Tuesday, October 17, 2017

Senarai Lengkap Peserta D'Academy Asia (DAA) 2017 Musim Ke-3


D'Academy Asia (DAA) musim ke- 3 kini kembali lagi. Untuk makluman semua, DAA ini adalah rancangan pencarian bakat dangdut. DAA yang diciptakan oleh Indra Yudhistira dan diproduksi oleh Indonesia Entertainment. Seramai 36 peserta dari 6 buah negara masuk bahagian iaitu Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand, Brunei dan Timor Leste. 

Berikut adalah senarai peserta yang bertanding:

Malaysia



Indonesia



Singapura



Thailand


Brunei


Timor Leste


Memandangkan ku negara Malaysia sudah pasti 100% ku akan menyokong peserta dari Malaysia. Oleh itu, mari kita mengenali serba sedikit keenam-enam peserta DAA 3 dari Malaysia.

One Forteen


Muhammad Ridzuan Sharifuddin, 28 tahun menganggotai kumpulan Forteen. Sebelum ini pernah mewakili WCOPA (World Championship of Performing Arts) dan pernah memasukki uji bakat DAA musim ke 2 tetapi kecundang malah One Forteen mencuba di musim ini dan rezeki menyebelahi beliau.

Baby Shima


Norashima Ramli pernah memenangi gelaran Juara Bintang Idola Berita Harian 2010 sekaligus menjadikan ini sebagai tiket untuk beliau menyinar di dalam industri muzik tanah air. Baby Shima kini bernaung di bawah bendera KRU Music Sdn. Bhd.

Azizul


Azizul Haqim Bin Md Anuwar, 29 tahun kelahiran Johor. Pernah menyertai rancangan rialiti TV3 iaitu 3 juara di mana beliau mewakili irama malaysia secara langsung mengangkat nama beliau sebagai juara bagi kategori tersebut.

Wan Azlyn


Berumur 17 si pemilik nama Wan Azlyn  Binti Haji Shahril ini pernah menjadi naib juara Bintang Idola Kecil 5 dan Finalis World Star Kuala Lumpur 2014. Selain itu, anak kelahiran Pulau Pinan ini juga bergiat aktif dalam bidang lakonan dan teater. Lagu Takkan Ada (OST Imam Mudaku Romantik) dan lagu tema Nana Nini Nunu (TV9)

Farez Adnan


Muhammad Farezuan bin Adnan,22 tahun berasal dari Kuala Lumpur. Pernah menjadi top 12 pelajar Akademi Fantasia 2014 tetapi tersingkir pada minggu ketiga. Menjadikan Dato Siti Nurhaliza sebagai idola dalam bidang nyanyian.

Waniey


Azmahirwani binti Nordin atau lebih dikenali sebagai wani, pernah menyertai rancangan rialiti Dangdut Star (Astro) dan berjaya sehinggah top 5. Berkemahiran dalam mengalunkan muzik dikir barat moden dan loghat Kelantan.

Bagi juri pada tahun ini seperti tahun lepas iaitu untuk negara Malaysia di wakili oleh Pak Angah, Zul 2 By 2, Hetty Koes Endang, Mayuni Omar dan ramai lagi. Tidak ketinggalan jua Mas Idayu, Kak Ros, Soiemah antara komentar-komentar yang masih dikekalkan untuk musim ketiga DAA kali ini.


Rancangan ini akan menemui penonton bermula 23 Oktober 2017, Isnin jam 8.30 malam (waktu Malaysia). Kepada penyokong Malaysia, anda boleh menonton secara live streaming di web Indo Siar (Klik Di Sini)

Di harap untuk tahun ini, juri berlaku adil dan bersikap tulus tidak berat sebelah seperti tahun sebelum ini di man melihat rata-rata wakil dari Indonesia sahaja menopoli hingga ke akhir walaupun peserta dari negara lain memberi persembahan yang hebat.

No comments:

Copyright © Syazwan Rahman Designed by azhafizah.com