Wednesday, July 26, 2017

Ujian Personaliti Diri Anda: Pilih Salah Satu Daripada 5 Kucing

Setiap insan di dunia ini mempunyai personaliti yang berbeza dan unik.

Ingin tahu tanggapan orang di sekeliling anda terhadap diri anda?

Cuba ujian di bawah ini dengan memilih 1 pilihan kucing yang anda paling suka.




#Kucing 1:

Semua orang fikir anda seorang yang pemalu dan sangat lemah dalam kemahiran berkomunikasi. Semasa berkomunikasi dengan orang lain, anda akan tersenyum sahaja.

Anda sentiasa cuba mengubah diri anda berbanding meminta orang lain berubah untuk anda, ia membuatkan orang lain berfikir bahawa anda tidak mempunyai tahap keyakinan yang tinggi dan kelihatan lemah.

Tetapi anda sebenarnya seorang yang konservatif, sentiasa berhati-hati dan penuh emosi. Anda juga mempunyai hati yang lembut.

Jika bertemu dengan orang tidak dikenali, anda dianggap sombong tetapi apabila hubungan menjadi semakin rapat, anda akan mendedahkan kelakuan sebenar anda.

Anda sangat menghargai persahabatan. Sesiapa yang menjadi rakan anda pasti akan meluangkan banyak masa bersama dengan anda.

#Kucing 2:

Anda kelihatan kuat dan santai, tetapi anda sukar difahami oleh orang lain. Anda mempunyai rahsia tersembunyi di dalam diri anda dan hanya berkongsi rahsia dengan orang yang sangat rapat dengan anda sahaja.

Majoriti orang berpendapat bahawa anda merupakan seorang yang lantang dan suka menjauhkan diri serta pandai menyembunyikan karakter sebenar anda daripada orang lain. Namun anda juga merupakan individu yang sangat boleh dipercayai.

Anda sengaja berlakon seperti tegas tetapi sebenarnya anda seorang yang lembut hati. Anda sering membuat kesilapan, sangat sentimental, mengeluh tetang kesilapan kecil dan agak lambat untuk membina hubungan persahabatan. Tetapi apabila bertemu dengan orang yang tidak dikenali, anda sangat tenang.

Apabila di sekeliling rakan dan topik yang anda minat timbul, anda akan terus bercakap. Sentiasa takut akan  ditinggalkan, apabila sesuatu yang tidak menyenangkan berlaku, anda cenderung bersembunyi dan menagis sahaja.

#Kucing 3: 

Di mata orang lain, anda adalah seorang yang bahagia dan menghadapi masalah dengan tenang. Anda seorang perancang semula jadi, sangat cekap dalam melaksanakan tugasan kerana anda seorang yang sangat berdedikasi.

Apabila anda ingin melakukan sesuatu, anda akan lakukannya. Suka berkongsi dan mengimpikan kehidupan yang menarik serta tahu menikmati kehidupan.

Sebenarnya, anda mempunyai matlamat. Anda tidak suka rasa kehilangan dan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik. Anda juga sukakan wang tapi tidak pandai menyimpan dan tidak suka melakukan apa-apa tanpa matlamat.

Anda juga sentiasa menjauhi pertengkaran dan tidak suka menyimpan dendam. Anda mempunyai tahap kesabaran yang boleh dibanggakan.

#Kucing 4:

Semua orang menganggap anda berperangai seperti kanak-kanak kerana fizikalnya seperti orang dewasa dengan minda seperti seorang kanak-kanak yang belum matang.

Anda juga seorang yang sangat berterus terang. Jenaka akan membuatkan anda gembira serta anda suka berkongsi tentang perasaan anda.

Kadang-kadang anda tidak berhati-hati dan selalu terlupa. Ini membuatkan orang lain berasa anda seorang yang cuai. Anda juga kelihatan baik terhadap orang lain.

