Thursday, February 21, 2013

FUUUYOOO... KUALA SELANGOR SUDAH MAJU!

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia


Inilah kemeriahan yg korang dapat lihat apabila kami bertemu.. Ye alhamdulilah Sabtu lepas kami berkesempatan bertemu semula dek kerana membuak-buak rasa rindu antara satu sama lain.

Semua ini berlaku di Kuala Selangor. Ya di Kuala Selangor korang ingat Kuala Selangor itu tak maju ke? tak ada pusat hiburan ke? Eloo Kuala Selangor bukan macam dulu lagi ok.. Ku pun rasa teruja sebab Kuala Selangor sekarang ini sudah ada wayang, pusat boling, pusat karaoke, shopping mall, hotel setaraf 2-3 bintang dan paling best parking dia masih free lagi ok.. Kalau kat KL nak cari free parking?? ehemm memang sedihlahkan.. Untukku "Kuala Selangor Sudah Maju". Tempatnya sudah boleh duduk setaraf ala-ala bandar Seksyen 7, Shah Alam da kot.

Ok fine tutup cerita pasal Kuala Selangor. Kita sambung pasal aktiviti kita orang. Lebih kurang jam 2 petang selepas solat Zohor, kami terus check in di pusat karaoke KARA Zone..  Seramai 11 orang join aktiviti ini.. Untuk berlaku adil dan saksama kami melakukan games.. Iya la kalau tak buat games mestilah ada yg malu-malu kucing nak nyanyi, ada yg tak mahu nyanyilah so kalau buat game semua kena nyanyi kan? haha


Walaupun bukan turn kita orang tapi kita orang bagi sokongan padu pada mereka untuk nyanyi bersama gitu.. ahaha


Kebetulan Khal baru sahaja menyambut ulang tahun lahirnya so kami pun buatlah suprise untuknya


Bila dia menyanyi tibebe


Kek pun sampai.. Zass dia terus tiup ok tak sempat habiskan dulu nyanyi boleh? haha




Antara barisan yg "menyumbangkan" lagu pada hari itu..


Kalau ada pertandingan persembahan terbaik kamilah juara pada hari itu ok! haha

Setelah selesai berhibur dan solat Asar di rumah Qarl, perut pun sudah bergelodak bagai so kami pergi makan di Aroma Ikan Bakar, Jeram


Tips: Jika terasa ingin ke sini, sila buat tempahan lebih awal dulu takut-takut nanti sia-sia je pergi tak ada tempat dan terus balik.. huhu



Ini antara menu-menu yg kami melantak.. Terima kasih kepada En. Hamzani dan En Amir Rayyan yg sudi menaja makan malam kami.. Semoga kalian di murahkan lagi rezeki.. Amin.


Sempatlah bergambar kenang-kenangan di tepi pantai.. 


Akhir kata jom karok lagi! ^_^






bisik buzz: Ketika senang kita mudah mendapat kawan, ketika susah kita mudah mengenal kawan yg benar-benar ikhlas, pilihlah kawan yg bijak


SALAM FUUUYOOO~

                        

Monday, February 18, 2013

FUUUYOOO... SUDAH BERTAHAN 5 TAHUN!

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia



Alhamdulilah sejak 2009 dilakukan kini bertahan sehingga 2013.. Sudah bertahan 5 tahun.. Alhamdulilah.. Jika setiap tahun pasti ada komuniti baru turut serta dan pasti keakraban terjalin.. Ku impikan rakan-rakan ku ini dari 2009 - 2013 bergabung berhimpun di 1 pertemuan.. Pasti akan itu menjadi kenangan terindah.. InshaAllah moga harapan ini menjadi rialiti..






