Friday, July 27, 2018

Lirik Lagu Hajat - Hael Husaini


Hajat - Hael Husaini

Jika kau mahu sesuatu
Katakan padaku
Jika kau mahu diriku
Ku sedia untuk mu

Dan jika kau mahukan jiwaku
Hambakan cintamu
Pasti hajat kamu kamu kamu
Akan ku tunaikan
Jangan curiga harus percaya
Ikhlas hati ku berkata

(Chorus)
Terseksa untuk mencintanya
Mencinta untuk diseksanya
Terpaksa atau rela
Janji kau bersama
Bila tiba waktu
Kamu harus bercincinkan aku

Jika kau mahu ku rindu
Ku bayangkan wajahmu
Jika masih ragu-ragu
Ku lagukan padamu

Dan jika kau mahukan jiwaku
Hamba....kan cintamu
Pasti hajat kamu kamu kamu
Akan ku tunaikan
Jangan curiga harus percaya
Ikhlas hati ku berkata

*Ulang Chorus

Komposer: Hael Husaini, Ezra Kong
Lirik: Hael Husaini, Ezra Kong




Wednesday, July 25, 2018

10 'Budak Baru Nak Up' Berentap Di Pentas Big Stage!


Sebuah program rialiti terbaru berbentuk hiburan akan menemui anda pada 5 Ogos ini jam 9 malam di Astro Ria. Big Stage merupakan sebuah pertandingan nyanyian terbaru berkonsepkan realiti yang menampilkan angkatan bakat muda yang kini popular dengan jolokan Budak Baru Nak Up (BBNU) dalam kalangan penggiat industri hiburan tempatan.

Seramai 10 bintang BBNU yang terdiri dari 5 bintang lelaki dan 5 bintang wanita bakal bersaing di pentas utama 'Big Stage' yang akan berlangsung selama 8 minggu.


Dua ikon tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir telah dilantik sebagai juri tetap manakala Aliff Satar dan Sheryy Alhadad bakal menggalas tugas sebagai pengacara Big Stage. Eyra Hazali dan Harris Anuar pula menjadi pengacara Live Plus Big Stage.

Mari kita kenali 10 bintang BBNU yang menyertai Big Stage musim pertama:

1) Tajul

Umur: 20 tahun
Label: FMC Music
Lagu Nyanyian Popular: Sedalam Dalam Rindu 27M views


2) Ariff Bahran

Umur: 20 tahun
Label: RUSA Music
Lagu Nyanyian Popular: Kata Akhirmu 11M views


3) Syafiq Farahin

Umur: 24 tahun
Label: MVM
Lagu Nyanyian Popular: Sayang Maafkan Aku 9.2M views



4) Andi Bernadee

Umur: 27 tahun
Label: Warna Music Malaysia
Lagu Nyanyian Popular: Tak tung tuang (cover) 2.4M views



5) Afieq Shazwan

Umur: 21 tahun
Label: FMC
Lagu Nyanyian Popular: Seandainya 500k views



6) Fara Hazel

Umur: 22 tahun
Label: Aries Music
Lagu Nyanyian Popular: Setiaku Pasti (Official MV) 16M views


7) Sissy Iman 

Umur: 23 tahun
Label: FMC Music 
Lagu Nyanyian Popular: Mungkin Kamu 709k views


8) Wanie Kayrie

Umur: 18 tahun
Label: SRC
Lagu Nyanyian Popular: Jangan Jangan 5.1M views

9) Sarah Suhairi

Umur: 18 tahun
Label: MVM
Lagu Nyanyian Popular: Shape Of You with Asad Motawh & Betty) 904K views


10) Baby Shima
Umur: 25 tahun
Label: MVM
Lagu Nyanyian Popular: Gurauan Berkasih feat Khai Bahar (Smule) 21M views


Jadi siapakah pilihan anda?


Thursday, July 12, 2018

Ziana Zain Sah Bercerai!


12 Julai 2018 bertempat di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam menjadi saksi kes penceraian penyanyi terkenal tanah air Ziana Zain.

Setelah 20 tahun mereka bersama, Siti Roziana dan Armin Zahrin disahkan bercerai talak 1 pada hari ini dihadapan Hakim Syarie, Mohd Nizar Mohktar. 

Kedua-dua mereka tidak lagi tinggal bersama sejak Febuari lalu dan mahkamah percaya tanggungjawab tidak boleh dilaksana serta syiqa' (perbalahan suami isteri dalam perkahwinan) sering berlaku (sebelum ini).

Sementara itu, hak penjagaan anak masih tidak diputuskan di Mahkamah Rendah Syariah tetapi akan ke Mahkamah Tinggi.

Ziana Zain yang berpakaian serba hitam menagis setelah Armin melafazkan talak 1. Di lihat Anuar Zain turut serta mengiringi "Dengan penceraian ini harapnya dia (bekas suami) dan saya akan lebih mudah hendaknya. Tangisan ini saya tidak boleh tafsirkan untuk apa-apa. Maafkan saya, tak boleh nak berikan komen lanjut" jelas Ziana


Ziana Zain dan Armin mendirikan rumah tangga pada Mei 1998, hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat anak, Muhammad Aiman 19, Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Kaseh, 9.

Diharapkan Ziana Zain terus kuat dan redha dengan qada dan qadar ini.

