Thursday, April 26, 2018

Drama Mr.Grey Melonjakkan Nama Fendy Bakry & Eyra Hazali


Pasti ramai mengikuti drama adaptasi daripada novel terbaru iaitu Mr.Grey yang sedang hangat ditayangkan di slot Megadrama Astro Ria sejak 9 April lalu. Siapa sudah tengok dan suka cerita ini? Give me 5 kita geng! haha


Bagi nama hero utama drama itu, Fendy Bakry atau lebih dikenali sebagai Mr.Grey dalam drama itu masih agak asing bagi penonton walaupun sudah hampir 5 tahun berkecimpung dalam bidang industri seni lakonan.


Jejaka yang berusia 30 tahun yang berasal dari Perlis ini juga pernah terlibat dalam pencarian Hero Remaja pada tahun 2012 seangkatan dengan Fattah Amin, Syafiq Kyle, Ben Amir dan ramai lagi.

Namun menerusi drama Mr.Grey yang bersiaran sebanyak 20 episod itu, kini namanya kian melonjak naik dan menjadi kegilaan para wanita di luar sana dengan perwatakan dalam drama tersebut yang natural dan kelakar malah romantik membuatkan drama ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton setia drama tempatan.


Fendy Bakry juga tercalon top 5 Anugerah Meletop Era (AME) 2018 baru-baru ini dalam kategori Artis Baharu Meletop.


Memegang watak Nisa Ardina, kelebihannya bercakap lohat Utara juga membuatkan ramai terpana dengan pelakon Eyra Hazali ini.


Apabila Eyra memakai tudung mirip wajah Fouziah Gous kan?

Pelakon berusia 19 tahun bukan baru menjadi pelakon malah bermula berlakon sejak usia 6 tahun lagi dan pernah membintangi drama Zoo The Series dan Supersmash yang bersiaran di Astro Ceria. Malah pernah diberi watak heroin dalam drama Tiang Seri, Hanya Untuk Bonda dan Samudera Rindu. Erya juga diberi peluang menghiasi video muzik Anuar Zain, Andainya Takdir.

Eyra juga pernah dinobatkan Pelakon Drama TV Kanak-kanak Terbaik di Anugerah Sri Angkasa 2010 sewaktu beliau berusia 11 tahun.


Tapi malangnya Eyra sudah ada buah hati bernama Muhammad Haziq seorang atlet kebangsaan negara. Melepas.


Jadi jangan lupa menonton drama Mr. Grey yang bersiara setiap Isnin - Khamis jam 10 malam di Astro Ria dan Ria HD. Kita kasi trending ye #MrGrey..

sumber: IG Fendy Bakry & Eyra Hazali

No comments:

Copyright © Syazwan Rahman Designed by azhafizah.com