Monday, January 29, 2018

Restoran The Port, Damansara Lokasi Pilihan Makanan Hipster Anda!


Menyelerakan. Itulah ungkapan pertama ku apabila melihat hidangan ini di letakkan di atas meja. Restoran The Port, Damansara antara salah satu restoran hispter yang kini semakin meningkat naik. Memperkenalkan makanan western dan selera thai. The Port menjanjikan kelainan yang tersendiri. Jika sesiapa belum makan di sini, ayuh korang boleh datang bawa kawan, couple, scandal atau keluarga di sini.

Lokasi:

The Port, Damansara. Cuma waze Familia Fried Chicken Malaysia (FFC Malaysia)

Waktu Operasi:

6 pm - 3 am

Menu:

The port berkonsep gerai bermaksud terdapat dalam 10 gerai yang menyediakan pelbagai jenis makanan dan minuman antaranya adalah:

 1) Kedai Pasta


2) Kedai Bawal Power


3) Kedai Mexican


4) Kedai Thai Style


5) Kedai Pizza


6) Kedai D'Street


7) Kedai Malaya Fusion


8) Kedai Familia Fried Chicken


9) Kedai Chichken Nachos


10) Kedai Minuman

Ulasan:

Ku ke sini sememangnya tujuan untuk merasa chicken tower sahaja kerana tertarik dengan cara persembahannya. Cuba korang tengok ada rasa terliur ke tidak? haha


Harga 1 set Chicken Tower ini RM35 sahaja dan 1 set ini boleh makan dalam 4-5 orang tu. Bermaksud seorang dalam RM7. Berbaloi bukan? sos kalau habis korang boleh minta lagi itu pun kalau tahan kena perlilah. haha tapi sejujurnya sos yang telah diletakkan itu pun sudah cukup.

Nachos sangat menyelerakan.

Tempat yang selesa dan luas 2 tingkat. The port juga menyediakan skrin layar putih gergasi untuk pengunjung yang datang.


Apabila kita berbicara tentang kebersihan, jangan risau kebersihan di sekitar di The Port bersih termasuk tandas (di tingkat bawah). Cuma yang kurang senang sikit adalah tempat letak kereta amat sukar lebih-lebih lagi apabila anda datang di waktu puncak kerana pengunjung hanya parking di bahu jalan tanpa disediakan tapak letak kereta khas kepada pengunjung. Jadi pandai-pandailah cari, jika bertuah dapat dekat jika kurang bernasib baik jalan kaki jauh sikit.

Rating:
⭐️⭐️⭐️⭐️


Jadi jika anda sudah tidak tahu nak makan di mana? bolehlah datang The Port!

Surf This Love: Gelora Juara, Bukan Filem Cinta Biasa


Unik. Itu yang ingin disampaikan menerusi filem Surf This Love (STL): Gelora Juara. Filem terbitan Global Solution Resources ini mengisahkan kehidupan pemain luncur. Pertama seumpamanya di Malaysia, penerbit filem ini nyata berani untuk mengetengahkan sesuatu yang lain daripada biasa.

STL membariskan hero dan heroin yang sedang meningkat namanya iaitu Shukri Yahya dan Christina Suzanne, turut dibantu Josiah Hogan, Beto Khusyari, Pekin Ibrahim dan Farid Kamil.

Menjalani penggambaran di sekitar Pulau Tioman dan Bali, STL bukan filem cinta klise yang selalu dipertontonkan sebelum ini.


Sinopsis:

Mengisahkan Billie yang bekerja dengan kakanya, Siti sebagai pemandu pelancong di Pulau Tioman. Sejak kecil, Billie sangat suka dengan sukan luncur ombak kerana dia mendapat sumber inspirasi daripada arwah abangnya iaitu Bobby yang merupakan seorang juara luncur ombak yang terkenal. Selain Bobby, Mike Malaya dan Jimmy yang juga sahabat arwah abangnya juga handal dalam sukan luncur ombak.