Tuesday, July 10, 2018

Lirik Lagu Police Entry - Elizabeth Tan


Police Entry - Elizabeth Tan

Eh.. rasa hatiku
Ragu-ragu
Eh... benarkah kamu
Milik aku
Eh.. kerna ku tak keruan
Apa kau fikirkan

Dah tak usah kamu
Merayu-rayu
Dah sudah ku tahu
Kau menipu
Dah beribunya alasan
Apa kau fikirkan

Wow...
Hebatnya kamu
Yakinnya kamu
So you wanna play?
Let's go

Police and thief
One two jaga
Polis henti pencuri jaga
Gerak-geri kau menduga
Kerja kau menipu saja

Police and thief
One two jaga
Polis henti baik kau jaga-jaga
Dengan siapa kau menipu
Ooooooooooo
Ooooooooooo
Kau dasar penipu

Dah tak usah kamu
Merayu-rayu
Dah sudah ku tahu
Kau menipu
Dah beribunya alasan
Apa kau fikirkan

Wow...
Hebatnya kamu
Yakinnya kamu
So you wanna play?
Let's go

Police and thief
One two jaga
Polis henti pencuri jaga
Gerak-geri kau menduga
Kerja kau menipu saja

Police and thief
One two jaga
Polis henti baik kau jaga-jaga
Dengan siapa

Benar kau pandai memperdaya
Tapi dirimu tak sedar
Kau sedang diburu

Police and thief
One two jaga
Polis henti baik kau jaga-jaga
Dengan siapa kau menipu
Ooooooooo
Ooooooooo

Dengan siapa kau menipu
Ooooooooo
Ooooooooo
Kau dasar penipu

Komposer: Hael Husaini, Ezra Kong
Lirik: Hael Husaini, Ezra Kong


Wednesday, July 04, 2018

Lirik Lagu Selamat Tingal Sayang - Haqiem Rusli


 Selamat Tinggal Sayang - Haqiem Rusli

Bertahun lama
Dalam menyemai cinta
Terbakar saat kau nyalakan ia
Aku tidak berdaya
Tuk beri segalanya cinta

Chorus * 
Selamat tinggal sayang
Kuucapkan kepadamu
Pergi kau dari hidupku
Ku tak ingin disakiti

Tersedar dari mimpi
Langkah menyusun pergi
Melihat kau bersama yang lain
Tersiksa jiwa ini
Terluka hati ini sayangku

Ulang Chorus *

Hapus segala derita yang ada
Tidak lagiku hanpir ke lubuk hatinya
Bisa yang kuterima
Kini hilang semuanya

Selamat tinggal sayang
Kini ku punya kisah yang baru
Pergi ku dari hatimu

Selamat tinggal kasih
Kuucapkan kepadamu
Pergi kau dari hidupku
Selamat tinggal
Selamat tinggal sayang



Komposer: Haqiem Rusli
Lirik: Haqiem Rusli

Ernie Zakri Dipergunakan & Berasa Kesal?


Penyanyi lagu Misteri, Ernie Zakri mengandaikan dirinya dipergunakan dan berasa kesal dengan sebuah program anjuran stesen radio swasta berkenaan. Status instagram milik Ernie Zakri dimuat naik pada malam semalam mengandaikan bahawa dirinya kecewa kerana sikap tidak profesional mereka terhadap dirinya.


Ernie yang sudah berkecimpung dalam industri muzik selama 8 tahun dan 2 lagu penyanyi wanita meningkat naik tersebut telah diundang khas oleh stesen radio berkenaan yang pada awalnya tidak dimaklumkan kandungan program berkenaan. Tetapi apabila on air mereka  ibarat "pak pacak" dan "makcik bawang" untuk bertanya soalan kepada penyanyi lelaki tersebut. Program yang disiarkan selama setengah jam secara langsung di FB itu hanya semata-mata untuk mempromosikan single terbaru penyanyi lelaki tersebut.

Tanpa memberi ruang dan peluang kepada 3 artis wanita itu untuk mempromosikan kerjaya seni mereka itulah adalah sesuatu yang tidak adil. Jika konsep berkenaan ingin diketengahkan, janganlah sampai stesen radio berkenaan mengundang 3 artis wanita tersebut. Sesuaikah? Lebih manis dan sesuai diberikan "makcik bawang" itu kepada wakil wartawan, blogger dan kelab peminat sahaja untuk mengajukan soalan tak begitu?

Artis wanita berkenaan juga sudah memiliki single baru masing-masing iaitu Misteri -Ernie, Bunga - Ara dan Ewah Ewah - Wany Hasrita. Berilah peluang dan ruang untuk mereka bertiga memperdengarkan dan mempromosikan lagu mereka walaupun lagu-lagu mereka kurang dimainkan di stesen radio berkenaan.




Sikap keterbukaan Ernie 26 tahun ini, harus diberi pujian supaya benda-benda seperti ini tidak berulang kembali. Malah sifat Ernie diturut disertai oleh lagi 2 artis wanita berkenaan di media sosial.



Selepas Ernie memuat naik status berkenaan, terdapat ramai artis memberi pandangan dan sokongan kepada beliau. Antaranya Syamel, Adibah Noor, Wany Kayrie, Shiha Zikir dan Naim Daniel.






Malah artis lelaki berkenaan,Haqiem Rusli turut meminta maaf diatas kejadian itu.


Diharap kejadian seperti membodohkan artis dan menjadikan artis pak pacak sedemikian tidak berulang lagi. Malah pihak artis juga perlu lebih berhati-hati selepas ini dalam memilih program yang ingin disertai supaya anda menampakkan nilai eksklusif dalam industri seni negara.

Copyright © Syazwan Rahman Designed by azhafizah.com