Sebenarnya anda bijak kerana masalah pasti dapat diselesaikan. Rasa cinta dan benci dalam diri anda sangat jelas. Jika anda tidak suka akan seseorang, anda tidak akan mempedulikan sama sekali.

Bagi mereka yang anda sukai, pasti dilayan dengan baik. Anda sangat lemah lembut dan pandai menunjukkan kepada orang lain bahawa anda sedang bahagia sambil menyorokkan kesedihan serta berharap agar akan ada orang yang akan menghiburkan anda ketika anda bersedih.

#Kucing 5:

Anda adalah orang yang baik hati, romantis dan berwibawa. Apabila terdapat rakan anda yang meminta bantuan, anda akan membantu mereka. Tidak takut berada dalam persekitaran luar dan cepat menyesuaikan diri dengan rakan-rakan baru.

Anda juga seorang yang sangat aktif, mempunyai IQ yang sangat tinggi dan mengetahui waktu yang sesuai untuk bercakap dan apa yang perlu dibacarakan.

Anda adalah orang yang tidak suka masalah yang rumit. Anda akan mudah mengetahui jika seseorang itu berniat untuk menipu anda.

Anda tidak akan sesekali berdendam tetapi tidak tahu membuat keputusan jika ditimpa masalah. Anda kelihatan mesra tetapi sebenarnya anda sedang mencari persekitaran yang selesa untuk diri anda.

Jadi yang satu anda??



Sumber: Mediaon9.com

Tuesday, July 25, 2017

Setelah 15 Tahun Berlalu, Kini Permaisuri Siti Aishah Lebih Selesa


Setelah 15 tahun berlalu, kini Permaisuri Siti Aishah Abdul Rahman selesa "menyamar" di kalangan rakyat jelata. Walaupun pernah bergelar Raja Permaisuri Siti Aishah Abdul Rahman suatu ketika dulu, kini beliau selesa dengan kehidupan sekarang.


Permaisuri Siti Aishah, 45 tidak segan memberitahu wartawan beliau memandu kereta sendiri di majlis perasmian Projek Wakaf Telekung Siti Aishah di sebuah hotel baru-baru ini.


Untuk sesiapa yang lupa ataupun tidak mengenali Permaisuri Siti Aishah, beliau wanita termuda pernah diangkat sebagai Permaisuri Agong iaitu pada usia 28 tahun pada 26 April 1999.

Permaisuri kepada Almarhum Sultan Selangor Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang mangkat pada 2001 itu juga mencatat tradisi sebagai Permaisuri Agong pertama yang membawa imej bertudung.

Tuesday, July 18, 2017

Viper Challenge 2017 Great Eastern Genting King Of The Mountain

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada 15 April 2017 telah berlangsungnya Viper Challenge di Batang Kali, Genting. Program Viper ini adalah acara larian (sebenarnya jalan je) sambil mengharungi halangan yang telah disediakan. Program ini akan dilakukan pada setiap tahun dan akan berlangsung beberapa tempat seperti tahun ini viper yang sudah berlangsung di Singapura, Penang, Johor,Genting Highland dan bakal berlangsung selepas ini adalah Shah Alam dan grand finale Cyberjaya. Program sihat sebegini dapat mencabar seseorang dari segi kekuatan mental dan fizikal. Pendek cerita kalau yang mana kaki gym inilah masanya untuk mencabar daya kemampuan anda adakah fit ataupun tidak. Ada berani?

Team Jaguh


Selfie dulu sebelum mula..


Penganjur lepas secara berperingkat


Untuk pengetahuan anda, Viper Challenge di Genting kali ini menyediakan sebanyak 10km dan 15 obstacles.

#Obstacles 1 

#Obstacles 2

#Obstacles 3

#Obstacles 4

#Obstacles 5

#Obstacles 6

#Obstacles 7

#Obstacles 8

#Obstacles 9

#Obstacles 10

#Obstacles 11

#Obstacles 12

#Obstacles 13

#Obstacles 14

#Obstacles 15

Kami bukan sahaja berjalan mengharungi halangan yang telah disediakan oleh penganjur malah kami juga menikmati suasana dinginsekitar Genting ini.


