Friday, June 02, 2017

Perginya Abah Tak Kembali Buat Selamanya


Allahyarham Ab Rahman Bin Mohd Abd Kadir lahir pada 30 Januari 1952 di Melaka. Bernikah bersama isteri tersayang Long Sapiah. Dikurniakan 3 putera dan seorang puteri malah memiliki 6 orang cucu sudah cukup membahagiakan keluarga Encik Ab Rahman.

Sebelum ini kami sekeluarga hanya sedia maklum bahawa abah hanya mempunyai penyakit gout dan darah tinggi itu pun tidak begitu kritikal. Pada 13 Mei 2017 jam 4 pagi, kami dikejutkan dengan keluhan kesakitan dada yang dihadapi oleh ayahanda tercinta. Tanpa melenggahkan masa, abang sulung  kami membawa terus ke Hospital Besar Kuala Lumpur setelah klinik Idzham meminta untuk terus ke hospital. Hampir 6 jam berada di zon kritikal yang membuatkan kami sekeluarga resah dan gelisah akhirnya doktor membawa ke tingkat 4 di Unit Rawatan Rapi Jantung (CCU).

Semasa di unit CCU, banyak pengalaman ku telah lalui. Dari hari pertama dimasukkan ke wad CCU ku tidak henti-henti berdoa untuk kesembuhan penyakitnya tetapi ada jua yang membawa berita tidak sedap. Allahuakbar ada yang samakan dengan bapa mereka, saudara, jiran dan macam-macam lagi yang telah meninggal dunia. Saat itu kami sekeluarga hanya berdiam dan anggukkan kepala walaupun dalam hati tuhan saja yang tahu betapa berderainya hati bila kata-kata itu dilontarkan. Bayangkan lah. Tetapi ada juga yang memberi kata-kata positive. Alhamdulilah terima kasih.

Alhamdulilah Rabu 17 Mei 2017, kami mendapat berita gembira, ketika itu abah sudah membuka tiub oksigen hanya memakai oksigen biasa (mask). Ya Allah tuhan saja tahu betapa gembiranya kami tetapi kegembiraan kami hanya setakat 5 jam sahaja selepas itu doktor memutuskan supaya memakai balik tiub oksigen kerana atas sebab-sebab keselamatan pada abah.

Kami sekeluarga tidak lemah, kami terus berdoa malah hampir setiap hari kami membaca yassin dan solat hajat supaya abah di sembuhkan penyakit yang dialaminya dengan kadar segera. Alhamdulilah pada Isnin 22 Mei 2017 abah sekali lagi boleh memakai mask oksigen sahaja. Masa itu kami selalu memberi kata-kata semangat dan perangsang kepada abah. Suruh tarik nafas dengan betul dan banyakkan rehat. Alhamdulilah abah dapat mengawalnya dengan begitu baik sekali.

Kami sekeluarga sempat bersembang bercerita dengan abah pengalaman semasa abah di hospital. Masih tidak berubah perangai abah yang suka membelanja orang, semasa di hospital beliau menyuruh abang belanja semua jururawat di dalam unit CCU itu makan kerana jururawat di situ baik-baik jaga abah. Allahuakbar sungguh murni hati abah sampaikan jururawat disitu terkejut kerana ini kali pertama pesakit belanja mereka makan. Pada waktu itu, hati kami sekeluarga amat senang sekali melihat riaksi positive abah. Malah ketika itu, abah meminta ku ambilkan wuduknya kerana dia ingin solat. Allahuakbar. Ku dengan pantas ambil kain basah lap muka hingga ke kaki ambil wuduk. Senang hati kami.

Pada Selasa 23 Mei 2017 tengah hari, keadaan menjadi sebaliknya. Abah dengan tidak semena-mena bertindak aggressive mengangkat kaki dan ingin mencabut wayar di badannya dengan harapan ingin pulang ke rumah. Allahuakbar ketika itu tuhan sahaja yang betapa menggeletarnya kaki ku. Kami sekeluarga menenangkan abah. Beberapa kali dipujuk ternyata pujukkan kami meleset. Hampir setiap jam dia meminta untuk bangun dan pulang. Siapa tidak mahu bawa bapa kita keluar dari hospital? Tapi keadaan yang tidak begitu stabil membuatkan kami terpaksa menyedarkan abah bahawasanya hajat abah itu tidak boleh kami tunaikan.


