Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia
Masih bercerita mengenai 1 Syawal ku..haha kesiankan? biasalah sapa tak kenal Wan FUUUYOOO sentiasa lambat update katanya haha ada aku kisah?
Ok2 fokus! Semua sedia maklum yang ku beraya di KL dan kebetulan rumah Dato' Siti dengan rumah ku tidaklah jauh mana 2 minit je da sampai kaedahnya.. Kesempatan Dato K dan Dato Siti buat rumah terbuka di hari raya pertama di istana terseregam indah dia tu, ku apa lagi tidak melepaskan peluang untuk sama-sama menghadirinya..
Ini kali kedua ku masuk rumah Dato Siti. Jika dulu menghadiri kenduri doa selamat arwah bapanya kali ini rumah terbukanya.. Yeah! Untuk pengetahuan kepada sesiapa yang tidak tahu, meka bukan sahaja meraikan rumah terbuka aidilfitri malah menyambut ulang tahun perkahwinan yang kali ke 6.. Tahniah
Nak membebel panjang pun korang bukan suka. Ini ku kepilkan gambar kenang-kenagan bersama Dato Siti dan jugak suasana di sekitar rumah terbuka
Jam di tangan pada waktu ini menunjukkan pukul 4 petang
Bawahnya kolam renang kami menikmati juadah di atasnya kelas kan? rasa nak terjun bagi tok ti tengok ku mandi je #ehh
Memandangkan ku antara tetamu dan peminat bertuah kerana datang awal jam 4 petang (walaupun majlis mula 3 ptg) so sempatlah berborak dan bergambar puas dengan tuan rumah..
segak bergaya itulah dia Dato Khalid
Kalau da sampai tak makan alamatnya rugikan? haha antara juadah yang telah di sediakan adalah sotong kangkung, kambing panggang, mee udang, roti jala, satey, tauhu bakar, abc, char kway teow dll terbaiklah!
Untuk tatapan peminatnya
Sempat lagi pose atas tangga yang sering Dato Siti turun naik setiap kali keluar.. Nak ambil berkat katanya haha
Akhirnya kata terima kasih
Dato K dan Dato Siti Sekeluarga dan jumpa lagi
SALAM FUUUYOOO RAYA~