Gara-gara isu ayam rendang 'crispy' yang mula tular sejak beberapa minggu lalu, kini peruncit perabot terbesar di dunia, IKEA merealisasikan menu tersebut.
IKEA Malaysia menerusi status di platform media sosial Facebooknya memperkenalkan Rendang Chicken Wings yang sudah mula dijual pada 13 April sehingga 30 April ini.
Harga bagi 6 ketul kepak ayam rendang tersebut bernilai RM18.90. Namun. ramai memberikan pelbagai komen, ada yang teruja malah ada juga yang berkata bahawa resipi asal ayam rendang sepatutnya dikekalkan.
Mari kita melihat komen-komen
Apa pendapat anda pula?
Tweet |
No comments:
Post a Comment