Friday, October 28, 2011

FUUUYOOO...TRESPASS TO IN TIME

Dalam minggu ini ku telah menonton 2 filem di GSC Pavillion, Kuala Lumpur kira lepas geram katanya haha 2 filem itu adalah:



:: Tidak memboringkan ::

:: Lakonan yang mantap terutama Justin ::

:: Jalan cerita yang unik ::

:: Best ::
:: Banyak pengajaran ::

:: 4 bintang ::




 :: Permulaan plot cerita agak boring ::

:: Biasa sahaja ceritanya ::

:: Hero dan heroin dah tua ::

:: Ada part tak logik contoh mana pengawal keselamatan? mana pembantu rumah? kata kaya kan? ::

:: 3 bintang ::







bisik buzz: sapa sudah tengok filem Hidden lakonan Erra? best tak?

SALAM FUUUYOOO~





   

Wednesday, October 26, 2011

FUUUYOOO... WORDLESS WEDNESDAY #13







bisik buzz: cuti yeah!

SALAM FUUUYOOO~




   

Friday, October 21, 2011

FUUUYOOO.. BILA SAKIT JERIT, BILA SEDAP MENGERANG!

FUUUYOOO da Jumaat da sekejap je masa kan? Alhamdulilah bengkel pun da habis dengan jayanya.. Tapi apa ku nak cerita kali ini bukan pasal bengkel tapi pasal badan ku.. ya pasal body ku..huhuhu

Seiyes ku nak cakap ku sudah lama sakit belakang.. Masa tu ku pergi jumpa doktor dia cakap urat belikat ku bengkak.. Seiyes takut kot.. Hari Rabu malam ku da merenggek-renggek dekat bonda ku da mengadu sakit.. dia pun sapulah ubat kat belakang ku ini.. Tapi semalam (Khamis) dari tempat kerja lagi ku da tak tahan rasa sakit cepat-cepat ku call bonda suruh cari tukang urut..

Bonda ku yang sayang akan anaknya ini dia pun call.. Hurey! malam tadi ku kena urut dengan seorang mak cik.. Nak pergi spa ku search dekat internet macam pelik je ada tulis extra urut la ada nak urut tenaga batin  la adehhh kang tak pasal-pasal "terkeluar" lak.. kuikui Jangan buat pasal.. haha





Semalam 1 badan ku berlumuran minyak. dari belakang sampai ke pinggang (lurah bontot kot) dia urut..  Agak ku terkesima sambil pejam mata.. Lepas itu ke betis terus ke kaki.. Kemudian dia urut dada ku FUUUYOOO mujur ku tak stim.. hahaha! Da la dada ku ada Bulu Dada (opss korang sukan kan?) hahaha dia urut-urut ku pejam mata je. Pejam mata bukan sebab sakit tapi malu dan mahu hahah.. Last sekali dia urut tengkok sampai ke tangan ku.. Pendek kata urut 1 badan kena lanyak.. Panjang kata tak terkata apa-apa..





Perh.. apa ku nak cakap sakit-sakit sedap.. Bila Sakit ku Jerit. Bila Sedap ku Mengerang erk? tak faham? ok korang kena cuba baru tahu situasi tu.. haha





Korang jangan salah anggap yang gambar ku tunjuk ini adalah rakan ku sewaktu di Uitm Shah Alam dulu ketika ku duduk di Kolej Meranti ada seorang rakan ku Ridwan berasal dari Kelantan ini pandai mengurut.. Seieyes! Kalau ku sakit kaki badan dia urut alhamdulilah hilang kot.. Tapi kini ku sudah lama tak jumpa dia, dia pun menetap di Kelantan.. Gambar semalam tak boleh tayangkan ok. Harap Maklum.






bisik buzz: Yang best dalam sesi urut mengurut semalam mak cik tu siap cakap kat bonda ku "Anak akak sorang ini Hensem" erk? ku terus memejamkan mata sambil tersenyum.. ^_^


SALAM FUUUYOOO~




   

Wednesday, October 19, 2011

FUUUYOOO... WORDLESS WEDNESDAY #12







bisik buzz: buat minit meeting. photographer. set up bilik. buat tag nama. tapi ku tetap tersenyum..  ^_^


SALAM FUUUYOOO~





   

Monday, October 17, 2011

FUUUYOOO... URUSETIA KATANYA..

FUUUYOOO bermula detik 2 petang sampai hari Rabu ku agak sibuk sedikit dek kerana minatang ini haaa..


