Friday, April 28, 2017

Lirik Lagu Kabut Dalam Resah - Elyana

Kabut Dalam Resah - Elyana

Masakan engkau masih
Tak dapat melihat
Diriku ini yang berdiri
Di hadapanmu

Usahkan kau masih gagal
Untuk sedari
Kasih terpancar
Secerah-cerahnya mentari

(Chorus 1)
Andai engkau berpura
Tak mahu melihat
Seteguh mana pun
Setia di hadapanmu...

Dan pengorbanan masih
Lagi tidak lagi kau rasa
Kerna kabur matamu
Kabut pandanganmu
Kau pilih begitu...

Mengapa tidak engaku
Beri ku kesempatan
Demi ku bukti
Sekuat-kuatnya dayaku

Mampu ku menjagai
Diri dan cintamu
Untuk ku gubah
Senyuman bibir di bibir mu

Habislah daya ku
Untuk ku sampaikan
Kebenaran ikhlas cinta
Yang resah


Komposer: Tam Spider
Lirik: Tanda Hekayat
Penyanyi: Elyana


Thursday, April 27, 2017

Kisah Pelajar Tahfiz Muhammad Thaqif


Rentetan kisah pelajar madrasah tahfizdi Kota Tinggi, Johor iaitu adik MUHAMMAD THAQIF AMIN BIN MOHD GADAFF 11 tahun yang didakwa telah disebat pembantu warden hingga menyebabkan beliau kehilangan kedua belah kaki dan kini tangannya pula terpaksa dipotong..

Berikut adalah kisah perjalanan Thaqif dari hari ke-2 hingga ke-8 daripada FB ibunya Dayang Thaqifah


Allah....berat sungguh dugaan yang kau berikan pada anakku dalam menghafaz Kalammu... Kuat yea sayang...setiap minit..setiap saat.. nafas ini..doa mama sentiasa bersamamu....hanya kpdmu saja kami berserah...ya Allah...

Mohon rakan2 fb mendoakan anak saya Mohamad Thaqif Amin bin Mohd Gadaffi...sedar dari koma dan sihat seperti sediakala...

Hari Ke 2 - 20 April 2017
Selepas pembedahan kaki petang semalam..keadaan Thaqif tak stabil...buah pinggangnya tak dpt berfungsi dengan baik dan proses pembekuan darahnya agak lambat..maybe disebabkan kuman dari kakinya..


Hari Ke 3 - 21 April 2017
Keadaan makin worst...keadaan otot2 kaki sudah mati... pagi ni doktor decided untuk potong kedua2 belah kakinya...that the best way 4 this time..satu cara untuk elakkan dialisis buah pinggangnya..

Mohon doa rakan2...agar proses pembedahan kedua ni selamat dan dapat memberi impak positive pada buah pinggangnya..dan pulih semula..

Laa haula walaa quwwata illa billahialiyyilazhiim. Tiada daya dan upaya,tiada kekuatan kecuali dengan pertolongñmu ya Allah yg Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Ya Allah...kau berikan yang terbaik buat anak syurgaku dan diriku...berilah daku kekuatan dan ketabahan utk mengharungi dugaanMu..ya Allah... aamiin
Mohon rakan-rakan doakn yg terbaik buat anak syurga saya....

Hari ke 4  - 22 April 2017
Semalam lepas potong kaki... tangan kanan dah mula bengkak dan  kehitaman...Awal pagi tadi.. doktor minta kebenaran...untuk belah tangan Thaqif bagi kurangkan tekanan... kuman merebak sangat cepat....Saya dah redha apa jua ketentuan Allah....

Hari ke 5 - 23 April 2017
Keadaan Thaqif ada nampak perubahannya....lebih baik dari semalam... selepas proses dialisis...muka yang bengkak..dah nampak susut.. tangan yangg hitam dah nampak beransur cerah selepas operation...
Alhamdulillah.. Alhamdulillah...syukur....terima kasih ya Allah... kau dengar doaku, rakan taulan dan org ramai.. yang tidak putus-putus mendoakan kesembuhan buat Thaqif ...

Jutaan terima kasih pada semua yangg tidak putus mendoakan kesembuhan anak saya...
Harapan saya...agar semua tidak putus2 mendoakan Mohamad Thaqif Amin berjuang untuk melepasi tahap kritikal... Amin ...


