Friday, November 17, 2017

Gambar Eksklusif Kad Kahwin dan Majlis Berinai Izara Aisah & Adib Khalid


Seperti semua sedia maklum, Nik Izara Aishah Nik Izazurin atau lebih dikenali sebagai Izara Aishah dan Muhammad Adib Khalid bakal menamatkan zaman bujang pada hari ini. Semalam, 16 November 2017 telah berlangsungnya majlis berinai yang dihadiri hanya rakan serta saudara terdekat sahaja. Izara Aishah mengetengahkan konsep Bollywood yang memperlihatkan beliau begitu anggun dengan persalinan warna merah.


Turut kelihatan "mak buyung" Dato Sri Siti Nurhaliza jua turut hadir memeriahkan majlis walaupun kandungannya sudah mencecah 5 bulan. Tidak ketinggalan Adib jua turut sama-sama memakai inai dijarinya.


Kad undangan juga mencuri perhatian ku yang mengetengahkan konsep warna emas dan hitam.



Hari langsung buat mempelai ini bakal dilangsungkan pada hari Ahad, 19 November 2017 ini di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur dengan bertemakan pakaian Black Tie.

Kita doakan semoga mereka berbahagia hingga ke jannah hendak-Nya. Insya Allah

No comments:

Copyright © Syazwan Rahman Designed by azhafizah.com