Sebenarnya dari minggu lepas lagi da mula sibuk buat persiapan tu yang sampai kena kerja hari Sabtu tu.. adehh.. Adalah sampai tersempit, terhimpit, tersemput tapi idak lah sampai terkepit (bahaaya tu) Part ku kena buat tag nama tu amacam cantik tak? haha copy and paste je.. buat sijil untuk meka yang hadir.. setup bilik. dan juga jadi juru gambar pada hari bengkel ini berlangsung..


tengok-tengok banyak kan? tapi ku tak mengeluh pun (walaupun ada sekelumit) nama pun kerja kenalah buat kan? hehe..Apa yang ku harapkan semua akan berjalan dengan lancar dan di rancang hendaknya.. InsyAllah.. Amin..



bisik buzz: sibuk mana pun ku akan melayan kamu.. InsyAllah

SALAM FUUUYOOO~




   

Friday, October 14, 2011

FUUUYOOO.. NAK BISKUT TU!

Mesti ada sudah tengok video klip JLO ni kan??? amacam best tak? bagi ku seiyes video klip antara yang boleh dikatakan gempak gak tak kisahlah sering dengan nama dia yang melatop tu kan? tapi ku tak kisah bab itu.. tapi yang ku kisah ku nak Biskut tu! di mana ada Biskut tu?? nak nak nak?Aduhyai alangkah best kalau betul-betul ada Biskut ini kan? tapi idaklah sampai merosakkan persekitaran setempatkan beriya keterujaannya kan.. tu memang tak boleh blah la.. adehh..

sapa belum tengok cuba tengok meh..












bisik buzz: seronok ke tak bila anda ada peminat yang suka anda? tengok keikhlasan dia dan kesanggupan dia untuk mengenali anda sanggup membaca atau mengetahui perjalanan hidup anda tanpa di suruh FUUUYOOO sure gumbira dan terharukan? kehkeh tapi ku tak pernah dapat macam tu kot (berangan lah ku nak dapat macam tu) >.<



SALAM FUUUYOOO~




   

Wednesday, October 12, 2011

FUUUYOOO... WORDLESS WEDNESDAY #11






bisik buzz: hari ini kerja tanpa contact lense.. >.<

SALAM FUUUYOOO~




   

Sunday, October 09, 2011

FUUUYOOO.. APABILA MR.WAN MENYANYI?

Buat julung kalinya ku sanggup menanggung risiko meletakkan video menyanyi ku sendiri.. haha ahh peduli apa kan.. memang hobi ku menyanyi ketika waktu lapang sedap tak sedap perkara no 2 kan?? angguk cepat..haha

Sebenarnya video ini telah di rakamkan sekitar hari raya lagi simpan kasi peram kot-kot suara boleh jadi sedap macam Bruno Mars ke, Anuar Zain ke ke tapi hampeh... hahahaha  so pikir dok pikir baru hari ini di tonjolkan kepada kalian semua..

Ku tak mahu cakap banyak terimalah:

Lagu: Bayangan Gurauan

Artis Asal: Kumpulan Mega

Artis Tempelan: Syazwan Rahman

Lokasi: Red Box Ria, Sogo KL



Ini adalah antara lagu wajib ku ketika pergi karaoke kot..  

Kalau korang perasan tangan ku asyik-asyik buat gaya macam tu kan? bukan saja-saja tapi entah macam habit pulak.. ish tak boleh jadi ni..huhu

Ku rasa part last tu ada terkucil sikit.. Sikit je kot tak banyakkan?? haha

Korang dengar suara ku je tau jangan pulak mata tu dok tengok body Tough ku lak? lain lak jadinya kang.. haha

Yang penting di akhir nyanyian ada peminat sorak ko ada?? ku tak tahu dia sorak sebab apa?? haha lol

Tu komen ku komen korang apa pulak? nak kritik? ahaa sila-sila ku tak kisah la.. Asalkan kritik  itu membina tapi kalau kritik berbau cibai siap! haha







bisik buzz: tengok jangan tak tengok... ^_^

SALAM FUUUYOOO~





   

Friday, October 07, 2011

FUUUYOOO.. MR.WAN WAKTU DULU!

