Thursday, April 26, 2018

Drama Mr.Grey Melonjakkan Nama Fendy Bakry & Eyra Hazali


Pasti ramai mengikuti drama adaptasi daripada novel terbaru iaitu Mr.Grey yang sedang hangat ditayangkan di slot Megadrama Astro Ria sejak 9 April lalu. Siapa sudah tengok dan suka cerita ini? Give me 5 kita geng! haha


Bagi nama hero utama drama itu, Fendy Bakry atau lebih dikenali sebagai Mr.Grey dalam drama itu masih agak asing bagi penonton walaupun sudah hampir 5 tahun berkecimpung dalam bidang industri seni lakonan.


Jejaka yang berusia 30 tahun yang berasal dari Perlis ini juga pernah terlibat dalam pencarian Hero Remaja pada tahun 2012 seangkatan dengan Fattah Amin, Syafiq Kyle, Ben Amir dan ramai lagi.

Namun menerusi drama Mr.Grey yang bersiaran sebanyak 20 episod itu, kini namanya kian melonjak naik dan menjadi kegilaan para wanita di luar sana dengan perwatakan dalam drama tersebut yang natural dan kelakar malah romantik membuatkan drama ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton setia drama tempatan.


Fendy Bakry juga tercalon top 5 Anugerah Meletop Era (AME) 2018 baru-baru ini dalam kategori Artis Baharu Meletop.


Memegang watak Nisa Ardina, kelebihannya bercakap lohat Utara juga membuatkan ramai terpana dengan pelakon Eyra Hazali ini.


Apabila Eyra memakai tudung mirip wajah Fouziah Gous kan?

Pelakon berusia 19 tahun bukan baru menjadi pelakon malah bermula berlakon sejak usia 6 tahun lagi dan pernah membintangi drama Zoo The Series dan Supersmash yang bersiaran di Astro Ceria. Malah pernah diberi watak heroin dalam drama Tiang Seri, Hanya Untuk Bonda dan Samudera Rindu. Erya juga diberi peluang menghiasi video muzik Anuar Zain, Andainya Takdir.

Eyra juga pernah dinobatkan Pelakon Drama TV Kanak-kanak Terbaik di Anugerah Sri Angkasa 2010 sewaktu beliau berusia 11 tahun.


Tapi malangnya Eyra sudah ada buah hati bernama Muhammad Haziq seorang atlet kebangsaan negara. Melepas.


Jadi jangan lupa menonton drama Mr. Grey yang bersiara setiap Isnin - Khamis jam 10 malam di Astro Ria dan Ria HD. Kita kasi trending ye #MrGrey..

sumber: IG Fendy Bakry & Eyra Hazali

Friday, April 20, 2018

Buffet Ramadhan 2018: Pullman Putrajaya Lakeside | Magical Ramadhan Nights!

Ramadhan bakal tiba dalam beberapa hari sahaja lagi. Ada perancangan untuk sesi berbuka puasa bersama keluarga atau sahabat handai? Kepada anda yang mahukan menikmati masakan gabungan juadah bercitarasa kampung dan international ku sarankan satu tempat yang menawarkan Buffet Ramadhan yang pastinye puas hati iaitu Pullman Putrajaya Lakeside hotel yang bertaraf 5 bintang.


"Celebrate Your Break Fasting With Us" di pilih sebagai tema untuk tahun 2018 kali ini. Untuk info anda, buffet Ramadhan Pullman Putrajaya kali ini berkonsepkan "open air" ditengah-tengah ruang legarnya. Tetamu yang hadir boleh menikmati makanan dan berbuka puasa dengan suasa yang tenang dan selesa.

Terdapat lebih 300 jenis hidangan disediakan antaranya ialah menu tradisional Malaysia, western, seafood BBQ, pelbagai jenis pencuci mulut turut disediakan.

"Nalla Unavu" Kategori India:

Roti Canai

 Kuih Mavelous & Vadae

Pesemboq

Cucur Udang

"Na Xascrri" Kategori Asia Tenggara:


Sayur Campur

Sambal Sotong


Thai Basil Chichken

Kerabu

"Kowloong Siew Sek":

Nasi Ayam

Steamboat

DimSum

"Team Jayid" Kategori Timur Tengah:




"Kebun Rizal Uban" Kategori Buah:

Durian Longgok

Rojak Buah

"Zamdin - Satay Kajang Piau Punya":

Satay ayam dan daging

Seafood Ketam, Udang, Ikan Pari, Sotong

"Warung Haji Yus":





"Buon Cibo" Kategori Pasta:






Minuman & Desert:





Selain menjanjikan hidangan-hidangan yang menarik, Pullman juga menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada para tetamu yang hadir. Antaranya persembahan live band, saxophone music, stilt walker, badut, fire eaters, LED haver board shows dan banyak lagi.



Jadi jangan ketinggalan untuk datang berbuka puasa di sini. Berikut adalah harga yang telah ditetapkan:

Magical Ramadhan Night | Hotel Pullman Putrajaya Lakeside

15 May - 14 June 2018 | 6.30 pm - 9.30 pm

Adult: RM 188/neet 
Child: RM 110/neet

Early Bird discount rate:

Adult: RM 150/neet 
Child: RM 100/neet

Untuk tempahan:
Pullman Putrajaya Lakeside
No.2 Jalan P5/5, 62000 Putrajaya,
Malaysia.
Tel: 03-889900000 
Whtasapp: 016-8900142
Email: magicalramadhan@pullmanputrajaya.com



Wednesday, April 18, 2018

Gambar Sekitar Majlis Khatam Al-Quran & Malam Berinai Shila Amzah


Kita sedia maklum bahawa Shila Amzah dan bakal melangsungkan perkahwinan pada 19 April 2018 ini.

Pada tanggal 17 April 2018 pagi telah berlangsung majlis khatam Al-Quran turut disertai Jihan Muse, Fara Fauzana, Syada Amzah Aini Shuhaidah dan Najiha. Jom kita tengok sekitar majlis khatam Al-Quran tersebut.













Untuk sebelah malam pula, Shila Amzah meneruskan dengan majlis berinai. Mari kita lihat sekitar kemeriahan majlis berinai tersebut.









Selamat Pengantin Baru Shila Amzah dan Pasangan!


Sumber: Instagram Shila Amzah

Copyright © Syazwan Rahman Designed by azhafizah.com