Monday, October 30, 2017

Senarai Keputusan Markah & Apa Yang Menarik Di Minggu Pertama Gegar Vaganza 4

Semalam telah berlangsungnya Gegar Vaganza (GV) dengan jayanya. Di bawah merupakan kedudukan peserta selepas persembahan semalam:

Aishah - 96%
Firman - 91%
Hazami - 90%
Liza Hanim - 87%
Lan Kristal - 86%
Tia Jibara - 85%
Elyana - 85%
Syura - 82%
Ferhad - 75%
Aqasha - 75%
Haida - 72%
Raja Azura - 68%

Selain itu, ku ingin kongsikan 8 perkara yang menarik pada malam semalam untuk mata kaca ku:

1)  Living La Vida


Pembukaan dengan nyanyi lagu I Am Me single Dato Vida sudah dijangka dan ternyata tepat untuk mempromosikan beliau selaku penaja platinium GV. Tetapi dengan nyanyi secara miming apalah sangatkan? Selain itu juga kita dapat lihat Dato Vida mengenakan Prof Dato Chef Wan dengan berkata " Did you perform well" sambil tunjuk lutut membuatkan satu dewan ketawa besar.

2) Tiada Lagi Sampaikan Salam


Kalau anda mengikut GV sebelum-sebelum ini, juri tetap kita Dato Khatijah Ibrahim setiap kali dia kritik dia akan menyampaikan salam orang dari Brunei, Singapore, Malaysia. Tapi semalam tiada sudah. Malah tiada lagi komen-komen berbau puji-pujian sepanjang minggu sahaja tanpa peserta tidak tahu kelemahan mereka. Alhamdulilah, penukaran juri tetap menggantikan Ibu Hetty Koes Endang amat tepat sekali. Rata-rata akan menyukai bonda Hetty.

3) Salah Jalan Keluar

Di kaca tv jelas kelihatan beberapa artis antaranya Liza Hanim dan Haida selepas persembahan tersalah jalan keluar. Membuatkan Nabil menegur jalan keluar yang betul. Apakah masa rehearsal lainkah kedudukanya? ermmm 

4) Gincu Di Dagu Mu


Asyik dengan persembahan dengan zapin usik mengusik, Haida sampaikan tidak sedar gincunya melekat sampai ke dagu akibat mic terlalu dekat dengan bibirnya. Pastikan selepas ini Haida berhati-hati ye kak.

5) Sofa Recycle


Dalam persembahan Syura kita dapat lihat sofa hitam itu seperti pernah melihatnya di mana? di mana lagi semasa persembahan Idayu AF Megastar menyanyikan lagu Segala Perasaan hampir sama bukan? Recycle props astrokah? hiks

6) Hanya Seminit Keluar TV


Selepas persembahan Hazami, kita dapat lihat ada 1 segmen Kaunter Berita Gegar yang di acarakan oleh Ifa Raziah di belakang pentas Dalam fikiran ku, Ifa akan tanya soalan panas seperti melaga-lagakan peserta ke, tunjuk tidak puas hati dengan komen juri seperti Nas Ahmad semasa Mentor dulu tapi hanya berita throw-back yang hanya dibuat beberapa minit rasanya seminit dua sahaja dan 1 slot itu sahaja?? Agaknya berapa bayaran Ifa terima? hiks

7) Peningkatan Yang Baik

Sejujurnya ku berpuas hati dengan lighting dan pentas untuk musim kali ini. Pentas lebih besar dan cantik, lighting yang superb sesuai untuk meraikan penyanyi yang senior ini. Malah pemilihan tempat Dewan Sri Putra juga bersesuaian kerana lebih ramai kapasiti penonton boleh di isi. Tahniah Astro!

8) Sekali Dengar Melekat

Itulah tema pada minggu ini yang kita juga sudah mengetahui lagu-lagu yang bakal didendangkan oleh 12 peserta GV. Diharapkan semua memberi saingan yang sihat.


Ramalan bottom 2 minggu hadapan:

Raja Azura
Ferhad

No comments:

Copyright © Syazwan Rahman Designed by azhafizah.com