Walaupun sangat obses dengan sukan luncur ombak sejak berusia 8 tahun hingga kini, Billie tidak begitu mahir untuk bermain surf board dan ombak. Pencapainnya dalam sukan ini terbantut kerana arwah abangnya Bobby mati lemas dalam satu pertandingan sukan luncur di Bali. Manakala Jimmy bekas juara luncur yang tidak aktif lagi selepas mengalami kecederaan di kakinya.

Mike Malaya pula sejak kematian Bobby, dia telah merantau ke seluruh dunia bagi menyertai sukan luncur ombak. Maka terpaksa Billie terkial-kial berlatih surfing seorang diri tanpa tunjuk ajar dari sesiapa pun. Walaubagaimanapun, apa jua cabaran dan kesusahan, minat Billie dengan sukan ini tidak pernah luntur.


Kisah ini bermula sejak kehadiran seorang blogger yang cantik dari Kuala Lumpur Mia yang bertandang ke Pulau Tioman untuk mendapat liputan tentang Pulau Tioman bagi bahan berita dalam blognya akan datang. Mia mempunyai seorang sahabat di Pulau Tioman iaitu Lia yang bekerja dengan abang Jimmy yang mengusahakan sebuah cafe dan bengkel membaiki surf board di tepi pantai.

Billie yang merupakan pemandu pelancong di kawasan itu telah membawa Mia bersiar-siar seluruh pulau. Dari perkenalan singkat itu, Mia tertarik dengan perwatakan Billie. Malah Billie mula jatuh hati pada Mia kerana Mia tidak seperti orang lain di pulau itu yang sering merendah-rendahkan cita-citanya.


Kini, Billie mempunyai satu impian untuk menjadi juara sukan luncur ombak dan memenangi hati Mia. Namun hati Billie luluh selepas mendapat tahu Mia sudah berpunya malah teman lelakinya adalah Mike Malaya, idolanya sendiri.

Jadi bagaimanakah kesudahan hubungan cinta Mia dengan Billie? Adakah Billie teruskan juga cita-citanya menjadi peluncur ombak? Apakah kesudahan untuk filem ini? Semua jawapan ini hanya boleh diketahui jika anda menyaksikan sendiri filem Surf This Love: Gelora Juara di pawagan berhampiran anda pada 22 Febuari 2018 ini.

Trailer Surf This Love:





Thursday, January 25, 2018

Senarai Lengkap Jadual Persembahan Di Istana Budaya 2018


Setelah hampir 8 bulan dewan utama Istana Budaya, Panggung Sari ditutup untuk pengubahsuaian, kini Istana Budaya dibuka untuk 2018 dengan menghidangkan pelbagai hiburan yang pasti menarik penonton untuk datang melihatnya. Antara jadual yang telah disahkan beraksi di Istana Budaya adalah:


Tajuk: Ola Bola The Musical
Tarikh: 8 Febuari - 11 Mac 2018
Terbitan: Enfiniti


Tajuk: Piano Concerto Dream Of The Red Chamber Tour To South East Asia
Tarikh: 17 Mac 2018
Terbitan: Tourism Malaysia


Tajuk: Lawak Ke Der
Tarikh: 30 - 31 Mac 2018
Terbitan: Tall Order Sdn.Bhd


Tajuk: Mystic India
Tarikh: 5 - 14 April 2018
Terbitan: Eeman Corporation Sdn.Bhd


Tajuk: Malaysian Floor Pattern Sport Dance Competition
Tarikh: 20 - 21 April 2018
Terbitan: Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia


Tajuk: KRU 25
Tarikh: 4 - 6 May 2018
Terbitan: KRU Studio


Tajuk: Giselle Ballet Dance Show
Tarikh: 30 Jun & 1 Julai 2018


Tajuk: Primadona
Tarikh: 13 - 15 Julai 2018
Terbitan: Rumah Karya Citra


Tajuk: Lat Sebuat Muzikal
Tarikh: 21 - 29 Julai
Terbitan: Tall Order Sdn. Bhd


Tajuk: Stunning Virtuosity
Tarikh: 10 - 12 Ogos 2018
Terbitan: Hands Percussion


Tajuk: Amidst The Wind
Tarikh: 8 - 9 September 2018
Terbitan: Dua Space


Tajuk: Concert 25th NSO Anniversary
Tarikh: 14 - 15 Sepetember 2018
Terbitan: Orkestra Simfoni Kebangsaan Malaysia


