Ramai sudah mengetahui wajah dan nama sebenar anak Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Jiwa iaitu Siti Aafiyah Binti Khalid.
Di sini ku ingin kongsikan 5 perkara yang anda tidak tahu mengenai Siti Aafiyah:
TRENDING
Setelah di umumkan nama Siti Aafiyah, nama itu menjadi trending di twitter malah di laman instagram juga ramai sudah membuat account milik Siti Aafiyah. Pantas merekakan?
IBU
Panggilan Ibu menjadi pilihan Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk Siti Aafiyah dan ayah untuk Datuk Seri Khalid.
PENANTIAN
Jika Datuk Seri Siti menunggu lebih kurang 12 tahun untuk mendapatkan anak, beberbeza dengan Datuk K. Datuk K menunggu hampir 18 tahun untuk memiliki anak perempuan. Alhamdulilah doa mereka dimakbulkan.
CINCIN
Selepas Datuk Siti melahirkan Siti Aafiyah, Siti Aafiyah telah menghadiahkan kepada ibunya sebentuk cincin berlian tanda terima kasih.
BEREHAT
Mengikut perancangan, ibu berpantang berehat selama 3 bulan tetapi Datuk Seri Siti mengambil langkah berehat selama 6 bulan untuk memastikan beliau betul-betul sihat untuk kembali aktif.
Semoga Allah merahmati mereka dan semoga Siti Aafiyah menjadi anak yang solehah. Aminnn
nota kaki: Siti Aafiyah bermaksud sihat dan selamat
Gema Gegar Vaganza musim kedua (GGV2) kini kembali lagi. Bakal bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada setiap hari Sabtu jam 9 malam bermula 31 Mac 2018 di saluran Astro Oasis (106) dan Astro Maya HD (135)
Untuk musim kedua ini, membabitkan Siti Nordiana, Fikry Ibrahim dan Fakrul (kumpulan UNIC) selaku pengacara GGV2.
Berikut adalah senarai 11 peserta GGV2:
1. Farah Asyikin
2. Mestica
3. Rabhitah
4. Ai Rafael
5. Brothers
6. Fitri Haris (UNIC)
7. Adeep Nahar
8. Ippo Hafiz
9. In Team
10. Heliza & Hazwani
11. Devotees
Masih mengekalkan Farihin Abdul Fattah dan Oki Setiana Dewi sebagai juri tetap.
Jika tahun lepas kita semua sedia maklum kumpulan nasyid UNIC telah di nobatkan sebagai juara. Siapa pula bakal juara tahun ini?
Hari ini merupakan hari pertama untuk anda mengisi e-Filing, anda sudah mengemaskini dan mengisinya? Jika belum lagi, berikut saya kongsikan panduan untuk mengisi pelepasan cukai pendapatan 2017 bagi individu warganegara/pemastautin Malaysia.
Untuk makluman semua, ada beberapa perubahan yang telah dilakukan bagi pelepasan cukai untuk tahun 2017 berbanding tahun-tahun sebelumnya. Mari kita teliti satu persatu supaya anda memahami dan memudahkan anda mengisi pelepasan cukai lalu mendapat balik bayaran yang setimpal.
Pelepasan 1 - Individu & Saudara Tanggungan
Yang ini sama sahaja seperti tahun-tahun sebelumnya. Pelepasan ini diberikan kepada semua indivdu dan jumlahnya masih sama iaitu RM9,000
Pelepasan 2 - Penjagaan Ibu Bapa
Yang ini ada sedikit penambahbaikkan berbanding tahun sebelumnya iaitu pelepasan ini membenarkan perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjagaan ibu bapa yang mempunyai masalah kesihatan yang disahkan pengamal perubatan. Pelepasan ini juga membenarkan bagi perbelanjaan menyara ibu bapa meskipun mereka tidak mempunyai masalah kesihatan dan tidak tinggal bersama-sama.
Inisiatif ini sebagai tanda penghargaan kepada anak-anak yang mengambil berat berkenaan dengan kebajikan ibu bapa mereka.
Jumlah pelepasan ini diberikan sebanyak RM 1,500 bagi ibu (jika bapa telah tiada) dan RM1,500 bagi bapa (jika ibu telah tiada) atauRM 3,000 bagi kedua-dua ibu bapa(kedua-duanya masih ada).
Walaubagaimanapun, pelepasan ini ada syaratnya iaitu ibu dan bapa masing-masing tidak berpendapatan melebihi RM 2,000 sebulandan berumur 60 tahun ke atas.
Pelepasan 3 - Peralatan Sokongan Khas
Pelepasan ini hanya khas bagi individu kelainan upaya (OKU) atau untuk suami/isteri, anak atau ibu bapa kelainan upaya.
