Pelakon berbakat besar, Nabila Huda meluahkan apa yang terbuku di hatinya selama ini dengan mendedahkan beberapa perkara mengenai keluarganya.
Menurut Nabila, dia menyifatkan individu tersebut (Ibu Tiri) telah mengaibkan dirinya serta cuba untuk memusnahkan kehidupan ahli keluarga mereka sejak dahulu lagi.
Iklan Raya sekarang sudah berubah, bukan sekadar iklan mempromosi sesuatu barang atau jenama tetapi lebih kepada drama pendek yang membawa mesej yang mendalam.
Hasil kreatif anak muda masa kini dalam industri pembikinan iklan mengubah landskap sehingga ia bukan lagi membawa iklan tetapi mesej.
Ada iklan raya membuatkan kita tersenyum, ada juga yang boleh meruntun jiwa. Malah jika tonton sahaja iklan raya tersebut hati pasti terbuai untuk sama-sama menantikan hari yang diraikan, Aidilfitri.
Jom kita tengok antara iklan Raya yang trending dan hot di laman sosial khususnya Youtube.
1) Tenaga Nasional Berhad (TNB)
Jika tahun-tahun sebelum ini Petronas secara amnya mengunguli iklan raya yang menarik, tetapi untuk tahun ini TNB menambat hati ku. Rumah Epik Fantastik menajdi tema TNB pada tahun ini. Suasana yang meriah apabila sanak saudara berkunjung ke rumah menjadi jalan cerita utama membuatkan dekat dihati masyarakat Malaysia. Tahniah!
2) Sun Life Malaysia
Kisah baju raya terbakar menjadi perkara utama dalam iklan raya Sun Life Malaysia. Agak kelakar dan kreatif. Malah iklan ini telah trending. Syabas!
3) KFC
Kisah adik beradik diketengahkan. Air dicincang tak akan putus itulah yang ingin KFC sampaikan untuk iklan raya tahun ini. Ayam KFC beberapa kali diketengahkan dalam iklan ini sambil memberi pengajaran promote produk pun wajiblah! haha
4) Petronas
Misi Riuh Raya dijadikan sebagai tajuk iklan raya mereka pada tahun ini. Kerja berpasukan dalam keluarga diterapkan dalam iklan mereka kali ini. Menarik dan mencuit hati. Kegigihan anak-anak ingin pulang beraya ke kampung halaman dengan membuat surprise kepada ibu ayah mereka sangat tinggi. Tahniah Petronas!
5) Siti Khadijah
Iklan yang meruntun jiwa. Kisah menantu dan ibu mertua.
6) DBKL
Mengisahkan anak tidak dapat pulang raya kerana bertugas pagi raya. Anak yang keberatan untuk memberi tahu emaknya yang sedang menunggu di kampung menjadikan sebuah cerita pendek ini pilu.
7) Habib
Cerita antara seorang cucu dan opah. opah sanggup bergadai barang kemas untuk menyara cucu kesayangannya.
8) Star Media Group
Hahah ok iklan ni kelakar walaupun raya Aidilfitri, tetapi merek memperkenalkan pelakon utamanya berbangsa cina iaitu Chin. Mengutamakan kerja dari raya. Ingin tahu lebih kena tengoklah best!
9) Traveloka
Mengisahkan seorang anak membawa biskut ibunya kemana sahaja dia pergi. Ingin tahu selebihnya cuba tengok. Menarik!
10) Astro
Dan akhir sekali iklan dari Astro. Membawa tajuk Gaya Raya Paling Ori untuk raya tahun ini. Menariknya Astro membawa kisah-kisah viral seperti letak dagu di tapak tangan, makcik bawang dan rendag krispy sambil mengalunkan nyanyian dikir barat. Menarik!
Hari ini 1.6.2018 merupakan ulang tahun Janna Nick yang ke-23 tahun. Beliau telah berkongsi videonya dengan menggunakan #HadiaYangMemangAkanPakai . Agak menarik dan simple hadiah-hadiah yang diminta jika peminatnya untuk berikan kepadanya..
Berikut adalah antara hadiah yang dia akan pakai jika diberikan:
1) Ubat Gigi Colgate
2) Ear Phone
3) Deodorant Revona
4) Stokin
5) Gula pasir
6) Baucer setahun di Restoran Pelita
7) Air kotak Milo
8) Sebiji buah durian
9) Sebiji buah epal hijau
10) Quaker Oat
Itu yang Janna Nick mahukan, tetapi kali ini antara hadiah Janna Nick tidak mahukan apa dia?
1) Earing Silver
3) Buku
3) Pencukur
Hai Janna Nick lawak juga awak ini kan? mujur comel! Selamat Hari Jadi Janna!