Langit 2008 yang diharapkan cerah, rupa-rupanya hujan juga di tengah hari. Satu demi satu kejadian tidak diingini berlaku dalam kehidupan peribadi Wan....
Tetapi WAN Yakin ruang untuknya mengharap sinar baru masih ada, ketibaan 2009 diharap dapat memberikan satu lembaran baru sekali gus menghadiahkan kegembiraan dan kekuatan selepas melalui detik sukar dalam kerjaya serta kehidupan peribadi WAN...
Dari segi luaran orang melihat WAN seorang yang tabah dan kuat tapi hakikatnya, WAN tidaklah sekuat seperti yang disangkakan. Ada ketika WAN tertekan dengan apa yang berlaku. Orang tak nampak betapa WAN terpaksa bergelut dengan pelbagai perasaan apabila ujian datang bertimpa-timpa. WAN tidak mampu melawan perasaan lemah, sunyi, dan WAN perlukan seseorang untuk berkongsi kesedihan itu. Tekanan yang WAN hadapi bukan calang-calang sehingga air mata menjadi teman WAN. Namun, itulah saja yang mampu WAN lakukan, mengadu pada yang Esa kerana hanya dia saja yang tahu apa yang bersarang di jiwa ini. Mujur juga WAN ada keluarga dan kawan-kawan bertindak sebagai kaunselor untuk meredakan tekanan. Hidup harus diteruskan walau apa yang berlaku dan WAN perlu positif.
Apapun, semua yang terjadi adalah ketentuan Tuhan dan sebagai hambanya, WAN redha dengan apa yang berlaku dan percaya ada hikmah di sebaliknya. Sebagai umat Islam,WAN percaya kepada qada dan qadar...
Kalau boleh selepas ini WAN tidak mahu lagi mendengar soalan yang mengungkit kisah silam WAN sebelum ini. WAN bertekad untuk melupakan semua perkara yang menyedihkan yang pernah singgah dalam hidup WAN. WAN mahu menjadi SYAZWAN AB RAHMAN yang baru. Moga tahun 2009 ini renca kehidupan WAN akan lebih bermakna dan indah serta diberkati oleh Allah S.W.T...
Tweet |