Sunday, June 04, 2017

Ifa Raziah Pengsan Kerana Suaminya?


Semalam 3 Jun 2017, kecoh apabila sebuah video yang di muat naik di laman instagram milik artis versatile 2017 Ifa Raziah pengsan di set penggambaraan muzik video Dangdut Lebaran. Dikatakan Ifa Raziah rebah secara tiba-tiba akibat terlampau letih bekerja.


Menerusi video yang di muat naik itu, kelihatan penyanyi dangdut veteran Shida yang cemas dengan situasi tersebut cuba membantu menyedarkan Ifa.

Ketika kejadian itu berlaku di Beverly Height, Ampang di kediaman pengasas produk Jamu Mak Dara antara selebriti lain yang turut berada di set penggambaraan adalah Ani Mayuni, Rogger, Haiza dan Salwa.


Bagaimanapun menurut Ifa, kejadian tersebut sengaja diadakan sebagai kejutan hari lahir kepada suaminya, Mohd Yani Abdul Rahman.

Kisahnya, alahai tak akanlah benda-benda macam ini pun nak buat bergurau? banyak lagi benda lain boleh buat "surprise"..Ermmmmmm

No comments:

Copyright © Syazwan Rahman Designed by azhafizah.com