Kos Pembikinan:
Di fahamkan, muzik video yang menjalani pengambaraan di rumahnya sendiri itu mencecah RM1 juta membabitkan kos pembikinan, kostum dan barang kemas. Dahsyat bukan? Kos terbahagi kepada kos pembikinan RM180,000 , pakaian dan props RM80,000 , prop tambahan RM30,000 , cincin berlian RM300,000 dan beberapa barang kemas lain bernilai ratusan ribu ringgit.
Apabila DSV Entertaiment melancarkan video muzik tersebut di you tube pada 4 Oktober 2017, ia sudah mendapat tontonan seramai 15k kurang daripada 24 jam di tayangkan. Kini (6 Oktober 2017) sudah mencecah 207,052 tontonan.
Ulasan penonton:
Setelah dimuat naik di you tube rata-rata penonton dan pengikut lagu I Am Me rasa terkilan dengan hasil video tersebut seperti luar jangkaan mereka. Berikut antara keluhan mereka:
Secara jujur daripada pendapat peribadi ku pun sedemikian juga, video I Am Me diluar jangkaan ku hanya mempamerkan kemewahan harta, produknya dan juga kostumnya sahaja dari segi tarian? hanya goyang-goyang begitu sahaja. Sepatutnya DSV menyelitkan satu tarian yang boleh dijadikan trademark kepada penonton supaya dapat lebih dekat dan menjadi ikutkan tetapi tiada dalam muzik video ini.
Trivia:
Lagu: I Am Me
Penyanyi: Datuk Seri Vida
Penulis Lirik & Komposer: Edry Abdul Halim
Pengarah Muzik Video: Ghaz Abu Bakar
Lokasi Muzik Video: Kediaman Milik Datuk Seri Vida
Coming soon lagu terbaru Nur Sajat & Datuk Aliff Syukri pula bakal dikeluarkan.
Tweet |
No comments:
Post a Comment