2009 - Taman Tasik Perdana

2010 - Mid Valley

2011 - Rumah Kediaman Amir Rayyan, Putrajaya

2012 - Ar Rayyan Kids, Kelana Jaya



2013 - Anjung Tasik Durian Tunggal, Melaka






bisik buzz: kita perlu cerewet dalam memilih sahabat kerana bertemu dengan seorang sahabat yang baik adalah suatu ketenangan dalam jiwa



SALAM FUUUYOOO~




                                               

Wednesday, February 13, 2013

FUUUYOOO.. GATHERING 2013 MERIAH!



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia


Hai semua.. Gong Xi Fa Cai.. Masih bercuti lagi?? Amboi panjang bebeno cutinya.. Oklah ini nak habaq mai Isnin lepas, 11 Febuari 2013 bertempat di Anjung Tasik, Durian Tunggal, Melaka telah berlangsungnya 1 majlis gathering bersama blogger/kawan-kawan.. Yeah alhamdulilah buat julung kalinya setelah 4 tahun berturut-turut buat gahtering di KL, tapi untuk tahun ke-5 ubah selera pula.. Kita berada di Melaka!!


Pertama-tamanya ku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Daniel Adie, Hizami dan Eiz Fyzal selaku tuan rumah yg mencari tapak, anjurkan aktiviti dan persiapan tempat.. Terima kasih ye..


Tidak dilupakan juga kepada tuan resort ini En Azizi yg sudi menaja dan memberi keizinan untuk kami berhimpun Anjung Tasik, Durian Tunggal.. Yang pasti tempatnya best dan nyaman sebab setiap saat setiap detik angin bertiup sepoi-sepoi bahasa gitu.. Best! 


Gathering untuk tahun ke-5!


Tema gathering kali ini sama seperti sebelum-sebelum ini iaitu potluck. Banyaklah jugak makanan yg dibawa oleh mereka ini antaranya ada satey, sambal udang, kek, jajan, popia, asam pedas, nasi, kepak ayam masak kicap dll dan ku bawak ini.. tadaaaa!!!



Dadih Strawberry dan Jeli Kelapa! First time buat opkos la habis kan? haha

Alahamdulilah hampir 21 orang yg hadir.. Dari Johor, Negeri Sembilan dan KL semua berhimpun di Melaka.. Sweet kan? Gigih kan? Itulah kami... 


Haiqal, Rahim, Hamz dan Amir Rayyan


Nisa dan Khal Ella


Aslan, Fauzi, Ridzuan dan Syafiq


ps: tiada dalam gambar adalah Adam Haiqal, Kak Lin, Hafiz, Ayie, dan abg Zizi sori sgt2

Korang pasti nak tahu aktiviti apa yg kite org buatkan? tak kan duduk makan je kan? ko gila i dalam proses diet ok.. haha antara aktiviti yg di jalankan pertamanya sesi suai kenal (acara wajib).


Seterusnya kami semua di kerah orang penganjur Hizami, Adie dan Eiz Fyzal utk bermain aktiviti apungan.. Kita orang kena apungkan klip kertas dan jarum dalam air! lol susah jugak last-last dapat gak buat yeah menang tempat ketiga!! (last sekali) >.<  (ini mesti idea Eiz Fyzal)




semua muka fokus dan stress nak apungkan minatang tu kan.. tapi aku...



Gelak gelak dan terus gelak... hahahaha

Permainan seterusnya errkkkk tak tahu namanya tapi kena kangkang! (ini mesti idea Hizami)



Kena baling dadu jika ganjil maju ke hadapan jika genap undur kebelakang.. lol





Semua dok mengakang besar-besar ok.. Kangkang yg besar ini boleh merosakkan tisu-tisu di bahagian celah kangkang ok so jgn tiru aksi ini.. haha



See kumpulan kami mempunyai kangkangan yg besar membolehkan kami menang dengan mudah.. hahaha


Last game adalah design baju tema evening dress.. gitu..(ini mesti idea Adie)


Khusyuk semua duk meluahkan interpritasi mereka sendiri kan.. 

Inilah hasilnya sentuhan daripada kumpulan kami tadaaaaa!!!


