Monday, January 29, 2018

Surf This Love: Gelora Juara, Bukan Filem Cinta Biasa


Unik. Itu yang ingin disampaikan menerusi filem Surf This Love (STL): Gelora Juara. Filem terbitan Global Solution Resources ini mengisahkan kehidupan pemain luncur. Pertama seumpamanya di Malaysia, penerbit filem ini nyata berani untuk mengetengahkan sesuatu yang lain daripada biasa.

STL membariskan hero dan heroin yang sedang meningkat namanya iaitu Shukri Yahya dan Christina Suzanne, turut dibantu Josiah Hogan, Beto Khusyari, Pekin Ibrahim dan Farid Kamil.

Menjalani penggambaran di sekitar Pulau Tioman dan Bali, STL bukan filem cinta klise yang selalu dipertontonkan sebelum ini.


Sinopsis:

Mengisahkan Billie yang bekerja dengan kakanya, Siti sebagai pemandu pelancong di Pulau Tioman. Sejak kecil, Billie sangat suka dengan sukan luncur ombak kerana dia mendapat sumber inspirasi daripada arwah abangnya iaitu Bobby yang merupakan seorang juara luncur ombak yang terkenal. Selain Bobby, Mike Malaya dan Jimmy yang juga sahabat arwah abangnya juga handal dalam sukan luncur ombak.


Walaupun sangat obses dengan sukan luncur ombak sejak berusia 8 tahun hingga kini, Billie tidak begitu mahir untuk bermain surf board dan ombak. Pencapainnya dalam sukan ini terbantut kerana arwah abangnya Bobby mati lemas dalam satu pertandingan sukan luncur di Bali. Manakala Jimmy bekas juara luncur yang tidak aktif lagi selepas mengalami kecederaan di kakinya.

Mike Malaya pula sejak kematian Bobby, dia telah merantau ke seluruh dunia bagi menyertai sukan luncur ombak. Maka terpaksa Billie terkial-kial berlatih surfing seorang diri tanpa tunjuk ajar dari sesiapa pun. Walaubagaimanapun, apa jua cabaran dan kesusahan, minat Billie dengan sukan ini tidak pernah luntur.


Kisah ini bermula sejak kehadiran seorang blogger yang cantik dari Kuala Lumpur Mia yang bertandang ke Pulau Tioman untuk mendapat liputan tentang Pulau Tioman bagi bahan berita dalam blognya akan datang. Mia mempunyai seorang sahabat di Pulau Tioman iaitu Lia yang bekerja dengan abang Jimmy yang mengusahakan sebuah cafe dan bengkel membaiki surf board di tepi pantai.

Billie yang merupakan pemandu pelancong di kawasan itu telah membawa Mia bersiar-siar seluruh pulau. Dari perkenalan singkat itu, Mia tertarik dengan perwatakan Billie. Malah Billie mula jatuh hati pada Mia kerana Mia tidak seperti orang lain di pulau itu yang sering merendah-rendahkan cita-citanya.


Kini, Billie mempunyai satu impian untuk menjadi juara sukan luncur ombak dan memenangi hati Mia. Namun hati Billie luluh selepas mendapat tahu Mia sudah berpunya malah teman lelakinya adalah Mike Malaya, idolanya sendiri.

Jadi bagaimanakah kesudahan hubungan cinta Mia dengan Billie? Adakah Billie teruskan juga cita-citanya menjadi peluncur ombak? Apakah kesudahan untuk filem ini? Semua jawapan ini hanya boleh diketahui jika anda menyaksikan sendiri filem Surf This Love: Gelora Juara di pawagan berhampiran anda pada 22 Febuari 2018 ini.

Trailer Surf This Love:





1 comment:

Copyright © Syazwan Rahman Designed by azhafizah.com