Wednesday, December 13, 2017

Tun Dr Mahathir dan Tun Siti Hasmah Serah Darjah dan Pingat Kebesaran Selangor


Kecoh seketika di media sosial isu Tun M telah menyerah segala Darjah Kelas Pertama Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran Datuk Seri dan Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) (Kelas Kedua), membawa gelaran Datuk bagi lelaki dan Datin Paduka bagi wanita kepada mereka pada 1999 kepada seorang pegawai kanan di pejabat Sultan Selangor di Istana Alam Shah tersebar daripada pengetahuan orang ramai.

Nampaknya berita tetang bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang menyerahkan kembali darjah-darjah dan bintang-bintang kebesaran Selangor terjawab.


Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Setiausaha Dewan Diraja Selangor, Hanafisah Jais melalui satu kenyataan kepada media hari ini.

Sungguhpun begitu, tindakan mewartakan pembatalan kurniaan ini akan dilaksanakan mengikut prosedur dan proses yang telah ditetapkan.

Menurut sumber Sinar Online, Sultan Sharafuddin Idris Shah dilaporkan murka dan amat kecewa dengan kenyataan Dr. Mahathir yang cuba menghasut rakyat membenci dan menghina dan memandang serong terhadap bangsa bugis.


Selain Dr Mahathir, Dr Siti Hasmah turut memulangkan seula hadiah yang pernah diberikan padanya suatu masa dahulu.

Melalui sebuah video yang dikongsikan di Twitter, Hasmah telah membuatkan ramai netizen tersentuh dengan ucapannya yang cukup jelas.

Tun Siti Hasmah memberitahu sebagai seorang isteri dia dengan rela hati untuk melepaskan segala darjah dan pingat yang pernah dimilikinya dan mengikuti jejak langkah suaminya itu.

Tun Siti Hasmah yang kelihatan tenang memaklumkan pada semua Dr Mahathir langsung tidak pernah memaksanya untuk lakukan perkara tersebut.

"Kalau suami saya dah terasa sebegitu, saya sebagai isterinya patut simpati dengannya dan juga menyokong hasratnya. Saya juga anak Selangor dan dapat darjat yang tertinggi tetapi oleh sebab apa yang berlaku baru-baru ini saya rasa perlu bantu hasrat suami saya itu dengan memulangi hadiah dan kurniaan yang diberi oleh tuanku Sultan Selangor," jelasnya dalam video berdurasi 1 minit itu.


No comments:

Copyright © Syazwan Rahman Designed by azhafizah.com