Hari ke 6 - 24 April 2017
Thaqif masih ditidokan...hanya zikir, doa dan bicara sepi mama bersamamu.  Pemantauan rapi setiap 4 jam..ubat cair dan beku darah perlu di balancekan....buah pinggang nampaknya ada progress...moga anak syurga mama terus kuat utk sembuh... Allahuakbar....

Hari ke 7 - 25 April 2017
Alhamdullillah pagi ini,  DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor telah  berkenan berangkat bercemar duli melawat Thaqif... semoga dengan kedatangan Permaisuri.. memberi impak yang positif kepadanya...

Tegok muka Thaqif nampak sihat...cuma ada kebimbangan bila tengok jari jemari tangan kanannya makin kecut....Ya Allah ...berilah keajaiban untuknya...

Selepas perjumpaan dgn Dr Saadon... hati mama makin pilu....camnelah Abg nk hadap...bila abg sedar nanti.... Allahuakbar...kaulh Maha Mengetahui yang terbaik buat anakku dan diriku...

Thaqif demam... suhu semakin meningkat... tangan kanan.....otot-otot dh mati... doktor tunggu sehingga jam 8 malam ni... pemantauan setiap jam...sekiranya tiada perubahan jua... terpaksalah memilih pilihan terakhir....

Allahuakbar.... Allahuakbar... Allahuakbar
Ya Allah... Engkaulah Maha Penyembuh....berilah kesembuhan buat anaku.... kurniakanlah kekuatan buat diriku... aamiin... aamiin... aamiin ya rabbal alamiin...

Demi menyelamatkan nyawa thaqif, tangan kanan thaqif akan dipotong.. supaya kuman tidak merebak.. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar... berat sungguh dugaan dan ujian yg Allah berikan... moga Thaqif dan kami sekeluarga terus diberikan kekuatan..

Hari ke 8 - 26 April 2017
Anak ini telah kembali menemui penciptanya pada petang 26 April 2017 kira-kira jam 2 petang. Difahamkan pengebumian jenazah dilakukan selepas solat Maghrib di Tanah Perkuburan Islam Felba Bukit Aping Timur, Kota Tinggi.


Alfatihah buat Thaqif Amin.Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Aamin aamin ya rab'bal a'llamin.

Wednesday, April 26, 2017

Jadual Larian Sepanjang 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kepada di luar sana yang memang kaki lari dan kaki sukan, di sini ku sertakan jadual larian yang menarik untuk anda sertai sepanjang tahun 2017. Kebanyakkannya berlaku di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. 


Electrifying Charity Run
Tarikh: April 29
Masa: 8.30 pm
Tempat: UPM, Serdang


Kite Run
Tarikh: April 29
Masa: 6.30 am
Tempat: Taman Tasik  Metropolitan



MY10K Night Run
Tarikh: April 29
Masa: 8 pm
Tempat: Universiti Putra Malaysia, Seri Kembangan



Viper Challenge, Medini
Tarikh: April 30
Masa: 7 am
Tempat: Medini, Nusajaya, Johor



Standard Chartered KL Marathon
Tarikh: May 20
Masa: 8 am
Tempat: Kuala Lumpur



Colour War Run 2017
Tarikh: May 6
Masa: 8 am
Tempat: Malaysia Argo Exposition Park Serdang



My Man United Match Day Run
Tarikh: May 6
Masa: 8 pm
Tempat: Marina Putrajaya



Running With Stars
Tarikh: May 7
Masa: 7 am
Tempat: Sunsuria City, Sepang



King Of Kampung Kemensah 2017
Tarikh: May 7
Masa: 6.30 am
Tempat: Ulu Kelang, Selangor



Altingsburg Run 2017
Tarikh: May 7
Masa: 6 am
Tempat: Kompleks Sukan Kuala Selangor



Lets Glowlah, Neon Challenge
Tarikh: May 13
Masa: 9 pm
Tempat: Shah Alam



KL Tower International Towerthon Challenge 2017
Tarikh: May 14
Masa: 4.30 am
Tempat: Menara Kuala Lumpur