Ku mendapat telifon jam 3.23 petang dari abang pada 24 Mei 2017 menyuruh ku ke hospital dengan kadar segera. Hati ku semasa menunggang motorsikal sudah berdegup laju, air mata tiba-tiba berjurai tanpa sengaja semasa perjalanan ke hospital. Tapi niat ku masa itu mengatakan ini hanya kompilasi kecil sahaja dan apa-apa terjadi aku redha. Kerana tengah hari sebelum itu ku baru sahaja melawat abah ternyata masa itu abah sedang tidur.

Sesampai ku di hospital melihat linanggan air mata mak dan abang ku. Apabila ku menanyakan apa telah terjadi, abang ku dengan teresak mengatakan "abah 50/50" Allahuakbar. Ku terus ambil wuduk dan capai yassin lalu membaca dengan fikiran berkecamuk. Kita merancang tapi tuhan menentukan. Sesudah ku menghabiskan surah yassin, doktor panggil semua masuk ke dalam lalu menerangkan bahawa dia sudah sedaya upaya menyelamatkan nyawa abah tetapi gagal. Allahhuakbar.

Innalillahiwainnalillahirojiun. Sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan kepada-Nya-lah kami kembali.


Sesampainya jenazah abah di rumah, Ya memang ini permintaannya untuk balik kami bawa abah balik buat kali terakhir. Allahuakbar. Tiada apa nak digambarkan apabila melihat abah kaku terbaring diruang tamu begitu. Ku membaca yassin sambil memegang tangan abah. Apabila abang ku membuka kainnya di muka. Allahuakbar ku melihat serba putih bersih wajah abah ibarat abah sedang tidur dan melihat bibirnya tersenyum indah. Subahana Allah. Tenang hatiku melihatnya.


Perancangan memandikan jenazah dan kebumi pada keesokkan harinya kerana melepaskan hajat abah yang ingin pulang. Kami berikan 1 malam untuk abah bermalam dirumahnya. Orang ramai tidak putus-putus mengunjungi jenazah dari malam hingga ke pagi. Ramai kenalan abah dan saudara mara datang. Ada yang terkejut melihat ramai yang datang ibarat masa itu kami sedang membuat kenduri majlis kahwin. Allahuakbar rezeki abah yang terkenal dengan sikapnya yang peramah dan mudah mesra dengan orang kan.

Pada 25 Mei 2017, ku antara orang terakhir membaca yassin sebelum jenazah abah dimandikan. Masa itu hati ku sudah berdegup kencang adakah ini suatu pengakhiran? Allah tuhan saja yang tahu. Bau air mawar dan kapur barus semerbak 1 rumah. Apabila di suruh mengangkat jenazah ke tempat mandi ku terus menatang kepala abah mengiringi ke tempat mandi. Ya ini kali terkahir ku dapat memandikan abah. Ku mandi dan mengambilkan wuduk abah buat kali terakhir sambil teresak-esak. Ya Allah sahaja yang tahu masa itu. Selepas mandi, kami ahli keluarga diberikan penghormatan untuk mencium wajah arwah buat kali terakhir. Ketika itu, kami tidak dapat menahan sebak. Tak ter taip ku disini nak bayangan betapa sayupnya hati ini.

Apabila Imam menyuruh membuat solat jenazah di surau kami sepakat setuju. Alhamdulilah lebih 5 saff solat jenazah abah. Itu adalah satu-satu yang keajaiban. Syukur Ya Allah. Ku mengiringi jenazah abah dan duduk sebelahnya di dalam van jenazah menuju ke tanah perkuburan

Sesampai di Tanah Perkuburan Kemensah, Hulu Kelang dalam jam 11.15 am, melihat ramai lagi kenalan abah terutama tempat kerja lamanya iaitu Malaysia Transformer Manufacturing (MTM) hadir memberi penghormatan terakhir yang lebih dikenali dengan panggilan Rahman Ringgo. Lautan baju merah dapat ku lihat di tanah perkuburan. Alhamdulilah.

