Sudah buntu dengan tempat makanan menarik di sekitar Kuala Lumpur? Mari sini ku beri cadangan salah satu tempat hipster yang manarik untuk korang kunjungi.
Terletak di Taman Batu Muda, Batu Caves Gombak restoran Megi Ketam Bistro menjanjikan kelainan kepada anda. Sebut sahaja Shell out, Megi Ketam Nipah, Megi Ketam Laut, Megi Ketam Seafood, Megi Ketam, Megi Ketam Scallop, Megi Ketam Sotong dll. Harga megi ketam agak mampu milik sekitar RM7 - RM 55 mengikut jenis apa kita pilih.
Megi Ketam Scallop dan Megi Ketam Nipah
Megi Ketam Laut
Untuk shell out pula anda tidak perlu runsing kerana disini menjanjikan kelazatan untuk anda menikmatinya. Harga juga berpatutan sekitar RM29 untuk 2 orang dan ke atas. Terdapat 3 sos yang anda boleh pilih iaitu shell out black pepper, shell out berlada dan shell out buttermilk.
Pada sesiapa yang tidak mahu makan shell out atau megi ketam, di restoran ini juga menyediakan makanan panas seperti nasi goreng pelbagai jenis, mee, mee hoon dan teow goreng. Cakap sahaja pasti mereka tunaikan cuma jangan minta pelik-pelik sudahlah.
Antara menu yang ada disini
Terdapat juga beberapa selebriti tempatan sudah mencuba kenikmatan makan di sini antaranya:
Nora Danish dan Bossned
Abam Bocey, Acey, Johan, Dina, Ozlyn
Jadi rasailah kenikmatan di Restoran Megi Ketam Bistro Taman Batu Muda. Ku sudah mencuba ternyata berpuas hati.
Alamat: G2, Jalan Batu Muda 13, Taman Batu Muda, 68100 Batu Caves, Kuala Lumpur.
Waktu operasi: Setiap Hari 3.30 pm - 2 am
No hp: 014 - 830 5333 (untuk tempahan)
Waze: Megi Ketam Taman Batu Muda
Tweet |
No comments:
Post a Comment