Tuesday, January 16, 2018

[REVIEW] : Filem The Commuter, Tidak Logik?


Sinopsis:


The Commuter mengisahkan seorang bekas tentera, Michael McCauley (Liam Neeson). Sejak 10 tahun lepas, beliau merupakan seorang ejan insurans. Setiap hari, beliau mempunyai rutin yang sama dan akan menggunakan laluan kereta api sama untuk ke pejabatnya dan pulang ke rumah. Suatu hari, beliau telah ditamatkan perkhidmatan secara tiba-tiba dan semasa dalam perjalanan pulang ke rumah pada petang tersebut, sesuatu di luar jangkaan telah berlaku. Beliau didatangi seorang wanita yang menawarkan ganjaran wang sebanyak USD100,000.00 untuk beliau mencari seorang penumpang di dalam kereta api tersebut. Pembayang yang diberikan hanyalah dia bukan seorang penumpang "regular" dan akan turun di stesen terakhir iaitu Cold Spring. Tanpa beliau sedari, beliau sebenarnya sudah terperangkap di dalam sebuah konspirasi oleh pihak yang digambarkan sebagai "sangat berkuasa". Organisasi di sebalik konspirasi tersebut sangatlah berkuasa mereka mampu mencuri cincin isteri Michael tanpa disedari, mendengar segalah perbualan Micheal di dalam kereta api, mengakses telefon bimbit sesiapa yang mereka kehendaki, membunuh ejen FBI di dalam kereta api tanpa diketahui sesiapa, membunuh konduktor kereta api dan mereka sebenarnya mampu membua kereta api tergelincir daripada landasan.


Ulasan:

Permulaan jalan cerita dalam 15 minit itu agak bosan, sempat tidur dulu mungkin. Selepas itu pergerakkan plot menjadi menarik untuk di tonton sampai tamat. Lakonan Lian Neeson tidak dinafikan cukup bagus. Babak-babak aksinya cukup baik terutama adegan kereta api tergelincir. Cuma menjadi tanda tanya kenapa Micheal menjadi objek utamanya dalam memburu siapa penumpang tersebut? sedangkan Michael bukan tentera atau detektif terbaik semasa perkhidmatannya. Jika mereka sudah mengetahui siapa individu tersebut kenapa tidak dihalang dari awal lagi? dengan kepakaran dan segala sumber yang ada kenapa perlu meminta bantuan Michael? sudah pasti mereka boleh lakukan tanpa pertolangan sesiapa kan? 

Namun, secara keseluruhan filem ini boleh ditonton tanpa rasa kecewa kerana aksinya bukan jalan ceritanya. Sekian.



Rating :
⭐️⭐️⭐️


No comments:

Copyright © Syazwan Rahman Designed by azhafizah.com