My Healthy Run 2017
Tarikh: May 20
Masa: 7.30 am
Tempat: Padang Merbok, Kuala Lumpur



Viper Challenge, Genting
Tarikh: Julai 15
Masa: 7 am
Tempat: Batang Kali, Genting



Conquer Of The Trails@Denai Alam Night Trail Run 2017
Tarikh: Julai 15
Masa: 8.30 pm
Tempat: Shah Alam



IJM Duo Highway Challenge Run 
Tarikh: Julai 30
Masa: 6 am
Tempat: Besraya Highway, Kuala Lumpur


Yolo Run KL 2017
Tarikh: Ogos 6
Masa: 7 am
Tempat: Oasis Square, Ara Damansara, Petaling Jaya


My Buddies Run 2017
Tarikh: Ogos 20
Masa: 5.30 am
Tempat: MAEPS, Serdang


Elite Warrior Obstacle + Beach Challenge
Tarikh: September 9
Masa: 7 am
Tempat: Pantai Teluk Kemang, Port Dickson 


Viper Challenge, Stadium Shah Alam
Tarikh: September 9
Masa: 7 am
Tempat: Stadium Shah Alam



IJM Duo Highway Challenge Run 
Tarikh: September 10
Masa: 6 am
Tempat: NPE Highway, Selangor


Reebok Spartan Race
Tarikh: Oktober 8
Masa: 7 am
Tempat: Kuala Lumpur


Hari Sukan Negara
Tarikh: Oktober 8
Masa: 9 pm
Tempat: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur



Super Hero 2017 Race
Tarikh: Oktober 22
Masa: TBC
Tempat: TBC


Tips:

1) Jika baru mula berjinak-jinak dengan larian ini, pilih yang 5km dulu "Fun Run". Nanti kalau  rasa selesa baru ambil yang 10km, 15km atau 21km.
2) Jangan takut membawa anak kecil, jika anda memilih untuk 5km memang anda akan melihat ramai ibu/bapa membawa anak kecil berlari sekali. Ada yang duduk dalam stroller baby sambil di tolak oleh ibubapa mereka. Meriah ok.
3) Dengar "cakap tubuh" anda. Bermaksud jangan paksa tubuh anda untuk lari jika tidak larat. Jika tidak larat anda boleh jalan sahaja tak ada orang marah pun.
4) Pastikan minum air secukupnya dan buat warming up sebelum lari.
5) Pastikan anda memilih kasut lari yang betul dan selesa supaya memudahkan anda lari.


Jadi yang mana pilihan anda untuk anda sertai larian? Jika anda memasuki larian yang dianjurkan oleh syarikat-syarikat besar, tuah anda untuk mendapat baucer atau gift yang best-best memang berpotensi besar.

Friday, April 21, 2017

Samseng Jalan Raya


Pada 20 April 2017, lebih kurang jam 6.54 petang bertempat di lebuh raya baru Lembah Klang NKVE menyaksikan sikap pemandu Myvi putih yang dipandu secara melulu melalui lorong kecemasan dan menghimpit sebuah motorsikal sehingga mengakibatkan penunggang motorsikal tersebut hampir terjatuh.

Selepas itu, penunggang motorsikal tersebut menendang cermin sisi Myvi putih tersebut. Akibat ketidakpuasaan hati, Myvi putih tersebut mengejar penunggang motorsikal tersebut.

Di harapkan kes-kes samseng di jalan raya seperti ini dapat dibendung sebelum ianya menjadi lebih teruk. Berikutan dengan isu ini, pihak berkuasa seperti polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dapat mengambil tindakan tegas dengan kadar segera.

