Monday, October 23, 2017

8 Perkara Yang Menarik Dan Pelik Di Konsert AF Megastar 2017

Tirai AF Megastar sudah melabuhkan tirai. Semua sedia maklum Idayu menjuarai AF Megastar dengan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000, pakej percutian 10 hari 7 malam di Turki, trofi dan egift card bernilai RM6000. Tahniah diucapkan kepada Idayu, penantian selama 12 tahun berbaloi. Di harapkan Idayu tidak lagi menyepi malah terus berkarya.

Ok tutup cerita pasal itu, ku di sini ingin kongsikan beberapa kisah disebalik Konsert Akhir AF Megastar berlangsung antaranya:


1) Tahukah anda Idayu memunggut markah berjumlah 59.9% sekaligus melayakkan beliau menjuarai AF Megastar.

2) Tahukah anda Idayu sedih apabila diumumkan juara kerana kemenangan ini tanpa ayah tersayang yang telah meninggal dunia.



3) Jika anda perasan, untuk persembahan Shahir dan Syamel mereka mengalirkan air mata. Menjiwai persembahan ataupun menagis sudah tahu kalah? ching!



4) Jika anda fokus, kedua-dua persembahan BOB dibantu oleh props lampu cuma membezakan untuk lagu baru lampu kecil, lagu cover lampu besar gitu.


5) Yang peliknya semasa para bintang AF Megastar menyanyikan lagu keramat Menuju Puncak kelihatan kelibat Reshma AF2015 yang turut serta di atas pentas dan ada beberapa lagi bintang yang tidak memasuk AF Megastar turut ada. Apakah? masalahnya Farah AF2, Reza AF3 hadir jua tapi tidak pula berada di atas pentas kan? 

6) Tahukah anda walaupun 4 lagi finalis AF Megastar (Syamel, Marsha, Bob dan Shahir) bukan juara tetapi mereka jua diberikan hadiah saguhati sama rata sebagai tanda penghargaan kepada mereka berempat.


7) Tahukah anda kesemua bintang yang memasuki AF Megastar mendapat elaun? Astro akan membayar elaun seperti rate sebagai artis profesional. Pengakuan itu telah di sahihkan oleh pihak pengurusan astro sendiri di dalam sidang media.


8) Jika anda perasan, ke semua finalis dan termasuk Dato Aznil seragam dengan memilih memakai warna hitam termasuk juga pengurus besar rangkaian astro sendiri adakah tema atau secara kebetulan?

No comments:

Copyright © Syazwan Rahman Designed by azhafizah.com