Dalam paparan kali ini  ku ingin abadikan kenangan terindah yang sukar di tukar ganti sewaktu ku di bangku sekolah dulu di Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat. Antara situasi yang ku masih ingat lagi:

Ketika di bangku sekolah ku menjadi seorang pengawas.. ceeeh ingat pengawas semua baik ke? ku antara pengawas paling malas nak jaga budak-budak lain haha

Ku menjadi pengawas masa form 3.. ketika form 5 ku menyandang jawatan penolong biro.. ceewah.. haha


 ini waktu ku form 3

Jika dulu sesi pagi, ku antara pelajar paling awal datang dalam pukul 6.30-6.45 da sampai awal so apa ku buat ku sapu 1 kelas ku ok! see rajin kan boleh buat calon suami kan? haha tapi start form 4-5 ku bawak motor ke sekolah so datang kul 7 tapi ku still sapu gak tapi alamatnya ku cuma sapu tempat ku n rakan sebelah ku je la kirim salam nak sapu 1 kelas.. haha

Kalau dulu ada jadual kebersihan setiap kelas kan? ku paling benci sebab selalu sangat kena duty to lap cermin tingkap.. siot je taulah time tu ku antara orang tinggi dalam kelas so dia bagi duty tu.. ku tak suka lap cermin ku suka tengok cermin je.. hehe

Kalau dulu ku sakit perut nak berak ke, nak kencing ke ku tak akan masuk tandas pelajar lelaki nak masuk tandas perempuan lagi tak kan.. tapi ku akan masuk tandas Guru Lelaki.. haha jahat gila kan? peduli apa sebab ku utamakan kebersihan dan keselesaan.. Faham-faham jelah tandas pelajar lelaki busuk, hancing, hamis wuuek! Yang bestnya kalau ku terserempak dengan cikgu dalam toilet cikgu sendiri siap senyum lagi.. terbaikkan pengaruh ku so ku leh berak dan kencing dengan penuh feel! hahaha


form 4

Seiyes dulu ku selalu buat bising. Suka menyanyi dalam kelas. Suka borak-borak dalam kelas. Tapi alhamdulilah kerja sekolah yang sering diberikan ku siap ok walaupun kadang-kadang copy n paste je.. haha..

Ku masih still close dengan member sekolah ku.. Ada yang sudah kahwin. Ada yang sudah dapat anak pun ada. Tahniah buat meraka. Perjalanan untuk ke arah situ masih jauh lagi kot ada lagi impian ku belum tercapai..huhu

Alhamdulilah sampai detik ini ku masih close dengan cikgu-cikgu ku.. Walaupun di waktu sekolah dulu ku sering tak dengar cakap kalau cikgu suruh ku diam ku masih bercakap dan buat bising tapi anak murid inilah dia sering di ingati dan disayangi.. haha.. 

Akhir sekali apa ku nak cakap, ku sangat lain dulu dan kini kan? haha ku ingin yg dulu iaitu Kurus Keding, seorang yang Nerd dan tak Hensem! tpi sekarang pun ku Comel kan kan kan yang penting sekarang Tough kan?? >.<







bisik buzz: andai dapat ku inginkan putaran dunia semula tapi tak boleh so hargai diri anda setiap saat setiap ketika jangan sampai diri anda dibenci jadikan diri anda di sayangi oleh ramai orang.


SALAM FUUUYOOO~




   

Wednesday, October 05, 2011

FUUUYOOO... WORDLESS WEDNESDAY #10









bisik buzz: staff department of Implementation Analyst with our boss!

SALAM FUUUYOOO~




   

Monday, October 03, 2011

FUUUYOOO... CANTIK/KACAK/HOT?





cantik/kacak/hot

mesti semua akan serbu... semua nak berkenalan... semua nak tahu tentang hidupnya..

bila yang kurang cantik/kacak/hot

semua bagi alasan bila dia nak bertemu mesti mengelak untuk berjumpa mesti ada 1001 alasan

tetapi

bila tak cantik/kacak/hot

berubah menjadi sebaliknya semua tersipu-sipu nak tahu..

tetapi

janganlah sampai menabur fitnah/menipu jika kau tidak tahu hal sebenarnya

sedangkan ketika itu ku terlantar di kamar bertemankan ubat dan tisu sahaja

janganlah kau menganiaya rakan-rakan mu

sedangkan ketika itu rakan-rakan mu dalam kesempitan

sudah lama ku memendam rasa tapi ku tolak tepi sebab hati ku ingin bersahabat

sebab ku mahu bersahabat seramai mungkin tanpa bermusuh situ sana sini..

prinsip ku senang

Jika kau berbuat baik dengan ku, ku akan berbuat baik dengan kau... dan sebaliknya

Hidup ini tidak akan kemana jika peragai kita seperti itu...









bisik buzz: ku tak kaya mana tapi ku tak miskin.. ku tak kacak tapi ku tak hodoh.. ku tak pandai mana tapi ku tak bodoh.. ku tak popular mana tapi ku masih di hargai.



SALAM FUUUYOOO~




   

Copyright © Syazwan Rahman Designed by azhafizah.com