan

AKU YANG SEBENAR
Hazama The Penglipur Lara
Komposer & Penulis Lirik: M.Nasir & Ad Samad

MENAHAN RINDU
Wany Hasrita
Komposer & Penulis Lirik: Ibnu & Gouffran

JAMPI
Hael Husaini
Komposer & Penulis Lirik: Hael Husaini & Ezra Kong

AKHIRNYA CINTA
Salma
Komposer & Penulis Lirik: Ajai & Slen

SEPARUH MATI KU BERCINTA
Dayang Nurfaizah
Komposer & Penulis Lirik: Ajai

AKU CINTA
Syamel & Ernie Zakri
Komposer & Penulis Lirik: Syamel

AMBOI
Altimet
Komposer & Penulis Lirik: Altimet

WARKAH UNTUKKU
Ara Johari
Komposer & Penulis Lirik: Hang Nadim & Laq

BAYANG
Khai Bahar
Komposer & Penulis Lirik: Alam & Patrick Anohada

TERGANTUNG SEPI
Haqiem Rusli
Komposer & Penulis Lirik: Ibnu & Gouffran


Ramalan pemenang:

Persembahan Terbaik:
Bayang - Khai Bahar

Vokal Terbaik:
Separuh Matiku Bercinta - Dayang Nurfaizah /
Aku Cinta - Erni Zakri dan Syamel

Tempat ke-3:
Separuh Matiku Bercinta /
Jampi

Naib Juara:
Sejati /
Aku Yang Sebenarnya

Juara AJL 32:
Tergantung Sepi



Friday, February 02, 2018

Misha Omar Bakal Mewarnai Tahun 2018


Nama pelantun Misha Omar, 34 tidak asing lagi dalam dunia industri hiburan tanah air. Setelah tahun lepas Misha meraih kejayaan tempat ke-2 dalam Anugerah Juara Lagu 31 bersama Hafiz Suip dengan membawa lagu Terimaku Seadanya.

Kini untuk tahun 2018, Misha kembali mewarnai industri hiburan setelah beberapa lama menyepi akibat mengalami masalah kehilangan suara selama 6 bulan yang lalu.


Misha Omar diberi kepercayaan untuk menjadi mentor dalam rancangan program rialiti TV3 Mentor Otai. Selain Misha Omar, Zarul Umbrella, Siti Sarah dan Tam Spider turut menjadi sebagai mentor. Sebanyak dua orang protege yang berusia 35 hingga 55 tahun bagi setiap mentor akan berentap merebut gelaran juara Mentor Otai. Mentor Otai akan dijangka akan menemui penonton bulan Mac ini.

sumber dari Mstar

Selain menjadi mentor di TV3, Misha tidak duduk diam. Malah Misha diberi kepercayaan menjadi pengacara dalam program rialiti di TV2 Bintang RTM 2018. Misha Omar akan berganding bahu bersama teman seangkatannya iaitu Aqasha. Bintang RTM 2018 bakal menemui penonton pada 3 Febuari 2018, Sabtu jam 8.30 malam di TV2.

Kerjaya seni Samiha @ Aishah bt Omar atau lebih dikenali Misha Omar, dimeriahkan lagi dengan single terbarunya yang bakal menemui peminat pada bulan Mac ini juga. Melalui laman instragram miliknya telah mendedahkan sedikit intro dan corus lagu Sampai Bila ciptaan daripada Sharon Paul dan lirik Ahmad Fedtri Yahya dan Shah Shamshiri. Diharap lagu terbaru itu, terus mendapat perhatian ramai sekaligus terus ke AJL 33 akan datang kerana kerinduan kepada penyanyi legend seperti Misha Omar, Liza Hanim, Nora, Ziana Zain beraksi di pentas itu.

Diharap rencana seni Misha Omar terus berkembang maju pada 2018.


Copyright © Syazwan Rahman Designed by azhafizah.com