Friday, August 29, 2014

FUUUYOOO... MERDEKA 57 TAHUN

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

"Malaysia... Disini Lahirnya Sebuah Cinta"


Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang Ke-57 tahun.. Walaupun kita sebagai rakyat Malaysia sedar bahawa tahun ini Malaysia telah diuji pelbagai musibah yang menimpa rakyat Malaysia terutamanya MH370 dan MH17. Tetapi dalam pada kita bersedih saya berbangga apabila semua lapisan masyarakat bersatu-padu dan memberi sokongan penuh kepada mangsa keluarga yang terlibat dan juga kepada Padana Menteri kita,. Tahniah!
 
Diharapkan perpaduan ini dapat dikekalkan dan kita berdoa supaya Malaysia dilindungi daripada perkara-perkara tidak elok. Amin. Merdeka! Merdeka! Merdeka!
 
 
 
 
SALAM FUUUYOOO

Friday, June 27, 2014

FUUUYOOO... ALYAH - SESAL SEPARUH NYAWA OFFICIAL MUZIK VIDEO DAN LIRIK


Kepada semua yang peminat Alyah ini ada buah tangan baru untuk semua para peminatnya..Lagu berjudul Sesal Separuh Nyawa...


Lirik Lagu/ Lyrics
Lirik lagu Sesal Separuh Nyawa nyanyian Alyah

Andai pastinya ku tahu
Takkan aku tinggalkanmu
Namun masih keliru teringat masa lalu

Tetap tiada ku lupakan
Indah setiap sentuhan
Cinta yang kau tinggalkan
Kekalnya berdampingan

Mana harus ku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

Masih terasa nafasmu
Lembut menusuk jiwaku
Dengan dihembus bayu
Membawa khabar rindu

Tapi sulit ku teruskan
Engkau jauh kehadapan
Aku tabah berjalan sembunyikan harapan

Mana harus ku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

Separuh sayangmu di hati
Separuh lagi kau bawa pergi
Tiada arah jodoh kita
Tuhan tentukannya

Mana harus ku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

Mana harus ku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang
Hilang

Video muzik terbaru Alyah ini di bawah arahan Ghaz Abu Bakar dan turut di bantu oleh Hisyam Hamid. Semoga video muzik ini mendapat tempat di hati pendengar seperti video muzik Kisah Hati. Insya Allah.

Wednesday, January 01, 2014

FUUUYOOO... 2014

Selamat Tahun 2014

Assalammualaikum semua, lembaran baru di permulaan tahun 2014 moga kita dilimpahi berkat kesihatan, kecerian dan keazaman untuk meneruskan perjuangan.

Sudah lama tidak menulis di laman sesawang ini, masa dan keadaan menjadi penghalang utama untuk mengabadikan kenangan di sini. Tahun 2013 amat kurang catatan di sini malah menjengguk rakan di sini pun kurang 10 jari memohon maaf.

Insha Allah 2014 akan membawa pembaharuan.


SALAM FUUUYOOO~

Copyright © Syazwan Rahman Designed by azhafizah.com