Friday, September 30, 2011

FUUUYOOO.. OLD SCHOOL SANGAT KE?



Assalamualaikum.. Salam penghulu hari.. Ini kisah pagi tadi.. Ku pergi kerja pakailah baju ini baju kotak-kotak berlengan pendek temanya sebab hari Jumaat la kan.. Nak pakai bawak pergi jalan-jalan macam tak sesuai je sebab BESAR sangat baju ini walaupun ambik saiz M ok.. *see ku KURUS ok.. haha so bawaklah pergi kerja sebab boleh masuk baju dalam lagi pun ku kurang baju berlengan pendek..huhu


Sampai je opis di bilik pantri seorang wanita cantik ini tegur ku " Wan macam OLD SCHOOL" ku gelak je.. 

Duduk kat meja mamat sebelah ku pandang-pandang ku "Ko kenapa?? ku tengok macam OLD SCHOOL je"

Sambil buat kerja ada abang ini tegur ku pulak " Wan rambut baru ke?? lain nampak" ku gelak je.. Pada hal ku da potong rambut ni Selasa lepas kot.. adeh...


 Korang nak cakap ku apa lak? huhu


Old school maksud ku nampak muda lagi la kan kan?? mujur bukan Old Fesyen kan?? huhu




bisik buzz: minggu terakhir beraya!


SALAM FUUUYOOO~




   

Wednesday, September 28, 2011

FUUUYOOO... WORDLESS WEDNESDAY #9








bisik buzz: makan sirih cepat K A H  W I N ^_^




SALAM FUUUYOOO~




   

Tuesday, September 27, 2011

FUUUYOOO.. PULAU MUTIARA

 

Ini kisah percutian kami sekeluarga pada minggu pertama raya (lambat update) haha.. Kebetulan kami menghadiri majlis pertunangan di Parit Buntar, Perak alang-alang pergilah bercuti di Pulau Pinang sambil menyelam minum air temanya lah kan..

Selamaa 3 hari 2 malam tidur di Hotel Continental..



 Pemandangan dari hotel tinggkat 17

Selama 3 hari 2 malam di Pulau Mutiara kami sempatlah mencekik pelbagai makanan di situ antaranya:



Sup Hameed sedap sangat!


 


Di Padang Mahkota merasa Laksa, Sotong Kangkung, Chaw Ketiau, Pesembor memang orang kedai tu "tekan" betul-betul harga.. celako! huhu


Nasi Kandar Beratur kita orang pergi pun da nak petang so tak beratur da..huhu

 Buah Berangan teramat sedap ok!
 
 
 Jeruk sudah biasa beli tapi tak makan sangat haha



Singgah pula ke Taman Bunga (banyak monyet! tatut!)



Inilah dia kabel car baru sangat laju dan condusif! walaupun kadang-kadang mengerunkan sekejap hahaha



 Pemandangan di kaki Bukit Bendera

Merakamkan detik-detik indah di Pulau Mutiara






bisik buzz: Terengganu, Sabah dan Sarawak masih tidak sampai lagi..

SALAM FUUUYOOO~




   

Thursday, September 22, 2011

FUUUYOOO... INILAH DIA GAMBAR TUNANG!

Pada musim raya ini yang bakal melabuhkan tirai tidak lama lagi, ramai ingin membuat majlis rumah terbukakan? Sampai jalan di KL jadi sesak setiap hujung minggu.. Kusut kepala ku tengok..huhu.. Dan ingin menyusun 10 jari mohon maaf jika ku tak berkesempatan untuk menghadiri semua majlis yang di jemput ya.. Terima Kasih atas jemputan anda semua..

Dalam keriuhan membuat majlis rumah terbuka.. Ku berkesempatan jugak menghadiri majlis pertunangan.. Ini kira kakak ipar ku punya adik bertunang di Parit Buntar, Perak.. 

Nak tangkap gambar tunang sendiri ku tak ada calon lagi so tangkaplah gambar tunang orang sedihkan..huhuhu

Ini adalah percubaan pertama ku dalam sesi mengambil gambar majlis orang.. Banyak lagi benda yang ku perlu belajar untuk menjadi fotograper yang terhebat macam G.i Photoshoot tu.. Ku tengok angle-angle daripada gambar yang mereka hasilkan dan ku try ikutlah sikit-sikit.. Selain itu ku banyak jugak bertanyakan kepada rakan laman muka buku ku Nurtaqwa Othman.. Kita orang tidak pernah lagi bersua tapi da boleh kawtim da.. haha

So ku tak mahu cakap banyak inilah antara hasilnya.. Jangan gelak jangan nagis.. Ini baru percubaan pertama ku.. Ku mahukan kritikan membina daripada anda.. cewah 

 ku panggil dia Razima Abd Razak.. Bekerja sebagai juru rawat di hospital Ipoh Perak..



Close up!


call bakal tunang la tu! eheh







Sebentuk cincin merisik dan sebentuk cincin tunang..