Pelepasan ini diberikan dengan jumlahnya terhad kepada RM 6,000
Pelepasan 4 - Individu Kelainan Upaya (OKU)
Bagi individu OKU, mereka mendapat pelepasan tambahan sebanyak RM 6,000 selain daripada pelepasan individu di atas
Pelepasan 5 - Yuran Pendidikan Sendiri
Bagi yang sedang melanjutkan pelajaran, mereka berhak mendapat pelepasan ini tetapi mengikut syarat-syarat seperti dibawah:
a) Peringkat Sijil, Diploma dan Sarjana Muda - kursus yg terlibat adalah Undang-undang, Perakaunan, Kewangan Islam, Teknikal, Vokasional, Industri, Saintifik atau Teknologi sahaja.
b) Peringkat Sarjana dan PhD - semua bidang dan kursus pengajian layak menuntut pelepasan ini.
c) Bagi yang menerima biasiswa semasa pengajian adalah tidak layak menerima tuntutan pelepasan ini.
Jumlah pelepasan ini diberikan sebanyak RM 7,000
Pelepasan 6 - Perbelanjaan Perubatan Penyakit yang Sukar Diubati
Pelepasan ini diberikan kepada rawatan penyakit yang kritikal sama ada melibatkan diri sendiri, pasangan atau anak sebanyak RM 6,000. Antara penyakit kritikal yang dibenarkan mendapat pelepasan ini adalah:
a) Kanser
b) Serangan jantung
c) Pulmonary hypertension
d) Sakit buah pinggang kronik
e) Sakit hati (liver.heptic) kronik
f) Fulminant viral hepatitis
g) Tumor & kecacatan pembuluh darah di otak
h) Melepuh & melecur kebakaran yang keterlaluan
i) Pemindahan organ utama
j) Sindrom Parkinson
k) HIV & AIDS
l) Pemotongan kaki/tangan
m) kecederaan kepala akibat kemalangan
n) Penyakit kulit kronik
o) Penyakit mental
p) Diabetes mellitus
q) Talasemia major
r) Rheumatology
s) Leukemia
Pelepasan 7 - Pemeriksaan Perubatan Penuh
Bagi pemeriksaan perubatan penuh untuk diri sendiri, pasangan atau anak, pelepasan cukai pendapatan sebanyak RM 500 diberikan.
Pelepasan 8 - Perbelanjaan Gaya Hidup
Kategori ini baru diperkenalkan untuk tahun taksiran 2017.
Antara perbelanjaan-perbelanjaan yang dibenarkan dalam kategori ini adalah:
Pembelian buku, jurnal, majalah, suratkhabar bercetak dan penerbitan (selain bahan bacaan terlarang) untuk diri sendiri, pasangan (suami/isteri) atau anak-anak
Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk diri sendiri, pasangan atau anak-anak
Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) Contoh raket badminton, bola sepak dan sebagainya.
Bayaran keahlian gimnasium untuk diri sendiri, pasangan atau anak-anak
Bayaran langganan internet
Jumlah pelepasan yang dibenarkan adalah sehingga RM2,500 bagi semua perbelanjaan di atas.
Pelepasan 9 - Pembelian Peralatan Penyusuan Bagi menghargai jasa golongan wanita (ibu) dan menggalakkan penyusuan badan, kategori ini diperkenalkan ke dalam senarai pelepasan cukai pendapatan 2017. Bagi pembelian peralan penyusuan, pelepasan sehingga RM 1,000 diberikan. Pelepasan 10 - Yuran Pusat Asuhan Kanak-kanak atau Pra-sekolah Ini juga adalah kategori baru yang diperkenalkan untuk meringakan beban ibu bapa yang menghantar anak-anak ke Pusat Asuhan Kanak-kanak atau Pra-sekolah.
Pelepasan 11 - Tabungan Bersih Dalam Skim SSPN
Pelepasan ini melibatkan tabungan bersih dalam skim SSPN (SSPN-i atau SSPN-i Plus)
Cara pengiraannya adalah (Tabungan bersih = Jumlah simpanan - Jumlah pengeluaran)
Jumlah pelepasan ini dihadkan kepada RM 6,000
Pelepasan 12 - Faedah Pembelian Rumah
Pelepasan ini adalah terhad kepada RM 10,000 setiap tahun asas bagi 3 tahun tasiran berturut-turut bermula dari tarikh faedah mula dibayar.
Pelepasan 13 - Bayaran Kepada Pasangan/ Bayaran Alimoni Kepada Isteri
Pelepasan ini boleh dituntut apabila mempunyai pasangan (suami/isteri) yang tidak mempunyai pendapatan. Jumlah pelepasan yang diberikan sebanyak RM 4,000
Bayaran alimoni pula merujuk kepada bayaran nafkah yang diberikan kepada bekas isteri sepertimana yang ditetapkan oleh mahkamah.
Pelepasan 14 - Suami/Isteri Kelainan Upaya
Pelepasan ini diterima apabila mempunyai atau menjaga suami/isteri kurang upaya, maka di berikan tambahan sebanyak RM 3,500
Pelepasan 15 - Anak Di Bawah Umur 18 Tahun
Jika mempunyai anak di bawah umur 18 tahun dan masih belum berkahwin, maka layak untuk mendapat tuntutan pelepasan cukai ini sebanyak RM 2,000 atas seorang anak.
