Thursday, April 28, 2011

FUUUYOOO vs FUYOH?

Apa perasaan anda apabila title tajuk blog anda ada persamaan dengan anda?? Suka, marah, bangga, hepi, geram ataupun tidak ada perasaan?? hahaha..


Ku cerita ini sebab dalam ku melawat blog-blog korang yang ku cintai ini ceeeh cinta ke? haha ku adalah terjumpa seorang blogger ini.. Ku tengok tajuk blog dia FuyohBlog.. Perhhh.. Ku tahu ejaan dia berbeza tapi kalau anda sebutan tak ke sama?? haha




Tapi bagi ku, ku tak kisah itu selagi dia tak copy isi kandungan blog ku dan tidak meniru gaya ku ok la tuh.. Berdiri di kaki sendiri katanya.. Apa-apa pun anda bolehlah follow blog dia ye.. Sebab penceritaan kami berbeza kot... Totally lain.. So ku tak bolehlah saman dia.. hahahaha gurau-gurau ja..



Mengikut di sini dia mula blog pada April 2011 tapi di tak tahulah sebetul-betulnya la kan



Ku pulak bermula dari November 2008





Apa-apa pun selamat berblog untuk semua.. Berkongsi cerita kita sama-sama ok.. Barulah hidup kita jadi FUUUYOOO.. Janganlah hanya nak kejarkan follower dan duit ja.. Malaslah ku nak cerita benda ini.. Anda semua sudah baligh da mandi wajib kan so anda pikir-pikirlah sendiri ok.. Ke ada yang belum lagi ni??? meh sini ku mandikan.. hahahahaha






bisik buzz: ku berblog sejak 2008 lagi hampir 3 tahun tapi follower ku tidaklah sampai cecah beribu-ribu macam orang tu tapi ada aku kisah semua tu! Janji ku puas mengabadikan cerita ku di sini.. cehhh.. Ku kurang update blog sebab bagi korang rindu ku ketat-ketat lagi dan bagi korang tertunggu-tunggu entri ku.. (konsep tok pah, misha omar dan faizal tahir katanya) hahahaha..





SALAM FUUUYOOO~






Wednesday, April 20, 2011

FUUUYOOO.. TAK JANTAN KALAU TAK JATUH MOTOR!

Ya Allah.. Tadi petang (Selasa) yang senja dan dibasahi hujan ku di duga oleh 1 kemalangan kecil ketika ku memandu motor baru ku itu... huhuhu


Ini semua berlaku ketika ku mahu pulang ke rumah melalui jalan plaza tol Akleh.. Tapi ku panjatkan rasa syukur pada-Nya sebab ku hanya luka sikit je.. Tak percaya?? Tengok ini...




Haa sikit je luka diakan.. Itu pun nak kecoh.. huhuhu...Walaupun masa tu ku terjatuh menyirap di atas jalan raya.. Mujur helmet ku ada kalau tak... tak tahu ku nak cakap apa... Tak boleh bayangkan kot.. huhu Dan alhamdulilah motor ku tidak ada apa-apa cume cermin sisi sebelah kiri pemandu je pecah....huhu


Ini semua disebabkan apabila selekoh tiba-tiba kereta depan ku berhenti tiba-tiba disebabkan jam di hadapan hoho.. So dengan cepatnya ku buat brek emergency lah... Dah kata pun hari hujan dan brek emergency jalan pun licinkan... Pengakhirannya ku tersembamlah di jalan raya... huhu..Walaubagaimanapun Tuhan masih menyanyangi ku... Kecederaan ku tidak teruk sangat.. Syukur..






bisik buzz: Tak Jantan La Kalau Tak Jatuh Motor Beb...




SALAM FUUUYOOO~






Sunday, April 17, 2011

FUUUYOOO.. KERJA OH KERJA

Kali ini mahu kongsikan cerita kehidupan di tempat kerja ku...




Ini adalah pas kerja ku dan yang lagi 1 lagi (warna putih) akses pas pintu keluar masuk office..


Ini pula tempat ku.. Tengoklah bersepah.. Banyak kerja katanya.. haha.. Yang penting di meja ku perlu ada botol air, ear phone dan benda-benda yang boleh di kunyah macam maruku, tempeyek, kacang, gula-gula sebab cepat lapar kot duduk dalam air cond ni... hahaha..


Macam lorong Haji Taib je kan.. haha tapi bukan-bukan ni lorong memasuki tempat duduk ku.. Ku suka lalu sini sebab lampu dinding dia leh tukar-tukar warna.. Tapi kalau nak balik awal atau sampai lambat ke ku tak lalu sini ku lalu belakanglah sebab kiri kanan lorong ni bilik bos kot... faham-faham je lah.. huhuhu...