Bersama bondanya.. Seiyes bondanya awet muda ok! manisje.. hehe


Amacam? inilah hasilnya yang ku mampu buat setakat ini.. Kritikan membina amat ku perlukan di sini kalau nak kritiklah kan tak nak pun tak apa.. Adop photoshop menjadi permainan ku untuk sesi kali ini..








bisik buzz: rakan ku ada yang bakal bertunang. ada yang akan berkahwin bulan 10 ini.ada yang telah menemui cinta sejati. tapi ku? masih mencari.. ermmm =( 


SALAM FUUUYOOO~



    

Wednesday, September 21, 2011

FUUUYOOO... WORDLESS WEDNESDAY #8

 

bisik buzz: Malaysia vs Jepun malam ini.. walaupun peluang mencipta kemenangan tipis tapi sokongan 1 Malaysia terus berkibar.. ceewah! ^_^


SALAM FUUUYOOO~




    

Monday, September 19, 2011

FUUUYOOO... TATA NABIL

Alhamdulilah selesai sudah presentation ku pada Khamis lepas.. Semua berjalan baik..Terima Kasih pada yang memberi ucapan dan juga mendoakan ye. Touching! hahaha


Ada sesetengah sudah sedia maklum bahawasanya Nabil Aizat seorang blogger telah meninggalkan kita.. Meninggalkan bukan sebab dia mati lol.. Dia meninggalkan Malaysia bertandang ke Jerman balik sambung belajar la.. Hampir beberapa bulan dia bercuti kot.. Flight dia pagi Sabtu. lepas.. Dan kini dia sudah menjejakan kakinya ke bumi Jerman.. Alhamdulilah selamat sampai...


Memandang dia nak balik so ku jumpa dia pada beberapa minggu lepas lepak-lepak makan bersama Qarl n Ash (rakan Qarl)..



Sini ada beberapa keping gambar sebelum dia berangkat..


Sejenak:

  • Nabil seorang yang peramah dan pandai berborak..
  • Senyuman yang mengoda dan mencairkan wanita-wanita di luar sana.. tapi lagi cair kalau ku senyum la kan? haha
  • Masih muda perjalanannya masih jauh lagi.. teruskan mendaki dengan jayanya wahai En. Nabil..hehe
  • Ada lagi 2 tahun lagi kot untuk di mengutip ilmu di negara orang itu..Semoga berjalan lancar InsyAllah
  • Walupun personal baru 2 kali jumpa bertentang mata tapi 

Dan ku doakan Nabil selamat menduduki examnya pada 20 hari bulan ni kot! dan selamat menjaga diri di bumi orang..InsyAllah ada masa lagi kita lepak-lepak dan gelak-gelak lagi k.. haha

Semua tata kat Nabil.. hehe





bisik buzz: bertuah tak dapat rakan sebaik ku?? mengenal erti sahabat..tibebe agaga



SALAM FUUUYOOO RAYA~





   

Wednesday, September 14, 2011

FUUUYOOO... WORDLESS WEDNESDAY #7







bisik buzz: agak sibuk dengan persiapan untuk presentation Khamis ini (esok)


SALAM FUUUYOOO~





   

Monday, September 12, 2011

FUUUYOOO... RAYA DI MELAKA MASIH KAW!

Jangan cakap ku tak ada kampung.. Ku masih ada kampung ok! Kampung bapaku di Melaka.. Klebang (terkenal dengan Coconut Shake), Alai (terkenal dengan Ikan Bakar) menjadi destinasi selalu di tuju ku sekeluarga. Walaupun ku tidak pernah melihat wajah nenek dan atok ku sejak dari kecil tapi kami tetap pulang ke Melaka menziarah pak cik mak cik yang ada sesetengah masih tinggal di Melaka.. 


Tapi jangan hairan sampai ke saat ini ku masih blur jalan Melaka.. entahlah macam pelik je.. tapi ku suka traffic light dia ada counting..sebab itu di istiharkan Melaka Maju kan?? 

Yang bestnya orang-orang Melaka terutama keluarga sebelah bapak ku ini ialah bahasa-bahasa dorang Best! Bahasa kaw-kaw kasar.. haha sekali dia "libas" memang kaw-kaw.. bab gelak, bab buat lawak memang meka pakar.. ku di situ hanya duduk dan bergelak berguling-guling sahaja sudah memadai mengamatkan suasana.. 


 

 erk ku tak hafal lagu Melaka dan jarang dengar.. huhu


membawa Dariwsy mengambil mood di desa.. 


 Menginap 2 hari 1 malam di rumah mak cik ku di Alai..Mmemang tebraik layan 1st class.. haha


Kesempatan ku ada di Melaka ku pergilah rumah rakan seperjuangan ku Daniel Adie.. dekat je dari rumah mak cik ku..




 Cantikkan hasil kreativiti tangan Adie? Impress tengok kerawang-kerawang tu..



Mak cik-mak cik ku.. Bukan nak cakap besarlah mak cik-mak cik ku ini semua pandai masak kot masak asam, masak kari, buat kek semua dalam celah kangkang dorang je.. Terbaik lah! suka pergi umah meka sebab dapat makan sedap-sedap sampi buncit.. huhuhu




Sebahagian keluarga sebelah bapak ku..Ketika ini di Parit Sulung, Johor







bisik buzz:1 pun gambar ku tidak ada kan!! >.<



SALAM FUUUYOOO RAYA~




   

Copyright © Syazwan Rahman Designed by azhafizah.com