Monday, May 30, 2011

FUUUYOOO... MASIH LAGI MOOD KONVO!

Yess masih lagi mood konvo katanya... Kalau sebelum ini ku like-like je upload gambar konvo ku di blog ini.. Kali ini nah kenangan ku semasa Istiadat Konvokesyen UITM ke-74 pada 19 Mei 2011 yang lalu..


Untuk pengetahuan andalah ye.. Gambar-gambar ini dari kamera peribadi ku tidak ada tempah mana-mana photographer pun hanya menggunakan khidmat sepupu perempuan ku yang berumur 15 tahun.. haha.. Ku ajar dia sikit-sikit cara nak ambil gambar macam mana so pandai-pandailah dia ambik.. so inilah hasilnya...



Inilah sebahagian rakan-rakan ku yang sempat jumpa setelah keluar dewan yang lain-lain entah kemana pun ku tak tahu.. so mintak maaf jika rakan-rakan ku tidak sempat berjumpa lah ye.. ermm agak-agaknya bila lagi nak jumpa ye.. ermmmm =(



Azam



Piji



Ijan



Khairul Faizal



Rusydi, Aimi & Nawfal



Anis dan Umi

Rakan yang satu-satunya yang hadir dan memberikan ku sejambak bunga dan coklat.. Cik Nurul Atekah.. Mekaseh awak.. hehe





percaya or tak yang tudung hitam itulah photographer ku.. haha not bad la kan gambar-gambar dia..





cap ibu dan anak! (^_^)



mood di tengah jalan katanya.. haha



gedix santai! haha





di padang Shah Alam pula..










macam-macam gayalah kan ku ni.. haha apa boleh buat seumur hidup sekali pakai jubah konvo lepas ini tak tahu nasib macam mana lagi kan.. so ambik peluang kasi kaw-kaw punya.. haha




Walaupun konvo pada sidang petang.. tetap all out bergambar alhamdulilah tak hujan.. Memang lancar sesi fotografi... Alhamdulilah..











bisik buzz: rasa macam nak post gambar pre-convocation pulak boleh?? hehe


SALAM FUUUYOOO~






Wednesday, May 25, 2011

FUUUYOOO.. LELAKI BERJANGGUT PILIHAN DI HATI??

Beberapa minggu lepas ku mendapat kad jumputan khas dari seorang blogger iaitu MISS SUE aka Puan Suhaida wahh sudah puan da... ala blog Asam. Garam. Gula tu...


Yeahh dia akan melangsungkan perkahwinannya Sabtu ini.. Terbaik! sebelum-sebelum ini di blognya banyak entri-entri yang menceritakan persiapan perkahwinannya.. Dari segi kad kahwinlah, gift nak bagi tetamu lah, beli baju lah dan macam-macam lagi.. Tapi yang paling ku suka dia ada post entri yang dia menceritakan dia suka lelaki berjanggut.. Siap bagi kelebihan apabila berjanggut kot.. Dan sudah semestinya bakal suaminya pun berjanggut la kan.. Haihhh suka la akak tu nanti bolehlah gentel janggut abang sayangnya tiap-tiap hari ye.. hahahahahaha

Syazwan dan pasangan??? wah siapa pasangan ku?? ermmmm teng teng.. haha


Apa yang menarik dan persamaan ku dengan akak Miss Sue ini ialah kami berkongsi tarikh lahir yang sama iaitu 20 JAN cuma tahun ja berbeza.. haha.. Terbaiklah tak sangka kot.. Miss Sue ini juga pernah membuatkan untuk ku header... ini header yang telah dihasilkannya...



Apa-apa pun ku ucapkan jutaan terima kasih di atas jemputan ke majlis yang penuh bersejarah itu nanti.. Ku harapkan Miss Sue berbahagia sama Encik Green nya dan majlis itu nanti akan berlangsung dengan penuh kemeriahan dan FUUUYOOOO~ insyAllah kalau tiada aral melintang akan Wan hadiri majlis akak ye..



SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT SUHAIDA & PASANGAN









bisik buzz: Ku target kahwin pada umur 30 tahun.. InsyAllah.. Kumpul harta dulu.. huhu



SALAM FUUUYOOO~







Monday, May 23, 2011

FUUUYOOO... ZIANA ZAIN TETAP DI HATI

Hampir seminggu sudah majlis Purplelicious Party with Ziana Zain yang diadakan penuh meriah di Hotel Vistana, Kuala Lumpur.. Seramai 100 orang peminat bertuah sahaja diberikan untuk bersama-sama menyambut ulangtahun kelahiran diva terulung negara Ziana Zain yang ke 43 tahun.. Walaupun sudah 43 tahun tapi body dan wajahnya kekal maintain.. Jeles!


Di sini ku mahu kongsikan antara detik-detik manis ku bersama Ziana Zain..

tema purple



ini adalah keknya.. sempat jugak ku merasa kek ini..



saat-saat Ziana Zain memberikan ucapan sebak dia melihat peminat-peminatnya yang tak henti-henti berikan sokongan pada kariernya.. ohh terharu katanya..



wajah kecerian



antara hadiah istimewa yang kak Ziana dapat pada hari itu..






tak sah kalau kak Ziana tak menyanyikan.. Pawana lagu yang dibawakan pada petang itu..



si Qarl mc pada majlis ini kelas kan! haha


hafez pun turut buat persembahan masih ingat dia ni sapa?? haaa cuba pikir-pikirkan..



Rizman Ruzaini pun datang tau!.. hehe






ini adalah rakan-rakan Ziana Folks yang ku kenal yang turut hadir..



Team 1 meja makan mengambil gambar dengan Kak Ziana kita ini.. semua Macho-macho ok





antara 100 orang yang bertuah bersama-sama dengan Ziana Zain.. hehe



sesi bergambar sorang-sorang.. temanya beratur ok.. tapi di jamin puas dapat bergambar.. tak percaya?? tengok ini..









kan! menagis! haha



yang penting... haha



last shoot daripada Kak Ziana sebelum pulang.. sweet sangat! haha



eksklusif!



Tatapan buat peminat Ziana Zain..


Bagi ku Siti Roziana binti Zain atau Ziana Zain adalah Diva no 1 dan Penghibur no. 1 dalam hatiku! Ziana Zain memang FUUUYOOOO.. Tak sombong, mudah mesra, kuat gelak dan sangat fokus!


Ku dan rakan-rakan Ziana Folks khususnya akan mendoakan kejayaan dan kesejahteran Kak Ziana di dalam bidang industri ini mahupun dalam dunia kekeluargaannya..




Ziana Zain Tetap Di Hati







bisik buzz: cerita konvo akan bersambung selepas entri ini.. hehe



SALAM FUUUYOOO~






Copyright © Syazwan Rahman Designed by azhafizah.com