Monday, February 08, 2021

Lirik Lagu Sepi - Aina Abdul

Lirik Lagu Sepi - Aina Abdul

Sepinya, di dalam hati 
Di rundung pilu, rasa perit
Sendirian aku berbisik
Oh merintih

Takkan pernah aku mengalah, kecewa
Biar gelita badai melanda
Tak terhapus perit jiwa
Ku berserah
Teguh berdiri dan terus bermimpi

Uuhhhhh...

Pedihnya jalan berduri 
Terus melangkah tiada gentar
Sakitnya jiwaku meniti lara

Takkan pernah aku mengalah, kecewa
Biar gelita badai melanda
Tak terhapus perit jiwa
Ku berserah,
Teguh berdiri dan terus bermimpi

Oh...uhhhhh...

Biar rebah tak mengapa
Biar sakit ku melangkah
Aaaaaaaaaaaa....

Takkan pernah aku mengalah, kecewa
Biar gelita badai melanda
Tak terhapus perit jiwa
Ku berserah,
(Teguh berdiri dan terus) bermimpi..

Uhhhhh......

Komposer: Aina Abdul, Sarry Khaled
Lirik: Aina Abdul, Wan Zakaria
Penyanyi Aina Abdul



Lirik Lagu Cinta Khayalan - Wany Hasrita


Lirik Lagu Cinta Khayalan - Wany Hasrita


Verse 1

Pernah kamu merasakan cinta

Membuat lelah bila kau dengannya

Bagaikan langit kian dirundung awan yang muram


Verse 2


Manis kata bisakah terubat

Dan juga nanti kan di sangga waktu

Dibiar dingin hingga kan tidak tertahan lagi


Chorus

Cinta khayalan denganmu

Seperti berbisik

Tak ingin ia berlalu


Dan jika masih kau menyakiti diriku

Tidakkan dapat ku ulangi lagi


Cinta khayalan denganmu

Seperti berbisik

Tak ingin ia berlalu


Dan jika masih kau menyakiti diriku

Tidakkan dapat ku ulangi lagi


Verse 3


Resah hadir kian kau diamkan

Terhimpit rasa membelahkan jiwa

Aku yg dingin adakah mampu bertahan lagi


Lagu - Farouk Razak

Lirik - Tokyo Angkasa

Penyanyi: Wany Hasrita


Thursday, January 07, 2021

Lirik Lagu Mimpi - Haqiem Rusli

 


Lirik Lagu Mimpi - Haqiem Rusli

(Verse 1)

Di saat aku..

pejamkan mata...

Ku cuba bayangkan raut wajahmu

Doa ku agar kau hadir di dalam mimpi

Menemani aku


(Chorus 1)

MIMPI yang indah kau bersamaku

MIMPI yang ngeri kau bersama  dengannya

Dan Jangan dikau hampiri dia

Dia pasti membawa kau pergi....


DIA...dia....

Mengapa dia...


(Verse 2)

Semalamanku ..diburu MIMPI

MIMPI ngeri yang menghiris hatiku

Tapi ku tahu..jauh dalam sudut hatimu

Kau takkan tinggalkanku


(Chorus 2)


MIMPI yang indah kau bersamaku

MIMPI yang ngeri kau bersama dengannya

Dan Jangan dikau hampiri dia

Dia pasti  membawa kau pergi....


Oooooo....

Yeay...


(Pre chorus)

Oooooo

Ku dibuai MIMPI yang indah

dan juga MIMPI  ngeri....


ooooooo


(Repeat 2nd Chorus)


DIA...

Mengapa dia

DIA...

Mengapa dia

Ooooo

Mengapa Dia...

ooo

Mengapa dia....


Lagu: Mimpi

Komposer: Haqiem Rusli & Dato A. Aida

Lirik:  Haqiem Rusli & Dato A. Aida

Penyanyi: Haqiem Rusli

Hero & Heroin Bidadari Salju Tarik Diri Saat Akhir Semasa Sesi Pengambaran Muzik Video Mimpi Haqiem Rusli?


Ridzuan Haqiem B Rusli, 23 tahun atau lebih dikenali dengan panggilan Haqiem Rusli yang mula dikenali dengan lagu Segalanya dan Tergantung Sepi kini makin berani dan yakin mengetengahkan lagu ciptaan beliau sendiri untuk dipersembahkan buat semua peminat. MIMPI – merupakan single ke 5 lagu ciptaan beliau yang dinyanyikan sendiri oleh beliau, selain lagu -BANGKIT, LEMBAH KESEPIAN, QIEMILLIO dan WHAT CAN I DO FOR U.

