Ternyata amat berbeza sekali selama 29 tahun ku hidup. 2017 mencalitkan memori yang tidak dapat ku lupakan sampai bila-bila.Mungkin ada banyak kenangan yang ku lalui sepanjang 2017 tapi ku ingin ceritakan 3 benda yang ku rasa sangat mendalam.
Pertamanya, tahun ini di awal pembukaan 2017, 20 Januari ku dikejutkan dengan kejutan sempena ulang tahun kelahiran ku di Regalia Residen oleh kawan-kawan ku. Ku tidak memanggil mereka kawan tapi mereka adalah sahabat ku. Ya ini pertama kali mereka membuat kejutan sedemikian rupa. Selalunya hanya celebrate makan-makan je. Ternyata ku terharu tidak pernah orang sambut ulang tahun ku sedemikian rupa. Terima kasih sahabat Hizami, Eiz Fyzal, Naim, Zaim, Yus, Apam, Hisyam dan Ijat
Kedua, tahun ini ku hanya bercuti luar negara di Singapura sahaja. Dek kerana keterujaan melihat Thme Park Universal Studio di sana membuat hati ini tertarik untuk ke sana. Ternyata amat berpuas hati bila ke sana. Ingin tahu lanjut percutiaan ku di sana boleh klik di sini Panduan Ke Universal Studio Singapore (USS)
Ketiga, kata orang langit tidak selalunya cerah ada kalanya mendung, tidak selalu gembira ada masa kita akan menagis jua. Itulah yang terjadi pada diriku. 24 Mei 2017 membuat ku rebah tersungkur kehilangan arah apabila Allah mengambil haknya. Abah Allayarham Ab Rahman Bin Mohd Abd Kadir telah menghembuskan nafasnya terakhir. Bayangkan tinggal lagi 2 hari hendak menyambut Ramadhan beliau pergi dengan sekelip mata sahaja. Ya ku kena redha kerana Allah lebih sayangkan abah. Tapi itu hakikatnya ku kena terima. Hajat abah yang sangat ingin melihat ku berkahwin tidak kesampaian. Abah paling teruja dalam mencari calon, urusan kahwin, malah siap dia pernah kata "kau kahwin je 3 hari 3 malam kita buat, buat kat hotel" haha (sambil ku menaip kala ini, mata ku berkaca kejap, alahai) Jodoh, ajal dan maut semua di tangan Tuhan. Ku terima dengan redha. Moga abah terus tenang dan ditempatkan dikalangan orang beriman. Amin. Antara kisah yang sempat share saat-saat akhir bersama arwah abah ada di sini Perginya Abah Tak Kembali Buat Selamanya
Begitu serba sedikit coretan tahun 2017 ku, diharap sinar lebih indah bakal menjelma di tahun 2018. Insha Allah. Anda bagaimana pula?
Selamat Tahun Baru 2018 kepada semua..
Tweet |