Serba sedikit skop kerja ku sebagai Implementation Analyst ini ialah ku lebih kepada teknikal.. Terbaru kami di Heitech Padu sibuk dengan projek Sistem Pembayaran Saman Setempat (SPSS) di JPJ.. Sistem bayaran saman terbaru ini lebih cepat dan mudah.. Setakat ini ku telah pergi melihat lokasi JPJ Kuantan dan JPJ Wangsa Maju... Mungkin hari akan datang JPJ Perlis, Johor, Sabah, Serawak ke mana tahukan mana yang di suruh ku kena pergilah 145 cawangan JPJ kot seluruh Malaysia.. Pengsan.. huhu


Mulai minggu lepas dan minggu ini ku akan berada di JPJ Wangsa Maju untuk memantau proses sistem baru itu dijalankan.. ceeewah ayat nak sedap je kan hahaha... So sesiapa nak bayar saman dengan cepat jom ke JPJ Wangsa Maju atau JPJ Seremban.. Setakat ini hanya 2 buah negeri dahulu sebab masih dalam proses percubaan katanya..




muka tak boleh blah..huhu


Kini kehidupan ku sudah berubah, ku perlu kuat dan tabah untuk mencari sesuap nasi...Ingat Syazwan oi JPA dah tak tanggung ko lagi dah.. huhuhu >.<





bisik buzz: orang-orang di JPJ molek-molek, cantik-cantik dan comel-comel kot moga-moga dapatlah melekat 1 tak 1 pun mungkin 2 tak 2 pun 3 hahaha.. bak kata tagline "JPJ TRANSPORTATION BEGINS WITH ME" ^_^






SALAM FUUUYOOO~






Thursday, April 14, 2011

FUUUYOOO... DARIS SILMI BOTAK!



FUUUYOOO.. hampir seminggu tak update ni.. Gilalah! Ini gara-gara sibuk pergi outstation la ni.. huhuhu...


Rasanya agak lama ku perapkan dan memperkenalkan nama anak buah ku yang terbaru ini kan? Last ku bagi tahu mengenai berat dan lain-lain di sini.. Permata Hati Ku

bila botak dah macam kungfu budak cina da kot.. haha


Tapi untuk namanya masih belum diberi tahu.. Apa-apa pun ku ucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua yang sudi memberi cadangan nama untuk anak buah ku itu.. Banyak-banyak nama ku suka nama Dayyan..Tapi di sebabkan maksudnya seorang pemerintah moleklah dilupakan saja sebab tidak mahu sejarah berulang kembali.. haha Sebab nama sesuatu nama amat penting dan ia melambangkan keperibadiannya kan.. Oleh itu, moleklah kita pilih nama-nama yang baik.. macam nama ku SYAZWAN- HARUM KASTURI... ertinya ramai akan senang dan selesa dengan ku la kot kan kan?? hehehe







Sebelum rambut dicukur..


Kalau abangnya nama Darwisy Silmi (Warak dan Kedamaian), so dengan sebulat suara kami 1 family meletakkan nama adiknya Daris Silmi yang bermaksud Daris - pembaca atau pelajar, Silmi - kedamaian.. Moga-moga Daris Silmi akan berpelakuan sama macam maksudnya itulah ye.. hehe


Beberapa minggu lepas, Daris Silmi telah selesai membuat majlis kenduri doa selamat dan Aqiqah 2 ekor kambing.. Maaflah ye gambar tiada di majlis itu sebab sibuk melayan tetamu..






Selepas rambutnya dicukur..



Giliran acunya pulak botak.. hahah Gambar ku botak lebih kurang 2 tahun lepas kot.. itu pun sebab ku bernazar.. huhu.. Tapi botak ku tidaklah sampai bercukur ye..huhu


Hanya setakat ini sahaja dulu ye perkongsian ku..






bisik buzz: ok tak ku botak? hoho >.<


SALAM FUUUYOOO~






Thursday, April 07, 2011

FUUUYOOO... RANGKUMAN MAC 2011




:: Ikon FUUUYOOO bulan Mac ^_^ ::


Bulan Mac sudah melabuhkan tirainya beberapa hari lalu.. Agak lambat jugak untuk ku update sebab ku sibuk sedikit dengan meeting nya dengan pergi outstatio nya.. Ini pun baru balik dari Kuantan kot.. huhu..


Apa-apa pun syukur ku panjatkan keran bulan Mac ku penuh dengan benda baru yang muncul dalam hidup ku antaranya apabila setelah hampir 3 bulan duduk rumah "tanam anggur" kini ku telah ada Dunia Baru


Berkat itu juga ku telah mempunyai Awek Baru Ku.. Kini sudah cecah 1000 km/j kini boleh vom vom vom laju-laju.. hahaha..


Setelah beberapa bulan ku mengidam dan mengimpiankan untuk memiliki Nikon D90 kini sudah berhasil.. Alhamdulilah..


Tirai di bulan Mac ku jua, ku telah memasuki 2 contest iaitu:


Pose Depan Cermin


Ku rasa itu setakat disini dahulu ya..





bisik buzz: Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan.. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun... Bila-bila masa ia akan pecah






SALAM FUUUYOOO~





Copyright © Syazwan Rahman Designed by azhafizah.com