Tuesday, October 10, 2017

Gegar Vaganza (GV) 4 Kini Kembali, Senarai Lengkap 12 Peserta GV4


Wow!!! Gegar Vaganza (GV) 2017 musim ke 4 kini kembali setelah tahun lepas menyaksikan Azharina menjadi juara GV3. Nampaknya kelainan dipamerkan untuk GV4 kali ini dengan membawa peserta dari negara jiran iaitu Singapura dan Indonesia.

Pada sidang media sebentar tadi memperkenalkan barisan peserta yang terlibat dalam GV4 kali ini. Berikut adalah senarai 12 artis yang bertanding dalam GV4 kali ini.

Wanita:
1) Liza Hanim
2) Aishah
3) Syura
4) Raja Azura
5) Elyana
6) Haida

Lelaki:
1) Hazami
2) Ferhad - Singapura
3) Aqasha
4) Firman - Indonesia
5) Lan Kristal
6) Tia Jinbara

Turut diperkenalan ialah pengacara GV4 yang masih mengekalkan Nabil Ahmad dan Jihan Muse dan Ramli MS selaku pengkritik tetap.

Program GV4 akan bermula bersiaran pada 29 Oktober 2017 setiap hari Ahad jam 9 malam eksklusif di astro RIA dan RIA HD.

No comments:

Copyright © Syazwan Rahman Designed by azhafizah.com