Friday, June 30, 2017

Antara Gaya Fesyen Paling Unik dan Kreatif Di Hari Raya 2017

Apabila kita bercakap mengenai fesyen di hari raya, kita akan teruja melihat pemilihan warna tema pada tahun itu bukan? tetapi selain warna juga kita akan melihat gaya yang ingin ditampilkan pada hari tersebut.

Oleh itu, terdapat 3 senarai gaya penampilan yang agak unik dan kreatif yang sempat ku snap di laman instagram baru-baru ini. Ini tidak termasuk Nora Danish yang ramai sedia maklum pemakiannya yang agak seksi dan dikecam hebat itu.

1) Zila Bakarin

Yes! Secara peribadi ini kali pertama ku melihat gaya fesyen sedemikian rupa. Selalunya sedondon melalui pemilihan warna tetapi kali ini Zila membuat kelainan tersendiri apabila memilih sedondon dari segi pakaian bersama suami tercintanya. Zila dan anaknya memilih memakai baju melayu teluk belangga (versi Johor) berserta samping di pagi raya bersama suami tercinta. Pada pendapat ku, tidaklah keterlaluan ku ingin katakan ini adalah fesyen paling kreatif dan comel! Lainlah Zila memilih sedondon memaksa suaminya memakai baju kurung itu agak pelik dan melampau. Ternyata I Like!


2) Ian  Ebrizal

Memilih pakaian berbaju melayu ala versi sari di pagi raya. Apabila ku lihat dari segi coraknya menampakkan seperti sari. Ternyata unik untuk di gayakan tetapi agak rimas apabila mengenangkan di pagi raya dengan pelbagai aktiviti yang ingin dilakukan. Tetapi pemilihan ini agak unik dan menarik. Mungkin tahun hadapan trend seperti ini pula ditonjolkan apabila tahun lepas jubah abang sado menjadi viral..


3) Zahid Arifin

Ini adalah rakan ku di instagram. Tidak begitu mengenali beliau tetapi kami saling follow. Apabila ku scroll semasa di pagi raya, ku terlihat cara pemakaiannya yang agak unik dan penuh dengan kemeriahan. Sekali imbas hati ku terdetik mengatakan adakah di hari raya ini hari perkahwinan beliau? tetapi apabila melihat secara teliti beliau hanya mengayakan sekadar untuk peribadi di hari raya sahaja. Pemilihan fesyen di bahagian bahu seperti baju pengantin itu menampakkan beliau sangat menyerlah di pagi raya di tambah pula dengan bling bling dan kain net itu bertambah bersinar hari rayanya.


Itu adalah antara 3 fesyen yang ingin ku kongsikan. Adakah anda ada melihat fesyen lebih unik daripada itu? Bolehlah sharekan..

Jika bertanyakan kepada ku, untuk di hari raya ini ku hanya memilih untuk memakai baju melayu cekak musang yang simple berwarna hitam sahaja. Sesuai dengan apa yang telah berlaku ke atas keluarga kami baru-baru ini menampakkan ku tidak begitu teruja untuk raya kali ini. Baju ini pun di beli secara online beberapa hari sebelum hari raya. Ternyata baju dan warna yang telah di pilih sebelum ini akan dipakai yang akan datang..


Walau apa pun fesyen kita pakai di hari raya, bagi ku paling utama adalah menjaga adab dan kesopanan di pagi raya itu sendiri. Sebagai contoh janganlah memakai pakaian menjolok mata dan terlalu keterlaluan.

Wednesday, June 28, 2017

Barisan Gaya Fesyen Lebih Daripada 30 Selebriti Di Hari Raya 2017

Walaupun kini sudah masuk 4 Syawal, tapi bahang menyambut hari raya masih terasa lagi terutama di Malaysia ini. Apabila 1 Syawal, kita sering ingin melihat warna tema pilihan masing-masing adakah ia sama atau tidak terutama artis kegemaran kita bukan? Di sini ku paparkan lebih daripada 30 artis bergaya di hari 1 syawal yang lepas. Jom kita scroll..

Kita mulakan dengan artis dengan potret bersama keluarga masing-masing:

1) Ziana Zain


2) Dato Siti Nurhaliza


3) Kris Dayanti


4) Nabil Ahmad


5) Siti Sarah


6) Rozita Che Wan


7) Aeril Zafrel


8) Keluarga Ab Halim 


9) Shila Amzah


10) Tomok


11) Sheila Rusly


12) Ella


13) Ashraf Muslim dengan 2 orang bininya.


14) Ac Mizal


15) Sharifah Shahirah


16) Dafi


17) Intan Sarafinna


18) Aliff Satar


19) Norman Hakim


20) Chef Wan


Berbeza pula apabila ada artis masih beraya tanpa isteri/suami tercinta.

1) Shahir Af


2) Janna Nick


3) Neelofa


4) Ayda Jebat


5) Uqasha dan Nelydia Senrose


6) Ernie dan Anuar Zain


7) Siti Nordiana


8) Elly Mazlien


Selain itu, kita boleh lihat antara artis buat pertama kali beraya bersama "orang baru":

1) Nora Danish pada tahun ini beraya bersama suami barunya. Walaupun dikecam hebat oleh bapa mertua dan netizen dengan pakaian 1 Syawal yang agak seksi seolah-olah hanya memakai skrit atau seluar pendek. 


2) Shahrul Ridzuan yang pertama kali beraya bersama anak dan isteri tercinta akan menambah seri di hari lebaran ini.


3) Akim dan Stacy


4) Misha Omar


5) Shaheizy Sam

6) Syamsul Yusof


7) Fahrin Ahmad


8) Nad Zainal


9) Hanis Zalikha


10) Jep Sepahtu dan Sari Yanti


11) Amar Bahrin dan Amyra Rosl


12) Mia Ahmad


13) Shahnaz


14) Jihan Musa


Apabila kita melihat ada yang rasa gembira menyambut hari raya bersama orang baru tidak kiralah dengan cahaya mata baru ataupun suami/isteri baru. Tetapi kita juga perlu bersimpati dengan nasib yang telah menimpa beberapa artis yang kehilangan insan tersayang antaranya:

1) Nora yang telah kehilangan suami tercinta Johan Nawawi pada 24 April 2017 yang lepas. Nampak jelas Nora masih belum kuat menempuh semua ini.


2) Rebecca Nur Islam yang telah kehilangan ayahanda tercintanya 5 Jun 2017. Tetapi tetap disambut secara meriah.


3) Bazli Unic yang telah kehilangan anak syurganya pada 7 Jun 2017


4) Kalau mereka kehilangan suami dan anak ku juga amat terasa dengan kehilangan ayah tercinta pada 24 Mei 2017


Ternyata apa dugaan yang menimpa kita, kita sebagai manusia di sisi Allah perlulah menerima qada dan qadar dengan redha. Teruskan perjuangan, teruskan kehidupan dan teruskan berdoa untuk mereka yang telah pergi. 

Akhir kata Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin.

Copyright © Syazwan Rahman Designed by azhafizah.com