Tuesday, June 06, 2017

Menarik Bazar Ramadhan Pasar Datuk Keramat, Kuala Lumpur

Hari ini sudah 11 kita berpuasa. Alhamdulilah macam mana dengan puasa anda semua? sudah terkehel ke? Macam mana pula dengan bacaan al-quran sudah berapa juzuk? Kalau belum mula lagi tak apa pelahan-lahan ye..

Anda semua pasti pernah pergi ke bazar Ramadhan bukan? Ternyata apabila di bulan puasa banyak bazar boleh kita lihat dan pergi. Apatah lagi menu-menu yang disediakan bermacam-macam jenis sampaikan ada yang pelik-pelik.

Untuk kali ini ku nak share apa salah satu Bazar Ramadhan Kuala Lumpur yang menarik di Bazar Pasar Datuk Keramat. Jom

1) Ayam percik seketul RM 7.50

 


Ternyata ayam percik di sini memang terbaik! Setiap tahun ku akan datang ke sini. Jika lambat datang selalunya akan habis. Tapi kalau habis anda boleh pergi ke gerai berdepan dengan dia


Yang ini pun not bad juga

2) Pulut panggang 1 RM 0.90


Ternyata pulut panggang dekat sini memang superb! Ini kes sama jua, lambat pergi akan habis. Umpama dia bukak gerai situ hanya untuk orang yang sudah booking sahaja sebab bila datang nanti dia akan cakap "Maaf habis ramai sudah booking". Ternyata sedap pulut panggang dia.

3) Roti John



Roti John di sini memang fenomena. Setiap kali pergi tak sah kalau tak beratur panjang datanglah jam 4 ke 4.30 petang ke apa entah lagi kalau jam 6 sah-sah beratur panjang. Mereka menyediakan roti john ayam, daging (Biasa RM 5.50 Special RM 6.50) dan tuna (Biasa RM 6.50 Special RM 7.50) 

4) Ikan Bakar


Di bazar Datuk Keramat jua terkenal dengan ikan bakarnya. Jika hari bukan puasa pun Pasar Datuk Keramat terkenal dengan ikan bakarnya. Menyediakan pelbagai ikan antaranya ikan siakap bakar, cencaru, terubuk, pari dan keli (ikut keadaan). Harga bergantung pada size ikan. Yang membuat daya tarikkannya adalah kuah air asam dia je sedap ya amat! 

5) Kuih-muih


Secara jujur ku memang suka beli kuih dekat sini. Banyak pilihan dan sedap-sedap kuihnya. Apa yang boleh ku recommend pada anda ialah cuba rasa kuih lepat pisang dan labu dan juga badak berendam. Nyummmy selepas makan anda akan mengigau malam itu. haha

6) Murtabak Pak Din RM 3.00


Bila cakap murtabak nyata tidak asing lagi bila tibanya bulan Ramadhan ini kan? termasuklah ku ternyata murtabak menjadi menu utama dalam berbuka. Di sini juga menyediakan murtabak yang terkenal suatu ketika dahulu Murtabak Pak Din. Tapi pada pendapat ku dan citarasa ku boleh katakan murtabak dia tidak sesedap dahulu. 

7) Minuman


Tak sah berbuka kita akan menikmati air manis kan? Di tapak bazar Datuk Keramat ini jua menyediakan pelbagai jenis minuman dan boleh tahan sedap.

Begitulah antara menu-menu yang ku cadangkan untuk anda membeli jika ke sana nanti. Cuma ada sedikit masalah jika anda pergi dengan kenderaan kereta kerana tempat parking adalah sangat sukar dan kawasan ini selalunya akan mengakibatkan sesak. Oleh itu, disarankan untuk pergi dengan menaiki train LRT Putra turun di stesen Datuk Keramat atau menaiki motorsikal. Selamat berbuka!

1 comment:

Anonymous said...

Salam no phone pakcik jual ayam percik tu ada x?

Copyright © Syazwan Rahman Designed by azhafizah.com