Friday, October 06, 2017

[REVIEW] : Filem The Foreigner, Sekadar Filem Aksi Biasa


Sinopsis:

The Foreigner, berdasarkan novel terkenal The Chinaman karya Stephen Leather pada 1992 yang mengisahkan tentang seorang pemilik restoran Cina di London yang mahu membalas dendam di atas kematian anak perempuannya selepas restorannya dimusnahkan oleh pihak pengganas Ireland di kota London. Quan Ngoc Minh ( lakonan Jackie), yang juga bekas tentera Vietnam, walaupun cuba mendapatkan nama pengganas bertanggungjawab daripada Timbalan Menteri Ireland Liam Hennessy (lakonan Piere Brosnan) namun gagal. Tanpa bantuan kerajaan, Quan terpaksa bertindak sendirian untuk menumpaskan dalang di sebalik kematian anaknya tersebut. The Foreigner diarahkan oleh Martin Campbell.


Ulasan:

Gabungan antara Jackie dan Martin tidak syak lagi bakal meletakkan The Foreigner yang penuh dengan aksi ini sebagai filem paling dinantikan ramai. Kepujian harus diberikan kepada Jackie sendiri apabila semua aksi stunt memang real bukan fake. Jackie yang berumur 63 tahun ini masih kuat dan bersemangat melakukan aksi stunt sendiri seperti jatuh tangga, kena pisau, panjat bumbung, jatuh tangga semua sampaikan ku rasa kesakitan tambah-tambah lagi apabila Quan jatuh tangga tu ish!


Untuk filem ini sesuai ditonton untuk enjoy tidak perlu berfikir panjang. Aksi? tidak begitu padat tetapi masih tidak mengecewakan untuk menonton. Pendek cerita aksinya tidak boleh lawan filem Kingsman. Pemilihan lokasi penggembaraan pula menarik dan bersesuaian dengan jalan cerita.


Rating :
⭐️⭐️⭐️

No comments:

Copyright © Syazwan Rahman Designed by azhafizah.com