Berikut adalah sesi rakaman aksi tersebut:


sumber: MStar

Menarik Di Bukit Tabur East

Ringkasan:
Bukit Tabur East ialah satu puncak Bukit Tabur terletak sebelah Bukit Tabur West. View dari atas cantik sangat, dan kalau nak ambil gambar profile cantik ada banyak tempat sesuai masa naik. Bukit Tabur East juga trek senang, dan cuma ada satu tempat kena panjat batu dan pakai tali.
Lokasi pintu masuk: 
Empangan Klang Gate, Taman Melawati (Bukit Tabur East laluannya ikut paip besar)
Tempoh pendakian pergi dan balik:  
2 jam (naik dan turun lalu trek lain)

Menarik di Bukit Tabur East:
  • Pemandangan cantik dari atas (tambah-tambah lagi bila dapat tengok matahari terbit)
  • Ramai orang naik jadi tidak takut sesat.
  • Trek jelas.
  • Jika anda seorang ingin mencari kelainan, anda boleh menikmati sarapan pagi di kaki bukit sambil melihat panorama Kuala Lumpur indah di pagi hari
  • Trek ke puncak kira santai, sebab tak susah sangat. Trek turun juga santai tapi juah sikit, dan masa turun lalu kebun dan kawasan perumahan.
  • Lepas turun, anda boleh mandi dekat kolam air jernih dekat taman rekreasi bawah bukit ni. Kolam ni sama dengan Bukit Tabur West, tapi ada tempat masuk lain (atau kalau rajin, naik kereta ke pintu masuk Tabur West dan park kat situ, lepas tu turun ke kolam)



Dapat melihat matahari terbit


Berkelah di kaki bukit sekitar 275 meter ko rasa?






Pastikan anda utamakan keselematan

Kelemahan di Bukit Tabur East:
  • Ada satu tempat curam sangat dan ada tali, susah untuk orang gayat
  • Ramai orang naik, hujung minggu boleh jadi macam mall di atas (kadang2 kena tunggu 30 minit lebih untuk turun atau naik batu disitu)
  • Dekat puncak tidak boleh menampung ramai orang, jadi rasa “crowded” sedikit
Bukit yang paling mencabar persiapkan diri anda dengan mental dan fizikal. Hanya berbekalkan tali untuk panjat sampai ke puncak.


Panduan untuk mendaki Bukit Tabur East:
  • Walaupun ada banyak tempat untuk ambil bergambar, hati-hati apabila ambil jangan terlalu "excited" sangat.
  • Jangan lupa bawak air mineral, 100 plus dan coklat untuk mendapatkan tenaga dan momentum untuk mendaki dengan lancar dan secukupnya.
  • Pastikan memakai glove ketika mendaki supaya tidak tercedera.
  • Parking kereta yang menghampiri tempat turun (kawasan perumahan) bukan parking di kawasan mendaki nanti anda penat nak jalan jauh ke parking kereta.
  • Sebelum mendaki pastikan anda mendapat permit memasuki Bukit Tabur. Ini penting kalau tidak anda tidak dibenarkan masuk. Sebanyak RM5 seorang akan dikenakan bayaran untuk permit tersebut. Berikut adalah alamat untuk mendapatkan permit:
Pejabat Daerah Selangor Tengah
KM 11 (Batu 7), Jalan Cheras - Kajang
43200 Cheras, Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-9075 2885
Fax: 03-9075 6022





Fakta: Catriona Ross gemar mendaki gunung untuk kurus!


Lirik Lagu Separuh Matiku Bercinta - Dayang Nurfaizah

Separuh Matiku Bercinta - Dayang Nurfaizah: 

Kesepian hening malam 
Bawah sang bulan menemani
Kekosongan ini
Ku dengar kau bahagia
Menitis air mataku

Ku kesedihan
Kau telah pergi tanpa cinta
Yang sebenarnya ada bersamaku
Ku simpan hanya untuk dirimu

Di mana perginya setia
Ke mana hilang katamu
Akulah dinamakan kekasih
Hatimu untuk selamanya

Di mana saat indah
Ke mana perginya semua
Kata ku lafazkan kata cintaku
Separuh matiku bercinta

Tiada lagi suaramu
Tiada lagi kau milikmu
Hilang semua manisnya cinta 


Berikut adalah nyanyian live Dayang Nurfaizah semasa showcase album barunya.


Wednesday, April 19, 2017

Pertandingan Instagram Merdeka 2017


Bermula 16 April hingga 16 Ogos 2017 ini, satu pertandingan Instagram Merdeka 2017 #IM16 anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Syaratnya mudah sahaja, iaitu peserta hanya perlu memuatnaik foto atau video yang menunjukkan rasa kecintaan negara selari dengan tema #negarakumalaysia.