Cantik tak? cantik tak? kalau Rizman Ruzaini tengok konpem dia nagis kan? sebab tang kain tu ala2 dia punya trademark kan? walaupun guna paper sahaja ko mampu? hahaha

Tapi apakan daya group kite org kecundang (tmpt ke-2) dek kerana tiada buah dada katanya dan tak perform well masa cat walk.. hey! modeling kami baru operate kena kanser payu dara la.. lol hahaha


 pertama


ketiga

Acara terakhir adalah tukar-tukar hadiah...


Ku mendapat hadiah daripada Ayie iaitu jam dinding.. Kelas setiap no dia shinning ok.. haha thanks ayie


Dan hadiah ku pula dapat kepada Qarl.. 2 kali segment tukar hadiah di lakukan, 2 kali gaklah hadiah ku mesti dapat kat dia.. sweet tak sweet tak? puii haha Touch n Go RM30 ok.. Ala2 perjalanan tol KL-Melaka disponser sepenuhnya oleh ku la kan kaedahnya.. haha

Setelah penat menjalankan pelbagai aktiviti petangnya pula kami pekena Coconut Shake.. Tajaan Qarl.. Tq



Mulut kami masih tak penat menguyah lagi ok!! Sebelah malamnya pula selepas menunaikan fardu maghrib kami ke restoran Big Nyonya..


Sempat gakla bergambar kenang-kenagan dengan tauke kedai..


Ini antara menu yg di lantak oleh kami..

See see see padat, ceria, meriah, happy, best, gila-gila tak gahtering kami? Tiada istilah Malu/Kekwat/Tujuk Diva dalam gathering kami ini.. Semua sempoi je.. Walaupun ada yang baru first time jumpa tapi mereka masih boleh masuk "roh" kita orang yg gila-gila ni..  Korang tak percaya? aha next gathering join baru tahu...


Akhir kata Terima Kasih kepada semua yg hadir dan kamu kamu kamu memang best! Jangan lupa keep in touch dan join di masa akan datang.. 


                        


bisik buzz: 
Gangnam style hebat dalam tari-menari,
Tarian irama klasik tetap di sanubari,
Gathering 2013 sudah melabuhkan tirai,
Agar silaturrahim tetap teguh di hati



SALAM FUUYOOO~

Thursday, February 07, 2013

FUUUYOOO... 25 TAHUN!


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

Rainbow Cake


Hampir sebulan ku memegang title umur 25 tahun.. Alhamdulilah makin besar makin kacak pulak rasanya ehhh tibebe haha 

Pada 20 Januari lepas genaplah umur ku 25 tahun.. Sambutan hanya di rumah bersama family sahaja.. Keluarga diutamakan... huhu


Banyak halangan, dugaan, cabaran, pahit, manis, gentir di tempuhi selama ini dengan bantuan keluarga dan rakan di sisi ku terus mengorak langkah jua. Kini 25 tahun akan ku tempuhi malah mengapai impian yang masih belum tercapai lagi moga Allah merestui dan merahmati hambamu ini.. Amin Insha Allah..


Yeay!! tercapat jugak hajatku nak merasa Rainbow Cake

Ingin tempahan? anda boleh ke Preciousevens jika di FB anda boleh search nama Dina Kamarudin ok? Untuk pengetahuan korang dialah yg  buat kek Dato Siti Nurhaliza baru-baru ini dan juga Fazura huuuu


Ya ya ya ya 7 lapis 7 warna 7 cinta 7 sanubari akan terusss bawa anda langit ke 7 hahaha lol


Beberapa hari sebelum 20 Januari kakak sudah beli cupcake red velvet jugak.. Bak kata bulan Januari gemuk makan kek jela kaedahnya.. haha

Sama tak serupa.. sila pengsan #kbai #sorokdalamselimut






bisik buzz: Umur bukanlah pengukur kematangan, jika anda merasa anda telah matang, belum tentu ianya kematangan sebenar-benarnya...



SALAM FUUYOOO~

                        

Copyright © Syazwan Rahman Designed by azhafizah.com