Namun kali ini Bintang Paling Popular Haqiem bergandingan dengan pelakon dan producer Dato’ A.Aida untuk menghasilkan lagu dan lirik mimpi

“Ini pengalaman pertama saya berkerja dengan Dato A.Aida  di dalam studio, saya suka semangat  dan kesungguhan beliau sewaktu bekerja. Saya kagum dengan beliau. Bukan sahaja wanita yang Berjaya dalam perniagaan malah ibu tunggal yang gigih tanpa kenal erti putus asa”

Bila ditanya tentang harapan beliau untuk lagu mimpi Haqiem berkata

“Bohong kalau saya kata saya tidak meletakkan harapan yang tinggi, ini lagu saya mestilah saya harapkan sesuatu dari hasil kerja keras saya. 2021 ni saya nak orang mengenali Haqiem Rusli bukan sahaja sebagai penyanyi tetapi saya mahu mencipta jenama sebagai Komposer yang disegani seperti Dato’ M.Nasir dan Dato’ Ahmad Nawab. Itu matlamat dan sasaran saya untuk tahun baru ini.

Bila ditanya tentang berduet dengan artis wanita,

“Buat masa ini saya lebih selesa fokus pada nyanyian solo saya, bukan tak mahu tetapi nanti dulu, ada je penyanyi wanita yang ajak saya berduet di dalam lagu, tetapi saya menolak dengan cara baik kerana bagi saya biarlah saya betul betul sukses dengan lagu solo dan lagu – lagu ciptaan saya dulu. Dan ramai juga yang minta saya buat lagu untuk mereka tetapi memandangkan waktu saya agak terhad jadi saya mohon maaf jika tidak dapat memenuhi permintaan mereka buat masa ini.

Bercakap tentang muzik video mimpi, terdengar desas desus mengatakan bahawa terdapat sedikit permasalahan dan salah faham telah berlaku. Mengikut perancangan asal, sepatutnya Hero dan Heroin drama Bidadari Salju turut berlakon dan muncul dalam Muzik Video mimpi. Tetapi di saat akhir mereka menarik diri.

“Saya tidak pasti apa yang berlaku kerana pihak produksi Muzik video yang berhubung dan berurusan dengan mereka, apa yang pasti saya telah menyatakan pendirian saya bahawa jika ada pelakon / model wanita yang ingin ditampilkan dalam muzik video saya, mereka perlulah bertudung (menutup aurat). Jika tidak maaf saya tidak setuju.


Menurut sumber pelakon wanita dan lelaki itu telah tiba di lokasi pengambaran muzik video, tetapi setelah siap  make up dan mejelang tengah hari berlaku sedikit perbincangan  dan dengarnya ada miscommunication, akhirnya mereka pulang dan terpaksa di gantikan dengan model sahaja. Isu tersebut mungkin berkaitan dengan pemaikan tudung.

“saya taknak mengulas lanjut tentang isu ini kerana saya kurang jelas apa yang berlaku, kerana urusan pelakon tersebut diuruskan sepenuhnya oleh pihak produksi, tambahan pula mereka memang pelakon dalam drama 28 episod - bidadari salju yang mana lagu Mimpi menjadi runut bunyi untuk drama tersebut. Bagi saya tidak menjadi masalah dan akan lebih meriah jika mereka sudi untuk turut serta dalam muzik video saya kali ini”

Kata Haqiem yang enggan memanjangkan kisah disebalik penarikan diri di saat akhir pelakon drama tersebut.

“bagi saya semua perkara Allah yang tentukan, mungkin bukan rezeki saya untuk bersama mereka dalam muzik video Mimpi. Jadi saya ok saje, tidak marah atau merasa kecil hati. Walaubagaimana pun saya berterima kasih kerana mereka ada niat untuk bantu saya menjayakan muzik video ini.

Semoga lagu Mimpi ini mendatang kan tuah buat Haqiem Rusli dan Dato’A.aida selaku pencipta dan penulis lirik bersama dalam lagu ini.

“Saya harap single kali ini Berjaya mencatatkan tontonan lebih 20 juta mengatasi catatan tertinggi lagu saya sebelum ini - Selamat Tinggal Sayang. Kalau anda sayang saya sudi sudikanlah tonton Muzik video Mimpi dan download lagu Mimpi ok?. Lagu ini buah tangan saya di tahun baru 2021 buat semua peminat yang saya kasihi, kita bagi view lebih 50 juta pula kali ini. Ada berani ? ”  Gurau Haqiem

Copyright © Syazwan Rahman Designed by azhafizah.com