Terdapat 3 kategori dipertandingkan iaitu 
  • #im60umum
  •  #im60siswa
  •  #im60sekolah 
Pertandingan ini menawarkan hadiah wang tunaiKepada sesiapa yang kreatif bolehlah cuba. 

Tuah ayam nampak ditaji, tuah manusia siapa yang tahu.



                        

Kesedaran dan Kepentingan Autisme

        


Tahukah anda Austime ini adalah merupakan sejenis gangguan psikiatri atau gangguan perkembangan anak-anak yang kebiasannya mengakibatkan masalah dalam komunikasi dan kemahiran sosial, seperti perkembangan bahasa yang lambat atau tidak berkembang. Anak-anak autisme sering mengalami masalah mengaitkan perkataan dengan penuh makna, interaksi sosial dan kesukaran untuk memahami keadaan persekitaran.

Oleh itu, marilah kita sertai program "Autism Awareness Project 2.0" yang akan berlangsung pada
29 April 2017 ini.

Program anjuran The Children Project ini akan menampilkan Panel Jemputan hebat antaranya:

1) Dr. Nazri Bajuri
2) Dr. Azam 
3) Pn. Rose Aniza

Untuk pendaftaran, anda boleh mengisi form disini (klik disini)

Yuran pembayaran sebanyak:
  • Early Bird: RM95/seorang (18 April - 20 April sahaja)
  • Berkumpulan: RM90/seorang
  • Pelajar: RM80/seorang
  • Normal: RM100/seorang

Jadi jangan ketinggalan bersama-sama memeriahkan program anjuran  The Children Project dengan kerjasama Scientists For Society!

Tempat adalah terhad!!


Wednesday, April 12, 2017

Panduan Mengisi E-FILING Bagi Tahun 2016



Anda semua sudah mengemaskini dan mengisi e-Filing? Jika belum lagi, berikut saya kongsikan panduan untuk mengisi pelepasan cukai pendapatan 2016 bagi individu warganegara/pemastautin Malaysia.

Untuk makluman semua, ada beberapa perubahan yang telah dilakukan bagi pelepasan cukai untuk tahun 2016 berbanding tahun-tahun sebelumnya. Mari kita teliti satu persatu supaya anda memahami dan memudahkan anda mengisi pelepasan cukai lalu mendapat balik bayaran yang setimpal.

Pelepasan 1 - Individu & Saudara Tanggungan

Yang ini sama sahaja seperti tahun-tahun sebelumnya. Pelepasan ini diberikan kepada semua indivdu dan jumlahnya masih sama iaitu RM9,000

Pelepasan 2 - Penjagaan Ibu Bapa



Yang ini ada sedikit penambahbaikkan berbanding tahun sebelumnya iaitu pelepasan ini membenarkan perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjagaan ibu bapa yang mempunyai masalah kesihatan yang disahkan pengamal perubatan. Pelepasan ini juga membenarkan bagi perbelanjaan menyara ibu bapa meskipun mereka tidak mempunyai masalah kesihatan dan tidak tinggal bersama-sama. Ini adalah salah satu tambahan untuk pelepasan cukai pendapatan 2016. 

Inisiatif ini sebagai tanda penghargaan kepada anak-anak yang mengambil berat berkenaan dengan kebajikan ibu bapa mereka. 

Jumlah pelepasan ini diberikan sebanyak RM 1,500 bagi ibu (jika bapa telah tiada) dan RM 1,500 bagi bapa (jika ibu telah tiada) atau RM 3,000 bagi kedua-dua ibu bapa (kedua-duanya masih ada). 

Walaubagaimanapun, pelepasan ini ada syaratnya iaitu ibu dan bapa masing-masing tidak berpendapatan melebihi RM 2,000 sebulan dan berumur 60 tahun ke atas.

Pelepasan 3 - Peralatan Sokongan Khas

Pelepasan ini hanya khas bagi individu kelainan upaya (OKU) atau untuk suami/isteri, anak atau ibu bapa kelainan upaya.