Tajuk: The Citizen
Tarikh: 29 - 30 September 2018
Terbitan: Dua Space


Tajuk: Doa Buat Kekasih
Tarikh: 6 Oktober 2018
Terbitan: Rasa Karya Sdn Bhd


Tajuk: Taj Express Bollywood Musical
Tarikh: 13 - 22 Oktober 2018
Terbitan: Asiapromote Venture Sdn Bhd


Tajuk: Cinta Pertama The Musical
Tarikh: 2 - 4 November 2018
Terbitan: Unitalent Sdn Bhd


Tajuk: Pengantin Popular
Tarikh: 17 - 25 November 2018
Terbitan: Rumah Karya Citra


Tajuk: Mummenschanz The Musicians Of Silence
Tarikh: 26 - 28 Oktober 2018
Terbitan: Milestone Production


Tajuk: Drum Slice
Tarikh: 1 - 2 Disember 2018
Terbitan: Hands Percussion


Tajuk: Kaleidoscope V
Tarikh: 7 - 9 Disember 2018
Terbitan: Hands Percussion

Jadi sudah memilih mana tayangan yang bakal anda untuk pergi menonton? 

Secara sepintas lalu, ku melihat untuk tahun 2018 ini tidak banyak konsert daripada artis profesional di pentaskan di Istana Budaya seperti tahun lepas adanya Ziana Zain, Kris Dayanti, Rossa dll. Siapa tahu, tiba-tiba diselitkan nanti apabila adanya penaja sanggup menaja bukan? harap-harap konsert yang membabitkan Dato Rosa dan Misha Omar yang tidah jadi itu akan jadi kenyataan semula hendaknya.


sumber: Istana Budaya 

Wednesday, January 17, 2018

Anugerah Juara Lagu 32 (AJL 32) : Pengacara, Trofi, Fesyen & Muzik


Acara muzik yang paling dinanti-nantikan rakyat Malaysia setiap tahun, Anugerah Juara Lagu 32 (AJL 32)  bakal tiba. 12 buah lagu terbaik sepanjang tahun 2017 akan menggegarkan Axiata Arena, Bukit Jalil pada 11 Febuari 2018. Untuk tahun ini, AJL 32 mengangkat Fesyen dan Muzik sebagai tema utama.


Selain itu, buat pertama kalinya demi menampilkan kelainan bersesuaian dengan tema yang dipilih, trofi AJL 32 telah disuntik dengan elemen fesyen hasil kerjasama pereka fesyen tersohor, Rizman Ruzaini.

Bila cerita mengenai fesyen di AJL, pastinya ramai masih ingat fesyen  pilihan Ramlah Ram yang berani untuk berevolusi ketika itu dengan memakai baju berbentuk kunci dan hati.  Ning Baizura memilih baju kurung sahaja untuk menyampaikan lagu Awan Terpilu, malah Hafiz hanya seluar trak dan t-shirt dalam menyampaikan lagu Awan Nano. Begitu juga jika melihat pada pemilihan fesyen terkini, Dayang Nurfaizah ketika di AJL ramai akan terpesona dengan trend yang ingin ditonjolkan.


Untuk pentas AJL 32 pada 11 Febuari 2018 ini akan di hoskan oleh Sheery Alhadad dan Aliff Satar. Harap tidak mengecewakan.

