Monday, June 12, 2017

RM 9,800 - Harga Burger Termahal Di Dunia


Seorang chef di The Hauge, Netherland telah mencipta sebiji burger yang telah diiktiraf sebagai burger termahal di dunia dan direkodkan dalam Rekod Dunia Guinness.

Burger yang berharga RM 9,800 itu dikatakan dihasilkan menggunakan bahan berkualiti tinggi dan premium. Antara bahannya ialah daging wagyu Jepun, patti daging Black Angus, Udang galah Oosterschelde, foiegras, turffle putih, keju Remeker, tomato Jepun dan kaviar.


Selain turut dilengkapi dengan salad yang diimport dari Perancis, burger ini juga turu menggunakan sos khas yang diperbuat daripada 35 jenis udang galah, kopi Blue Mountain Jamaica, safron dan banyak lagi. Daging premium burger ini juga diapit dengan roti yang dibuat daripada safron dan ditabur daun emas pada bahagian atasnya.

Chec bernama Diego Buik yang bertugas di restoran South of Houstan adalah individu yang mencipta hidangan ini. Setelah beberapa tahun bekerja di Soho, London, Chef Buik telah mencipta burgernya sendiri.

Buger termahal di dunia itu dihasilkan bersempena Hari Burger Antarabangsa pada 28 Mei yang lalu. Namun, Buik berpesan kepada sesiapa yang teringin makan burger tersebut dan mampu membayarnya sila buat pesanan lebih awal.

Sumber: Harian Metro

No comments:

Copyright © Syazwan Rahman Designed by azhafizah.com