Ku antara 3 orang yang masuk ke dalam liang lahat untuk menyambut abah. Allahuakbar. Ini kali pertama ku turun ke dalam liang lahad dan ini kali terakhir ku boleh sambut dan memegang abah. Sebak masih terasa tanpa henti.

Semasa talkin di bacakan oleh Imam Tuan Hj Zakaria, apabila beliau menyebut perkataan

"Wahai Ab Rahman B Che Nah, wahai Ab Rahman B Che Nah, wahai Ab Rahman B Che Na Hendaklah kamu ingat dengan janji-janji Allah Yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini....."

SubahanaAllah, berjurai-jurai air mata ku lagi sekali. Hanya tuhan sahaja yang tahu isi hati ku macam mana ketika itu.



Berikut antara foto yang sempat di ambil oleh salah seorang sepupu ku semasa menyiram dan tabur bunga. Saat ini fikiran ku kosong. Maaf andai ku tidak sempat memandang dan bersalam dengan tetamu yang hadir. Tidak berdaya.










Alhamdulilah proses pengebumian abah berjalan sangat lancar, dari segi kehadiran orang dan cuaca sangat-sangat baik. Syukur rezeki abah. No kubur abah adalah 250. Bersesuaian dengan hari kebumi abah 25 Mei 2017.


Tiada kata yang perlu diucapkan sekarang. Hanya doa dan amal untuk Allahyarham Ab Rahman bin Mohd Abd Kadir sahaja ku boleh buat. Walaupun sudah hampir seminggu perginya seorang insan yang ku sayang, perasaan ini semakin hari semakin disentap dan dihimpit kerinduan yang teramat sangat yang tidak terluah oleh kata-kata.

Kadang-kadang bila kecelaruan fikiran asyik berfikir dimanakah dia? Suatu penantian yang tidak berkunjung pulang. Lagi-lagi pada bulan Puasa dan Raya Aidilfitri bakal menjelang tiba. Hati ini bagai di tarik-tarik, bagai ditekan-tekan dan bagai dicarik-carik serba tak kena dan sempurna. Kau telah tarik segalanya. Allahuakbar!!

Dikesempatan ini, ku bagi pihak arwah abah dan keluarga ingin memohon ampunkan dosa arwah, sekiranya ada arwah terkasar bahasa secara sedar atau tanpa disedari dan juga memohon halalkan makan dan minum arwah semasa hayatnya. Terima kasih juga tidak terhingga kepada saudara-mara, sahabat, jiran dan semua yang telah banyak membantu dari segala segi.

Allahuakbar!! Dengan izin-Nya, Abah ditempatkan dikalangan Orang-orang beriman dan Ahli-ahli Syurga. Aaaammmiiinn.. Akhir kata marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah kepada arwah abah ku dan arwah-arwah yang telah pergi meninggalkan kita. AL-FATIHAH


Aku masih kaku dan berat mulut untuk melafazkan perkataan "arwah abah" apabila berbicara kerana ku masih bayangkan beliau masih wujud lagi..AL-FATIHAH

2 comments:

NAR said...

bro....you made me cry again..miss him so much...thanks Allah for let him be in my life since 14 years ago...memory with him will never gone ....Alfatihah buat abah...pergi yg takkan kembali..

Manisasaleh said...

Abah wan dan wan sekeluarga istimewa dihati akak juga. Kenangan hidup akak tidak terkecuali bersama arwah dan kalian. Akak dah anggap wan sekeluarga macam keluarga akak juga. Sekali sekala bila akak dtg melawat wan sekeluarga bermaksud akak rindu dgn kalian, seperti seseorang merindui keluarganya.

Perginya seseorg yang disayangi dlm kehidupan kita di dunia ini memang sangat menyedihkan. Selepas ini kita bakal lagi kehilangan atau kita sendiri yg akan pergi. Mati itu pasti. Kita harus bersedia menghadapinya.

Semoga kita semua terus redha dan tabah dan sentiasa berdoa untuk kesayangan kita yg telah pergi. Hanya itu sahaja bekalan kita buat mereka, doa dr anak anak soleh dan solehah.

Akak doakan semoga Allah ampunkan segala dosa arwah dan tempatkan arwah dikalangan org org yg beriman. Aamiin.

Copyright © Syazwan Rahman Designed by azhafizah.com