Pelepasan ini diberikan dengan jumlahnya terhad kepada RM 6,000

Pelepasan 4 - Individu Kelainan Upaya (OKU)

Bagi individu OKU, mereka mendapat pelepasan tambahan sebanyak RM 6,000 selain daripada pelepasan individu di atas

Pelepasan 5 - Yuran Pendidikan Sendiri

Bagi yang sedang melanjutkan pelajaran, mereka berhak mendapat pelepasan ini tetapi mengikut syarat-syarat seperti dibawah:

a) Peringkat Sijil, Diploma dan Sarjana Muda - kursus yg terlibat adalah Undang-undang, Perakaunan, Kewangan Islam, Teknikal, Vokasional, Industri, Saintifik atau Teknologi sahaja.

b) Peringkat Sarjana dan PhD - semua bidang dan kursus pengajian layak menuntut pelepasan ini.

c) Bagi yang menerima biasiswa semasa pengajian adalah tidak layak menerima tuntutan pelepasan ini.

Jumlah pelepasan ini diberikan sebanyak RM 7,000

Pelepasan 6 - Perbelanjaan Perubatan Penyakit yang Sukar Diubati

Pelepasan ini diberikan kepada rawatan penyakit yang kritikal sama ada melibatkan diri sendiri, pasangan atau anak sebanyak RM 6,000. Antara penyakit kritikal yang dibenarkan mendapat pelepasan ini adalah:

a) Kanser
b) Serangan jantung
c) Pulmonary hypertension
d) Sakit buah pinggang kronik
e) Sakit hati (liver.heptic) kronik
f) Fulminant viral hepatitis
g) Tumor & kecacatan pembuluh darah di otak
h) Melepuh & melecur kebakaran yang keterlaluan
i) Pemindahan organ utama
j) Sindrom Parkinson
k) HIV & AIDS
l) Pemotongan kaki/tangan
m) kecederaan kepala akibat kemalangan
n) Penyakit kulit kronik
o) Penyakit mental
p) Diabetes mellitus
q) Talasemia major
r) Rheumatology
s) Leukemia

Pelepasan 7 - Pemeriksaan Perubatan Penuh

Bagi pemeriksaan perubatan penuh untuk diri sendiri, pasangan atau anak, pelepasan cukai pendapatan sebanyak RM 500 diberikan.

Pelepasan 8 - Pembelian Buku, Majalah, Jurnal dan Penerbitan

Pelepasan sebanyak RM 1,000 diberikan bagi perbelanjaan yang melibatkan pembelian seperti dinyatakan di atas sama ada hardcopy atau elektronik. Tetapi bagi pembelian surat khabar dan bahan bacaan terlarang tidak dibenarkan untuk pelepasan ini.

Pelepasan 9 - Pembelian Komputer Peribadi

Pembelian komputer meja (desktop), komputer riba (laptop), notebook dan ultrabook layak mendapat pelepasan ini.

Bagi pembelian tablet, telefon pintar dan komputer hybird tidak layak untuk pelepasan ini.

Perlu diingatkan pelepasan ini hanya dibenarkan 3 tahun sekali sahaja, bermaksud jika pernah menuntut pada tahun 2015 atau 2014, maka tidak layak untuk tahun 2016.

Jumlah pelepasan yang diberkan adalah RM 3,000

Pelepasan 10 - Tabungan Bersih Dalam Skim SSPN

Pelepasan ini melibatkan tabungan bersih dalam skim SSPN (SSPN-i atau SSPN-i Plus)

Cara pengiraannya adalah (Tabungan bersih = Jumlah simpanan - Jumlah pengeluaran)

Jumlah pelepasan ini dihadkan kepada RM 6,000

Pelepasan 11 - Pembelian Peralatan Sukan Untuk Aktiviti Sukan

Diberikan pelepasan sebanyak RM 300. Terdapat lebih kurang 39 aktiviti sukan yang tersenarai di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997. Contoh rake badminton, bola sepak dan sebagainya.

Pelepasan 12 - Faedah Pembelian Rumah

Pelepasan ini adalah terhad kepada RM 10,000 setiap tahun asas bagi 3 tahun tasiran berturut-turut bermula dari tarikh faedah mula dibayar.

Pelepasan 13 - Bayaran Kepada Pasangan/ Bayaran Alimoni Kepada Isteri

Bagi tahun 2016, peningkatan pelepasan cukai daripada RM 3,000 kepada RM 4, 000. Pelepasan ini boleh dituntut apabila mempunyai pasangan (suami/isteri) yang tidak mempunyai pendapatan.

