Friday, September 21, 2012

FUUUYOOO.. LANGKAWI OH LANGKAWI

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia


Bulan Syawal sudah melabuhkan tirai bermakna rumah terbuka sudah closed! Alhamdulilah boleh control balik diet ku.. Kali ini ku bukan nak cerita pasal rumah terbuka tapi pasal percutian ceewah percutian la sangat bekerja sambil berjalan boleh statement macam tu? haha 


Langkawi je pun

Sudah hampir 5 tahun ku tak menjejakkan kaki di sini last masa di matrikulasi negeri sembilan dulu lawatan sambil belajar katanya.. Tapi kali ini bekerja sambil bercuti boleh? hahaha


First time naik cable car Langkawi


tali cable car ini mempunyai jarak 919.5 meter ye




Impian ku naik ke atas akhirnya tercapai jugak.. Alahmdulilah

First time ku tengok di tv semasa rancangan Trek Selebriti waktu ketika dulu. Masa tu memang mengeletek ku nak pergi akhirnya sampai juga. Tapi sedikit kecewa sebab masa ku pergi hujan so tak sempat lepak lama di atas


Pemanadangan dari atas weee


selama 3 hari 2 malam ku di Langkawi Bayview telah menjadi tempat istirehat ku.. Service terbaik!


JPJ Langkawi tempat tugasan ku..


Tanpa kereta sewa tak sah kalau da sampai Langkawi ini kan? so ku sewa Honda City. Tak dapat beli, dapat sewa pun jadilahkan. Tapi Vios lagi best! ^_^


Mujur jadual ku di Langkawi sampai Jumaat kiranya orang berpusu-pusu masuk Langkawi, ku berpusu-pusu keluar so tidaklah berebut naik jeti.. haha


Barang yang sempat di borong *koyak* >.<


Selamat tinggal Langkawi~


bisik buzz: twitter ~ syazwan_rahman

SALAM FUUUYOOO~
                        

Monday, September 03, 2012

FUUUYOOO.. RUMAH TERBUKA DATO SITI

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia


Masih bercerita mengenai 1 Syawal ku..haha kesiankan? biasalah sapa tak kenal Wan FUUUYOOO sentiasa lambat update katanya haha ada aku kisah? 

Ok2 fokus! Semua sedia maklum yang ku beraya di KL dan kebetulan rumah Dato' Siti dengan rumah ku tidaklah jauh mana 2 minit je da sampai kaedahnya.. Kesempatan Dato K dan Dato Siti buat rumah terbuka di hari raya pertama di istana terseregam indah dia tu, ku apa lagi tidak melepaskan peluang untuk sama-sama menghadirinya..

Ini kali kedua ku masuk rumah Dato Siti. Jika dulu menghadiri kenduri doa selamat arwah bapanya kali ini rumah terbukanya.. Yeah! Untuk pengetahuan kepada sesiapa yang tidak tahu, meka bukan sahaja meraikan rumah terbuka aidilfitri malah menyambut ulang tahun perkahwinan yang kali ke 6.. Tahniah

Nak membebel panjang pun korang bukan suka. Ini ku kepilkan gambar kenang-kenagan bersama Dato Siti dan jugak suasana di sekitar rumah terbuka

 
Jam di tangan pada waktu ini menunjukkan pukul 4 petang


Bawahnya kolam renang kami menikmati juadah di atasnya kelas kan? rasa nak terjun bagi tok ti tengok ku mandi je #ehh



Memandangkan ku antara tetamu dan peminat bertuah kerana datang awal jam 4 petang (walaupun majlis mula 3 ptg) so sempatlah berborak dan bergambar puas dengan tuan rumah..


segak bergaya itulah dia Dato Khalid



Kalau da sampai tak makan alamatnya rugikan? haha antara juadah yang telah di sediakan adalah sotong kangkung, kambing panggang, mee udang, roti jala, satey, tauhu bakar, abc, char kway teow dll terbaiklah!



Untuk tatapan peminatnya


Sempat lagi pose atas tangga yang sering Dato Siti turun naik setiap kali keluar.. Nak ambil berkat katanya haha


Akhirnya kata terima kasih Dato K dan Dato Siti Sekeluarga dan jumpa lagi




bisik buzz: twitter ~ syazwan_rahman



SALAM FUUUYOOO RAYA~
                        

Copyright © Syazwan Rahman Designed by azhafizah.com