Kepada terlupa, berikut adalah senarai 12 lagu terbaik yang mara ke pentas akhir AJL 32:

SEJATI
Azmi Caliph Buskers
Komposer & Penulis Lirik: Faizal Tahir & Mike Chan

TERGANTUNG SEPI
Haqiem Rusli
Komposer & Penulis Lirik: Ibnu & Gouffran

JAMPI
Hael Husaini
Komposer & Penulis Lirik: Hael Husaini & Ezra Kong

SEPARUH MATI KU BERCINTA
Dayang Nurfaizah
Komposer & Penulis Lirik: Ajai

AMBOI
Altimet
Komposer & Penulis Lirik: Altimet

LEBIH SEMPURNA
Syamel
Komposer & Penulis Lirik: Syamel

AKU YANG SEBENAR
Hazama The Penglipur Lara
Komposer & Penulis Lirik: M.Nasir & Ad Samad

AKHIRNYA CINTA
Salma
Komposer & Penulis Lirik: Ajai & Slen

MENAHAN RINDU
Wany Hasrita
Komposer & Penulis Lirik: Ibnu & Gouffran

AKU CINTA
Syamel & Ernie Zakri
Komposer & Penulis Lirik: Syamel

BAYANG
Khai Bahar
Komposer & Penulis Lirik: Alam & Patrick Anohada

WARKAH UNTUKKU
Ara Johari
Komposer & Penulis Lirik: Hang Nadim & Laq

Cuma bagi pendapat ku adalah, diharapkan AJL mampu diteruskan dengan pembaikkan pada masa akan datang. Letak standard yang tinggi pada pemilihan lagu berkualiti supaya khalayak akhirnya dapat bercakap mengenai karya-karya terbaik, bukan gayaan busana paling cantik atau pelik oleh selebriti pada malam tersebut.


Lagu manakah akan dinobatkan sebagai Juara Lagu 32?


Tuesday, January 16, 2018

[REVIEW] : Filem The Commuter, Tidak Logik?


Sinopsis:


The Commuter mengisahkan seorang bekas tentera, Michael McCauley (Liam Neeson). Sejak 10 tahun lepas, beliau merupakan seorang ejan insurans. Setiap hari, beliau mempunyai rutin yang sama dan akan menggunakan laluan kereta api sama untuk ke pejabatnya dan pulang ke rumah. Suatu hari, beliau telah ditamatkan perkhidmatan secara tiba-tiba dan semasa dalam perjalanan pulang ke rumah pada petang tersebut, sesuatu di luar jangkaan telah berlaku. Beliau didatangi seorang wanita yang menawarkan ganjaran wang sebanyak USD100,000.00 untuk beliau mencari seorang penumpang di dalam kereta api tersebut. Pembayang yang diberikan hanyalah dia bukan seorang penumpang "regular" dan akan turun di stesen terakhir iaitu Cold Spring. Tanpa beliau sedari, beliau sebenarnya sudah terperangkap di dalam sebuah konspirasi oleh pihak yang digambarkan sebagai "sangat berkuasa". Organisasi di sebalik konspirasi tersebut sangatlah berkuasa mereka mampu mencuri cincin isteri Michael tanpa disedari, mendengar segalah perbualan Micheal di dalam kereta api, mengakses telefon bimbit sesiapa yang mereka kehendaki, membunuh ejen FBI di dalam kereta api tanpa diketahui sesiapa, membunuh konduktor kereta api dan mereka sebenarnya mampu membua kereta api tergelincir daripada landasan.


Ulasan:

Permulaan jalan cerita dalam 15 minit itu agak bosan, sempat tidur dulu mungkin. Selepas itu pergerakkan plot menjadi menarik untuk di tonton sampai tamat. Lakonan Lian Neeson tidak dinafikan cukup bagus. Babak-babak aksinya cukup baik terutama adegan kereta api tergelincir. Cuma menjadi tanda tanya kenapa Micheal menjadi objek utamanya dalam memburu siapa penumpang tersebut? sedangkan Michael bukan tentera atau detektif terbaik semasa perkhidmatannya. Jika mereka sudah mengetahui siapa individu tersebut kenapa tidak dihalang dari awal lagi? dengan kepakaran dan segala sumber yang ada kenapa perlu meminta bantuan Michael? sudah pasti mereka boleh lakukan tanpa pertolangan sesiapa kan? 

Namun, secara keseluruhan filem ini boleh ditonton tanpa rasa kecewa kerana aksinya bukan jalan ceritanya. Sekian.



Rating :
⭐️⭐️⭐️


Copyright © Syazwan Rahman Designed by azhafizah.com