Bayaran alimoni pula merujuk kepada bayaran nafkah yang diberikan kepada bekas isteri sepertimana yang ditetapkan oleh mahkamah.

Pelepasan 14 - Suami/Isteri Kelainan Upaya

Pelepasan ini diterima apabila mempunyai atau menjaga suami/isteri kurang upaya, maka di berikan tambahan sebanyak RM 3,500

Pelepasan 15 - Anak Di Bawah Umur 18 Tahun

Jika mempunyai anak di bawah umur 18 tahun dan masih belum berkahwin, maka layak untuk mendapat tuntutan pelepasan cukai ini sebanyak RM 2,000 atas seorang anak.

Perlu dinyatakan di sini bawah tiada had bilangan anak ditetapkan asalkan bawah umur 18 tahun dan masih belum berkahwin boleh mendapat pelepasan ini.

Jika suami dan isteri mengisi e-Filling secara berasingan, maka setiap seorang boleh menuntut 
RM 1,000 sahaja atas seorang anak.

Pelepasan 16 & 17 - Anak Berumur 18 Tahun Ke Atas

Jika mempunyai anak berumur 18 tahun ke atas dan masih belum berkahwin dan sedang melanjutkan pelajaran sepenuh masa ( peringkat A-Level, sijil, matrikulasi pra-ijazah), maka layak untuk mendapat tuntutan pelepasan cukai ini sebanyak RM 2,000 atas seorang anak.

                   

Jika mempunyai anak berumur 18 tahun ke atas dan masih belum berkahwin dan mengikuti pengajian peringkat diploma atau ke atas di mana-mana institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (bagi institusi pengajian tinggi luar negara, kursus ijazah atau ke atas sahaja), maka layak untuk mendapat tuntutan pelepasan cukai ini sebanyak RM 8,000 atas seorang anak.

Perlu diingatkan pelepasan ini hanya terpakai bagi kusus dan institusi pengajian tinggi yang di iktiraf pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan sahaja.

Peraturan kelayakkan 50% turut terpakai bagi kategori ini jika suami dan isteri membuat tuntutan individu/berasingan.

Pelepasan 18 - Anak Kelainan Upaya

Setiap anak kelainan upaya yang dijaga, layak menerima tuntutan pelepasan sebanyak RM 6,000 seorang.

Bagi anak kelainan upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ ijazah ke atas di luar negara dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa, maka layak untuk mendapat tuntutan pelepasan tambahan sebanyak RM 8,000.

Ini bermakna, sekiranya anak kelainan upaya ini melanjutkan pelajaran di dalam atau di luar Malaysia, jumlah pelepasan cukai yang boleh dituntut secara keseluruhannya adalah RM 14,000

Peraturan kelayakkan 50% turut terpakai bagi kategori ini jika suami dan isteri membuat tuntutan individu/berasingan.

Pelepasan 19 - Insuran/ Takaful Nyawa dan Caruman KWSP

Untuk jumlah campuran antara bayaran caruman insuran/takaful nyawa dan KWSP (caruman dari bahagian sendiri), jumlah pelepasan adalah dihadkan kepada RM 6,000 sahaja bagi kedua-duanya.

Maksudnya, jika anda membayar caruman takaful nyawa sebanyak RM 3,000 setahun dan KWSP seabanyak RM 5,000 setahun, maka anda layak menuntu pelepasan sebanyak RM 6,000 sahaja.

Pelepasan 20 - Skim Persaraan Swasta & Anuiti Tertunda

Jika anda menyimpan dengan Skim Swasta atau mencarum Anuiti Tertunda (Skim insurans/takaful persaraan), maka layak menuntut pelepasan sehingga RM 3,000 dengan syarat skim yang disertai adalah diiktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Pelepasan 21 - Insurans/Takaful Pendidikan & Perubatan

Untuk skim insurans/takaful pendidikan atau perubatan (melindungi risiko akibat penyakit kritikal dan juga kad perubatan), anda layak menerima tuntutan pelepasan cukai sehingga RM 3,000

Pelepasan 22 - Caruman Kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Untuk makluman anda, ini adalah kategori baru diwujudkan bagi pelepasan cukai pendapatan 2016.