Bermula pada jam 11.40 pagi tamat lebih kurang jam 4 petang




Yeay Alhamdulilah Berjaya!

Tips untuk menyertai viper:
1) Pastikan memakai pakaian sukan yang sesuai jangan terlalu ketat dan longgar.

2) Pastikan memakai kasut sukan yang masih keadaan baik terutama pada bahagian tapak kasut.

3) Pastikan warming up sebelum mulakan larian untuk mengelakkan daripada cramp terutama bahagian kaki.

4) Pastikan memakai glove untuk mengelak tangan dari luka apabila memanjat atau memegang tali.




 cramp! huhu

5) Pastikan membawa beg sandang yang kecil dan membawa air mineral, isotonik botol kecil, coklat dan ubat seperti spray cram, saloonpas.

6) Jika anda rasa tidak mampu untuk melakukan sesuatu cabaran tersebut, dinasihatkan tidak melakukannya kerana iakan menyebabkan perkara-perkara tidak diingini akan berlaku seperti kekejang otot (cramp) atas terjatuh, cedera. Pendek kata ikut kemampuan diri masing-masing jangan push!

7) Di sarankan supaya memakai sunblock untuk mengelak daripada kulit hitam.

8) Di cadangkan supaya memasuki acara ini lebih daripada seorang supaya partner anda dapat membantu jika berlaku perkara yang tidak diingini.

9) Perlu ada team work yang kuat dalam melakukan halangan yang telah diberikan. Jangan buat hal sendiri-sendiri kita kena bantu dan beri semangat pada rakan kita. Yang penting jangan mengeluh atau tinggalkan kawan anda.

10) Jika anda seorang yang suka aktiviti begini perlu diingatkan untuk daftar awal secara online supaya anda mendapat harga yang berbaloi. Jika lambat lagi mahal harganya.


Viper Shah Alam dan Cyberjaya siapa join? Untuk pendaftaran sila klik di sini Viper Challenge

Tuesday, July 11, 2017

Kecantikkan di Masbro Village, Melaka


Jika anda ingin merasakan kelainan apabila pergi bercuti, silalah datang ke Masbro Village, Melaka. Tidak payah pergi jauh ke Australia untuk menikmati keindahan seperti ini hanya di Batu 7 Paya Rumput, berdekatan dengan Tesco Cheng, Melaka sahaja. Ya tidak tipu.

Details mengenai Masbro Village:
  • Masbro Village menyediakan Boutique Homestay
  • RM 280/malam
  • Paling sesuai 4 orang maksimum 6 orang termasuk kanak-kanak. Lebih daripada 6 orang dikenakan cas sebanyak RM30 seorang tanpa ada tambahan katil
  • Kemudahan seperti katil 2 queen size, 2 kolam renang (kanak-kanak dan dewasa), sofa, tv, microwave, water kettle, peti sejuk, 2 bilik mandi (atas dan bawah) bersama water heater, air cond, kipas
Jangan bimbang jarak daripada Masbro Village dengan bandar Melaka tidak begitu jauh hanya:
  • 7km sahaja ke Bandar Melaka
  • 12km ke Tg. Bidara
  • 6km Ayer Keroh
  • 5 minit ke Tesco Cheng
  • 7km Gadek Hot Spring Pool
  • 10km Jongker Walk

Bahagian bawah


Bahagian atas


Swimming pool

Jika anda berminat bolehlah booking dan berhubung dengan En Mazlan di talian 0133136872 (whatapp sahaja)



Sebelah Masbrow ada 1 rumah Melaka yang cantik yang patut anda kunjungi untuk bergambar..

Copyright © Syazwan Rahman Designed by azhafizah.com