Mula bergelar sebagai anak seni di tahun 2016 hingga kini, Tajul Arif Noor Md Shari atau lebih di kenali, Tajul telah
menghasilkan hampir 10 buah lagu termasuk lagu solo, duet dan lagu raya.
IZINKAN AKU merupakan single solo tajul yang terbaru bakal dilancarkan disemua
saluran digital dan muzik video di saluran Youtube FMC Music mulai 24hb
Disember 2020 jam 8 malam.
Buat pertama kalinya tajul menyanyikan lagu ciptaan pendatang baru –
Tuah Adzami. Lagu yang berkisarkan tentang cinta berentak balada ini turut
mendapat sentuhan lirik dari tajul sendiri. Namun ada sesuatu kejadian yang
berlaku di sebalik tabir sewaktu rakaman vokal sedang di jalankan.
“sebenarnya saya taknak sebut tentang hal ni, sebab saya tak suka besar
besarkan perkara yang remeh. Tapi kalau dia masih nak bermasam muka itu hak
dia. Sebab saya lebih suka bersikap profesional”
Khabarnya telah berlaku selisih faham antara Tajul dan Tuah Adzmi
sewaktu sessi rakaman berlangsung. Dan mereka dikatakan saling bertikam lidah
dan hampir tumbuk menumbuk.
“ Ya saya mengaku ada silap saya, tetapi bila dia taknak faham keadaan
saya waktu itu dan menuduh saya membuat rakaman sambil lewa, saya tak boleh
terima, kebetulan saya kurang sihat dan tak cukup tidur kerana mlm sebelum tu
anak saya meragam, sebab itu tumpuan dan suara saya agak kurang baik sewaktu
rakaman tu berlangsung”
Dikatakan Tajul hampir balik meninggalkan studio kerana terlalu berang
dengan sikap Tuah Adzmi.
“saya cuma minta dia faham keadaan saya dan minta tangguhkan sessi
rakaman tetapi beliau tetap memaksa saya selesaikan rakaman vokal tu dan
mengeluarkan kata – kata yang tak sedap saya dengar dan mencabar tahap
kesabaran saya, apa pun setelah dileraikan dan bos FMC call ( Mr.Ho) pergaduhan
kami tamat di situ. Dan saya dah pun minta maaf pada Tuah”
“saya amat menyesali atas apa yang berlaku, dan mungkin salah saya juga
kerana tak dapat kawal emosi” Kata Tajul bila dimintya mengulas tentang
kejadian tersebut.
Walaubagaiman pun proses rakaman dapat diselesaikan setelah berhenti
rehat dan disambung setelah beberapa jam berikutnya.
“dah nak masuk tahun baru, tambahan pula saya kini suami orang dan
bergelar ayah, jadi saya tidak mahu perkara negetif mengganggu hidup dan
perjalanan kerjaya saya, apa yang saya lakukan kini hanyalah untuk isteri dan
anak saya. Saya nak cari nafkah yang halal sebanyak mungkin demi mereka berdua”
Harapan Tajul Arif semoga kehadiran single IZINKAN AKU ini diterima
semua peminat walaupun saya kini sudah bergelar ayah, moga sokongan peminat
terhadap saya tidak berkurang.
Pernah di kecam kerana cubaan menari di dalam muzik video lagu berjudul
Pendusta Cinta membuat pemilik nama NURSYZWANI BT SELAMAT – 23 TAHUN atau lebih
mesra dengan panggilan WANI SYAZ lebih dikenali ramai. Ramai dikalangan netizen
yang menyokong tindakan berani Wani dan tidak kurang juga yang mengecam. Namun
jika dilihat dari sudut positif, tindakan yang diambil amat bertepatan dengan
lagu tersebut malah menampakkan kematangan Wani Syaz.
Menyertai pertandingan Gema Gegar Vaganza juga adalah salah satu
Tindakan berani Wani syaz sepanjang bergelar anak seni.
“Sebelum menyertai GGV ramai yang tidak tahu dan tidak yakin akan
kemampuan saya membawakan lagu – lagu bernada tinggi, tetapi setelah menyertai
pertandingan tersebut ternyata saya berjaya membuka mata ramai pihak akan
kemampuan saya termasuk syarikat rakaman saya FMC Music.”
Tidak terasa perjalanan kerjaya seni Wani Syaz hampir mencecah 8 tahun.
Bermula di tahun 2013 Wani muncul dengan single pertama berjudul- I Cinta Jer , Kemudian meledak dengan lagu
Lepaskan dan Alhamdulillah.
Single duetWani Syaz bersama
Wany Hasrita – SINAR TERINDAH merupakan single pertama Wani berduet dengan
artis wanita. Dan lagu ini merupakan ciptaan Wani Syaz sendiri dan lirik
dihasilkan bersama Wany Hasrita. Sebelum ini Wani hanya digandingkan dengan penyanyi lelaki
sahaja -Lepaskan, Alhamdulillah dan
Kembalilah Wani digandingkan bersama Juzzthin dan Pendusta Cinta digandingkan
bersama Waris.
16 November 2020(Isnin) jam 8
malam, secara rasminya single ke 9(muzik video) Wani Syaz akan dilancarkan di saluran youtube FMC MUSIC.
Kali ini Wani Syaz mempertaruhkan lagu padang pasir dengan sentuhan moden.
HABIBI – lagu ciptaan dan lirik – DJ FUZZ, AZIQUEBEATSdan WARIS ini merupakan lagu ke – 2 Wani Syaz
digandingkan bersama Waris. Habibi mengisahkan seorang insan yang ingin mencari
teman hidup. Bagi Wani Syaz beliau tiada masalah untuk menyanyikan lagu irama
begini kerana irama padang pasir yang diterapkan sentuhan moden seperti ini
merupakan genre kegemaran Wani dan sangat bersesuaian dengan vocal Wani.
“Moga – mogalepastonton muzik video Habibi ini nanti, tiada
yang akan kecam Wani. Bagi lah peluang Wani keluar dari kotak dan zon selesa
Wani, kalau boleh dimasa akan datang Wani nak cuba genre yang jauh lebih
berbeza supaya Wani dapat buktikan dan cabarkemampuan vokal Wani”
Wani berharap Lagu Habibi ini mendapat tonton yang lebih tinggi
berbanding muzik video Pendusta Cinta yang mencecah 26 Juta Tontonan.