Caruman PERKESO layak mendapat pelepasan sebanyak RM 250.

Tips penting:

1) Untuk mengurangkan cukai kena bayar, anda perlulah mengoptimasikan tuntutan atas pelepasan-pelepasan yang layak dan sah sahaja.

2) Pastikan anda menyimpan resit perbelanjaan dan dokumen yang betul bagi setiap pelepasan yang dituntut, kerana pihak LHDN berhak untuk mengaudit ke atas setiap borang tafsiran yang dihantar dan meminta resit atau dokumen sebagai bukti ke atas maklumat yang telah dinyatakan dalam borang tafsiran tersebut.

3) Pihak LHDN akan menuntut bayaran selebihnya daripada anda jika didapati bersalah atau dokumen tidak diterima. Oleh itu berhati-hatilah semasa mengisi nanti.

4) Jika anda mempunyai lebihan bayaran tahun tafsiran, pihak LHDN akan membayar semula dalam tempoh yang sekejap sahaja sebab saya pernah mengalaminya pada tahun lepas. Oleh itu, cepat-cepat isi cepatlah mereka bayar.

Akhir kata, selamat mengisi e-Filing!

Tuesday, April 11, 2017

Panduan Ke Universal Studio Singapore (USS)


Ada sesiapa sudah mahupun ingin ke Universal Studio Singapore? Yes ini saya ada sedikit info untuk dikongsikan buat panduan kalian semua.

Untuk pengetahuan kalian, ku pergi ke USS dengan membeli pakej termasuk tiket USS, pengangkutan pergi dan balik dari Johor Bahru - USS. Package ini berjumlah RM23O seorang. Apa yang menariknya apabila kita beli terus pakej?

1. Tidak perlu beratur panjang untuk membeli tiket USS yang mana semasa ku pergi memang beratur panjang.

2. Tidak perlu berebut dan bersesak-sesak untuk menaiki bas terutama di pusat imigresen.


3. Keselesaan dan kelancaran perjalanan terjamin

Ku menginap di hotel Zoom In Boutique. Ia sangat sesuai, cantik dan selesa untuk menginap malah ia berdekatan dengan bas yang mengambil ku ke USS so tak perlu drive lagi just jalan kaki sahaja untuk ke bas tempat berkumpul.



Sesampainya ku di entrance USS, melihat kepadatan pengunjung untuk masuk. Pelbagai bangsa, agama dan negara boleh kita lihat. 

Bila cakap mengenai permainan, yes memang menerujakan boleh dikatakan semua tempat nak masuk kena beratur panjang. Ku pergi pun hari Jumaat so hari yang boleh dikatakan ramai pengunjung akan datang.






Jika kalian mempunyai duit lebih sekitar 50 USD bersamaan RM150, korang boleh la membuat tambahan kepada VIP Access. Ini dapat menjimatkan masa untuk beratur dan juga dapat menyempurnakan semua permainan di USS. Antara tempat hot spot pengunjung adalah di Transformers, Egypt, Jurassic Park.

Peta di USS sebagai panduan

Menyentuh bab makanan di dalam USS, yes kebanyakkannya tidak halal mengikut kata orang ramai tapi alhamdulilah ku dapat makan di depan Castle Fairy Tale (lupa nama restoran) sedap dan berbaloi harga chicken chip bersama air set sekitar RM40 menangis ke idok? haha


Seharian dari jam 10 pagi sampai hinggalah jam 6 lebih USS sangat mengembirakan dan patut untuk kalian pergi.  

Sebelum ku beredar di sini terdapat beberapa tips secara ringkas sebagai rujukan:

1. Beli siap-siap pakej dari Malaysia

2. Jika ada duit lebih upgrade ke VIP Access

3. Hanya tukar duit Singapore RM150 bersamaan dengan 50 USD untuk makan sahaja untuk 2 orang (itu pun ada lebih)

4. Sila bawa baju, seluar dan seluar dalam lebih takut basah main air nanti

5. Banyak tempat-tempat menarik yang boleh anda photoshoot




Copyright © Syazwan Rahman Designed by azhafizah.com