Tuesday, December 12, 2017

Keputusan Markah Penuh & Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza Akhir


Pejam celik, pejam celik Gegar Vaganza musim ke-4 sudah masuk di minggu akhir. Untuk konsert minggu ke-7 menyaksikan Syura sebagai bintang terakhir tersingkir. Walaupun pada mata kasar ku melihat, Syura telah membuat persembahan terbaik jika dibandingkan dan Lan. Lagu Dokter Cinta yang memasukkan sedikit elemen dangdut membuatkan sesebuah persembahan itu menjadi warna dalam lagu. Tapi apakan daya rezeki tidak menyebelahi Syura. Berikut adalah keputusan markah di minggu ke-7:

Hazami - 70.55%

Aishah - 69.95%

Firman - 69.50%

Tia Jinbara - 69.35%

Liza Hanim - 68.85%

Lan - 66.40%

Syura - 58.10% - TERSINGKIR

Mengejutkan apabila Liza Hanim yang selama ini selalu mendapat markah antara top 3 tetapi di minggu separuh akhir beliau mendapat pungutan markah yang tidak memberangsangkan. Harap Liza Hanim terus menggandakan mutu persembahan beliau di minggu akhir ini.

Untuk minggu akhir ini, setiap bintang akan menyanyikan 2 buah lagu lagu sola dan battle. Berikut adalah senarai lagu mereka:

SOLO

Hazami
Bahagiamu Deritaku - Hafiz 

Aishah
All By Myself - Celine Dion

Firman
Drama King - Meet Uncle Hussein ft Black

Tia Jinbara
Romancinta - Mojo

Liza Hanim
Meniti Titian Usang - Search

Lan
Smells Like Teen Spirit - Nirvana

Battle

Aishah vs Liza Hanim
Super Girls - De Fam 

Hazami vs Lan
Amboi - Altimet

Firman vs Tia Jinbara
Tepi Sikit - Sleeq ft Joe Flizzow

Ramalan Top 3 Gegar Vaganza Musim Ke-4:

1) Liza Hanim

2)  Hazami

3) Aishah


Siapa pula pilihan anda??


No comments:

Copyright © FUUUYOOO... MR.WAN Designed by azhafizah.com