Perlu dinyatakan di sini bawahtiada had bilangan anak ditetapkan asalkan bawah umur 18 tahun dan masih belum berkahwin boleh mendapat pelepasan ini.
Jika suami dan isteri mengisi e-Filling secara berasingan, maka setiap seorang boleh menuntut RM 1,000 sahaja atas seorang anak.
Pelepasan 16 & 17 - Anak Berumur 18 Tahun Ke Atas
Jika mempunyai anak berumur 18 tahun ke atas dan masih belum berkahwin dan sedang melanjutkan pelajaran sepenuh masa ( peringkat A-Level, sijil, matrikulasi pra-ijazah), maka layak untuk mendapat tuntutan pelepasan cukai ini sebanyak RM 2,000 atas seorang anak.
Jika mempunyai anak berumur 18 tahun ke atas dan masih belum berkahwin dan mengikuti pengajian peringkat diploma atau ke atas di mana-mana institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (bagi institusi pengajian tinggi luar negara, kursus ijazah atau ke atas sahaja), maka layak untuk mendapat tuntutan pelepasan cukai ini sebanyak RM 8,000 atas seorang anak.
Perlu diingatkan pelepasan ini hanya terpakai bagi kusus dan institusi pengajian tinggi yang di iktiraf pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan sahaja.
Peraturan kelayakkan 50% turut terpakai bagi kategori ini jika suami dan isteri membuat tuntutan individu/berasingan.
Pelepasan 18 - Anak Orang Kelainan Upaya
Setiap anak kelainan upaya yang dijaga, layak menerima tuntutan pelepasan sebanyak RM 6,000 seorang.
Bagi anak kelainan upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ ijazah ke atas di luar negara dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa, maka layak untuk mendapat tuntutan pelepasan tambahan sebanyak RM 8,000.
Ini bermakna, sekiranya anak kelainan upaya ini melanjutkan pelajaran di dalam atau di luar Malaysia, jumlah pelepasan cukai yang boleh dituntut secara keseluruhannya adalah RM 14,000
Peraturan kelayakkan 50% turut terpakai bagi kategori ini jika suami dan isteri membuat tuntutan individu/berasingan.
Pelepasan 19 - Insuran/ Takaful Nyawa dan Caruman KWSP
Untuk jumlah campuran antara bayaran caruman insuran/takaful nyawa dan KWSP (caruman dari bahagian sendiri), jumlah pelepasan adalah dihadkan kepada RM 6,000 sahaja bagi kedua-duanya.
Maksudnya, jika anda membayar caruman takaful nyawa sebanyak RM 3,000 setahun dan KWSP seabanyak RM 5,000 setahun, maka anda layak menuntu pelepasan sebanyak RM 6,000 sahaja.
Pelepasan 20 - Skim Persaraan Swasta & Anuiti Tertunda
Jika anda menyimpan dengan Skim Swasta atau mencarum Anuiti Tertunda (Skim insurans/takaful persaraan), maka layak menuntut pelepasan sehingga RM 3,000 dengan syarat skim yang disertai adalah diiktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Pelepasan 21 - Insurans/Takaful Pendidikan & Perubatan
Untuk skim insurans/takaful pendidikan atau perubatan (melindungi risiko akibat penyakit kritikal dan juga kad perubatan), anda layak menerima tuntutan pelepasan cukai sehingga RM 3,000
Pelepasan 22 - Caruman Kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
Untuk makluman anda, ini adalah kategori baru diwujudkan bagi pelepasan cukai pendapatan 2016.
Caruman PERKESO layak mendapat pelepasan sebanyak RM 250.
Tips penting:
1) Untuk mengurangkan cukai kena bayar, anda perlulah mengoptimasikan tuntutan atas pelepasan-pelepasan yang layak dan sah sahaja.
2) Pastikan anda menyimpan resit perbelanjaan dan dokumen yang betul bagi setiap pelepasan yang dituntut, kerana pihak LHDN berhak untuk mengaudit ke atas setiap borang tafsiran yang dihantar dan meminta resit atau dokumen sebagai bukti ke atas maklumat yang telah dinyatakan dalam borang tafsiran tersebut.
3) Pihak LHDN akan menuntut bayaran selebihnya daripada anda jika didapati bersalah atau dokumen tidak diterima. Oleh itu berhati-hatilah semasa mengisi nanti.
4) Jika anda mempunyai lebihan bayaran tahun tafsiran, pihak LHDN akan membayar semula dalam tempoh yang sekejap sahaja sebab saya pernah mengalaminya pada tahun lepas. Oleh itu, cepat-cepat isi cepatlah mereka bayar.
5) Perlu diingatkan setiap perbelanjaan yang ingin diberi pelepasan perlulah dilakukan pada tahun 2017 sahaja.