Tuesday, December 26, 2017

Tahniah, Otam Blurr Terima Pingat Dari TYT Negeri Melaka


Otam Blurr atau nama sebenarnya Mohd Rustam Johari yang terkenal dengan video Dubsmash suatu ketika dahulu pernah menjadi viral antaranya ialah adegan yang diinspirasikan menerusi filem Maria Mariana dan Ibu Mertuaku. Malah kini Otam Blur mempunyai pengikutnya yang sendiri. Akaun Instagram miliknya kini mencecah 142k.

Otam Blurr, 30 yang berasal dari Melaka telah dianugerahkan Pingat Bakti Masyarakat (PBM) Negeri Melaka pada November 2016. Kurniaan pingat ini telah disempurnakan oleh TYT Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob.

Otam, sudah 12 tahun bekerja sebagai artis budaya negeri Melaka menerusi aplikasi whatsapp nya menanggap pingat yang diberikan ini sebagai batu loncatan untuk beliau terus memberikan sumbangan tidak kira fizikal dan mental kepada masyarakat khususnya negeri Melaka. 

watak "Kak Kuntum" dari Otam yang dikenali ramai

"Selagi ada kekuatan fizikal dan mental, insha Allah apa yang saya lakukan adalah untuk kerjaya dan untuk negeri Melaka".

"Alhamdulilah, saya tidak dapat menggambarkan perasaan saya ketika menerima pingat ini pada usia 29 tahun, walaupun pingat ini bukan pingat membawa gelaran Datuk tetapi pingat ini diberikan untuk orang perseorangan atas jasa dan bakti kepada masyarakat umumnya di negeri Melaka. Pencapaian ini adalah pencapaian terbesar dan mempunyai sejarah tersendiri dalam karier saya" tulisnya

"Bagi perancangan akan datang, saya ingin terus fokus dan maju dalam kerjaya yang diceburi ini" kata Otam mengakhiri perbualan.


No comments:

Copyright © Syazwan Rahman Designed by azhafizah.com