Assalamualaikum dan salam sejahtera
Ringkasan:
Bukit Batu Chondong (BBC) merupakan latihan pendakian yang boleh dimasukkan dalam senarai puncak bukit/gunung yang boleh anda daki sekitar Lembah Klang. Tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu sukar.
Lokasi pintu masuk:
Taip sahaja di dalam waze "Bukit Batu Chondong" atau "ATV Adventure Park Kemensah". Parking juga senang RM3 sekali masuk.
Tempoh pendakian pergi dan balik:
Jika anda mempunyai stamina yang kuat, anda mampu sampai ke puncak berketinggian 285 meter ini kurang daripada 25 minit sahaja.
Trek Bukit Batu Chondong
Menarik di Bukit Batu Chondong:
- Pemandangan cantik dari atas (dapat melihat sekitar KL kalau kabus tak tebal boleh nampak Genting Highland)
- Tidak ramai orang sangat macam Bukit Tabur/Broga
- Trek BBC masih lagi bersih, belum ditimbuni sebarang kesan sampah sarap
- Sambil mendaki anda boleh mandi di bawah kaki bukit kerana ada waterfall
Part daki di kawasan batu ini paling mencabar. Jika silap langkah awas!
Muka siapa tak gembira bila sudah sampai ke puncak kan?
Tak perlu ke Korea mahupun Jogja untuk snap kawasan ada buluh-buluh. Di Bukit Batu Chondong ada jawapannya.
Pemandangan di kawasan puncak
Alhamdulilah Bukit Batu Chondong check!
Selain berjogging dan gym, hiking juga salah satu aktiviti sihat dan berpeluh!
Tweet |
1 comment:
Terbaik la bro, saya dah 3 kali naik, semalam baru naik lagi sekali
Post a Comment